08 December 2009

aku melayu tulen

aku tak payah state kan pun orang tau kut aku ni memang melayu tulen.. mak aku orang banjar, orang kota tinggi, johor.. ayah aku pulak orang terenggganu. keturunan melayu. nyaris nyaris aku ada gelaran "wan" tau kat depan nama aku.. adik beradik ayah aku semua ada wan.. spupu aku pun ada "wan" kat depan nama diorang.. tapi apa kan nasib.. sebab salah orang yang mendaftarkan nama ayah aku, ayah aku takde la nama "wan" tu.. tapi takpe la.. yg penting ini membuktikan aku ni memang benar2 orang melayu..

tapi nak dijadikan cerita, ada 3 peristiwa orang kata aku ni bukan melayu. macam2.. ni la pengalaman bak kata orang.. pengalaman klinikal ni memang banyak dan menarik. tak macam preklinikal.. sebab time tu asyik menghadap buku je kerja. mana ada g wad ni kan.. inilah 3 kisah itu..


1. kisah pertama berlaku waktu aku tengah rajin g wad. aku usha la katil yang sepatutnya aku cover.. takde orang.. di katil bertentangan ada la sahabat aku ni tengah clerk patient dia. aku saja je la datang menghampiri. tanya apa diagnosis patient tu. mana la tau boleh jadi case menarik yg boleh di kongsi. tapi tiba2 je patient tu(seorang pakcik india dalam usia 60an) cakap india ngan aku.. maksud aku cakap bahasa tamil la. aku pun tergamam dan terkaku tak leh nak kata apa.. dia ulang balik untuk kali kedua, dan masuk kali ketiga, aku pun bagitau la dia aku ni orang melayu.. baru la dia cakap melayu. bukan nyer dia tak reti cakap melayu.. dia kata kita malaysia ni kene belajar jugak bahasa lain.. aku pancing la yg aku memang tengah belajar sedikit demi sedikit..

2. kisah kedua. aku ngan awie(nawawi jamalos, bukan awie penyanyi tu eh) g la clerk seorang patient yang anak dia masuk hospital. tanya la kenapa dia masuk hospital. setelah berborak beberapa lama, emak kepada patient tu tanya la nama kami. bila dibertahu nama dia tanya, "o you're malay" kitorang pun jawab la.. " did us not seem like malay??" makcik tu kata ye.. kitorang tak nampak macam melayu.. kitorang tanya la nampak macam orng mana?? nak tau apa jawapan dia?? dia kata kau macam orang pakistan dan awie macam orang thailand.. ish ish ish... camne la diorang leh nampak cam tu ek..

3. ni yang paling baru. cerita dia lebih kurang je la dengan citer pertama. malas la nak citer panjang2. yang penting aku g tengok "case note" patient tu dan dia berkata sesuatu kepadaku.. aku ingat aku tak berapa clear dengan apa yang dia kata. aku mintak la dia ulang.. untuk kali kedua pun aku tak dengar jugak. untuk kali ketiga baru la aku tau, yang aku bukan nyer tak dengar tapi tak paham.. patient tu cakap tamil rupanya. bila aku kata ngan patient tu "apa dia uncle" baru bagitau aku yang dia sakit dan mahukan ubat.. mungkin dia dah dapat tangkap kut yang aku ni bukan paham bahasa tamil ni..


ni la 3 cerita tu.. kadang2 bila pikir2 kan balik kelakar jugak.. macam manala diorang leh ingat aku ni bukan melayu.. muka aku ni ada macam bukan melayu ker.. aku melayu sejati la..
tapi memang dalam dunia ni ALLAH jadikan kita berbagai2 jenis, berbagai2 rupa bentuk, berbagai2 kaum.. tujuannya untuk berkenal kenalan.. bukan untuk bermusuh musuhan. betapa besarnya ALLAH yang mampu mencipta "variety" dalam manusia. ad ayang hitam ada yang putih, ada yang coklat.. bak kata iklan silkygirl.. "brown and beautiful, black and beautiful, yellow and beautiful, dark brown and beautiful".. segala yg ALLAH jadikan tu memang indah.. cuma kita je kadang kadang tak nak memikirkan keindahan ciptaanNYA..

so dah tujuannya ALLAH jadikan kita ni pelbagai kaum untuk berkenal-kenalan, so jangan la kita ni amalkan sikap ke'aku'an sangat. kita semua boleh berbaik2. berbaik sangka antara satu sama lain, tingkatkan ukhuah antara satu sama lain, terutamanya sesama saudara seislam.. bukankah setiap orang islam itu bersaudara?? aku berharap satu hari nanti ada sinar perpaduan dalam diri setiap orang dan negara islam tidak laig akan berpecah belah, perpaduan atas dasar tauhid yang satu.. perpaduan dengan membawa kalimah:

05 December 2009

Janggut oh janggut

Janggut?? kenapa dengan janggut??? ada masalah ker???

takde apa2 pun sebenarnya.. aku just nak kongsi satu cerita je la.. sejak dua menjak ni aku memang simpan la janggut sejemput.. ada jugak la orang yang komen.. ada yang kata ok ada yg tak.. lantak la korang nak kata apa.. aku nak simpan.. malas nak potong.. biarlah aku.. bukan aku menyusahkan sesiapa pun..

tapi yg nak dijadikan cerita, end of medcine posting exam haritu, lebih kurang sebulan lepas, ada la orang komen pasal janggut aku tu.. huhuhu.. kelakar jugak la dengan dia nyer komen.. hahaha... andainya si dia (seorang chinese, class mate aku) tu membaca, mintak maaf la ye kalau terkasar bahasa..tak bermaksud pun nak mengata or mengeji.. takde apa2 ok.. just nak kongsi cerita dalam blog yang dah lama aku tak update ni jer..

tengah tunggu exam ni, dalam kebosanan dan ketakutan tuk menghadapi exam kat wad 8a HTAR, si dia ni pun kata la kat aku... "kenapa you simpan itu?" sambil memegang dagunya.. "rasa makin hensem ke?".. aku bermonolog dalam diri.. 'eh minah ni, tengah tengah exam ni tiba2 tanya pasal janggut aku plaks.. ada masalah kat dia ker'.. dalam cuak exam tu aku malas la nak jawab.. aku angkat bahu pastu urut janggut aku sambil cover macho.. uweks... hahaha... "kenapa U simpan, macam kambing." monolog ku kembali.. ' eh minah ni.. ni bikin gua panas.. tetiba pulak sama kan gua ngan kambing.. ingat apa'.. tapi sekali lagi aku malas layan.. aku just angkat kening jer.. bukan cam ziana zain nyer kening.. "takde masalah ke awak simpan itu?? tak rasa kotor ker." tanya nya kembali.. aku mula la bersuara.. "kotor apa pulak? takde la." masih control macho tapi dalam hati.. ish ish ish.. dia tanya balik.. " ye la, mana la tau terlekat sos ke masa makan." aku malas la nak layan soklan tah pepe ni.. so aku diam jer la.. ada ker janggut aku yang pendek tak sampai satu inchi ni dia kata bolleh terlekat sos.. aku makan pakai mulut.. bukan pakai dagu..


huhuhu.. tu la citer orang coment aku nyer janggut.. kawan2 sekolah aku pulak cam syaifullah ngan syafiq, selepas lama tak jumpa aku kata janggut aku ni buatkan aku nampak lebih matang.. betul atau tidak terpulanglah kepada anda semua untuk menilainya.. tapi aku simpan janggut ni bukan sebab aku nak nampak matang, nak nampak hensem.. aku saja je simpan sebab aku malas nak cukur.. klu cikur nnti yang keluar keras n tajam2.. tak syok.. sagi satu,kan simpan janggut tu adalah sunnah nabi.Bukan kah begitu??? ini la daripada apa yang aku tau daripada ilmu aku yang sangat cetek ni. aku simpan janggut n buang misai sbb aku tak suka misai. ayah aku simpan misai..cam tak best je tengok dia..

apa2 pun klu kita buat sesuatu tu jgn la nak pikir sangat apa orang nak cakap.. lantak diorang la nak cakap apa. penat karang diorang berenti la.. marilah sama2 kita buat segala2 dalam kehidupan kita ni hanya kerana ALLAH.. bukan kerana orang lain.. (peringatan tuk diri sendiri yg kadang2 tergelincir ngan sikap ujub dan riak. almaklumlah manusia. kadang kadang suka jugak bila dipuji. tapi segala pujian hanya bagi ALLAh sebab kita takkan dapat buat apa2 tanpa kudrat dan iradah ALLAH).. wassalam...

Post pertama aku Kelang

dah lama dah aku tak update apa2 dalam blog ni.. nak kata sibuk pun tak la sangat. tapi tak tau la.. takde mood tuk melingkari jari jemari ku ini kat atas keyboard laptop yg semakin hari semakin membawa masalah.. oh laptopku.. bila la ko nak sembuh.. nnti aku bawak jumpa doktor eh..

Klang oh kelang.. semenjak posting klang ni macam2 dah aku lalui.. mula2 datang sini terasa agak tersiksa jugak la.. tak tau nak wat pe.. nak main pun takde tempat.. tension gak la awal2.. tapi biasa la tu.. bila perkara pertama. memang susah nak menyesuaikan diri..tapi dah lama2 tu kira semakin OK la.

baru2 ni aku first time tengok pembedahan depan2 mata.. doktor tu buat masectomy tuk buang kanser payudara.. best jugak la bila dapat tengok depan2.. tapi yg tak tahan tu sbb kene berdiri lama2 kat dalam operation theatre(OT) tu.. lenguh kaki.. nasib baik doktor tu baik dan aku boleh tengok dekat2 giler.. tapi tak boleh pegang ah.. sbb tak berpengalaman lagi.. lagipun tak properly scrub pun.. just tukar baju jer...

Sesungguhnya sakit tu datang dari ALLAH dah dia jualah yang menyebuhkan nya.. Mungkin bila kita kene sakit tu kita rasa macam tersiksa tapi sebenarnya sakit tu adalah suatu nikmat dari NYa.. Bila sakit la kita nak ingat ALLAH selepas kita tergelincir dan terbabas.. Sakit tu jugak la adalah ujian dari ALLAH tuk uji sekuat mana iman kita.. adakah kita redha atau tidak dengan ketentuannya.. redha tak bermaksud kita tak perlu berusaha tuk menyembuhkan.. redha bukan pasrah.. kita tetap kene berusaha sbb ALLAH dah janjikan bahawa setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali mati.. sakit tu jugak boleh menghapus dosa... banyak lagi la himah sakit tu.. mungkin sebahagianya tak dapat kita uraikan dengan pikiran kita yang amat terbatas..

apa2 pun last but not least, kita manusia dan tak terlepas dari melakukan kesalahan.. Sebaik2 orang yang membuat kesalahan adalah yang bertaubat dah meminta keampunan dari ALLAH... aku selau jugak tergelincir ni sejak exposed dengan macam2 perkara.. dulu duduk kat mersing apa je hiburan yang ada.. selau duduk kat umah je.. lepak ngan mak bapak.. tapi kat sini macam2 ada... so sama2 la kita memperbaiki diri dan ingat2 kan la bila aku lupa.. manusia la katakan

ok chow dulu.. klu senang lagi aku update la.. tapi jangan ditunggu.. hahaha.. ada ke orang yang nak tunggu??? see ya.....

19 August 2009

Misi Hijrah di awal Ramadhan

sekarang ni aku tgh melepak2 kat kolej 6 ni. merempat.. malas rasanya nak balik.. penat dalam bas jer.. lagipun aku lepak kat kolej ni banyak gak perkara berfaedah yg aku leh wat. buku pun senang nak baca kat sini.klu kat umah, memang harapan lah aku nak bukak buku..

sekarang aku dah berada di fasa 3A.. senang cakap 3rd year la sekarang ni.. dah masuk tahun klunikal.. so cara pembelajaran nyer sekarang dah lain la dah dengan tahun2 yang sudah2. mulai 23hb ni sampai tahun depan, tuk masa lebih kurang setahun, aku kene pindah ke kelang.. belajar tahun klinikal kat sana.. ni la bermulanya penghijrahan aku dari UM ni ke kelang..

ramai yang kata memang sangat bosan sbb kene pindah kat kelang.. tapi apa2 pun penghijrahan yg aku alami sekarang memang kene berlaku.. mungkin banyak hikmahnyer bila aku dah pindah ke kelang... praktikal kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah.. memang la penghijrahan yg aku alami ni memang tak dapat di bandingkan dengan Hijrah yang rasulullah lalui dari Mekah ke Madinah.. tapi apa-apa pun aku akan cuba menjadikan perpindahan aku ni sesuatu yang bermanfaat. tambahan plaks aku kene pindah ni betul2 start2 bulan puasa.. kiranya aku tak sempat la nak puasa kat UM.

bila pindah kat Kelang ni ada la beberapa perkara yg aku nak hijrahkan.. yg pertama ofcourse la pindah tempat.. yg kedua, nak cuba ubah sikap. aku tak nak ah jadi menyesal cam second year dulu. sangat malas nak study. mungkin aku ada alasan yg tersendiri.. tapi bila pikir2 balik spatutnyer, aku yg perlu mengatasi alasan tu.. bukan nyer keadaan yg mengatasi aku. harapan aku niat aku tuk berubah ni akan dibantu oleh ALLAH. dan aku mengharap, penghijrahan di awal bulan ramadhan ni memeberi lebih banyak keberkatan kepada aku..

ada lagi la beberapa perkara yg aku nak cuba ubah, terutamanya pada diri aku. tapi apa2 pun aku nak cuba menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini..

02 August 2009

kecik vs besar.

dah lama aku tak menaip tuk mengupdate blog aku ni dengan post yang baru.. tak tau la nape takde mood tuk menulis.. mungkin dah masuk klinikal ni hati lebih kepada hospital jer kut... huhuhuhu... tapi buku tak baca2 gak.. apa2 pun bila dah masuk tahun klinikal ni baru la ak rasa lebih feel apa itu medical career dan apa faedah yang aku telah belajar 2 tahun selama ni. tahun klinikal sangat berbeza dengan preklinikal... rasanya macam masuk alam baru pulak.. memang masuk alam baru pun...

tahun klinikal ni memberi ak lebih cabaran.. tah la.. orang kata 3rd year ni adalah tahun rilex. terutamanya kat Kelang.. tapi aku pun tak tau. dengan keadaan ak ni aku rasa aku tak boleh rilex la.. dah la pengetahuan kurang, cakap pun tergagap2.. macam mana nnti nak present case...

dah la tu.. what ever la pasal clinical year ni.. apa2 pun sbb aku dah amik medic ni aku kene la hadapinya nya dengan tabah dan tenang..

sekarang ni aku tengah minggu pengenalan.. nak bagi feel sikit tentang tahun kilinikal.. 6 minggu pengenalan sebelum kitorang kene pergi ke hospital tengku ampuan rahimah KLANG, klu tak silap aku... awal puasa la kitorang kesana.. so selamat tinggal la KL.. kitorang akan bermain dengan gagak..

sekarang ni dh masuk pengenalan tentang sistem genito urinari(english nyer genitourinary system). dalam kuliah ni satu bende yang aku rasa menarik dan menyedarkan hati aku...


dalam kuliah ni dia adalah bagitau pasal dialisis.. dialisis ni secara umumnya ialah proses tuk tapis darah kita supaya buang kotoran dan toksik..orang yang ada "end stage kidney failure" kene la buat dialisis.. ada beberapa cara untuk buat dialisis ni.. salah satunya ialah dipanggil hemodialisis.. dalam proses ini, darah kita akan dilalurkan kepada alat dialisis untuk ditapis dan kemudian disalurkan kembali kesalur darah kita.. sebelum dialisis dilakukan fistula perlu dibuat. proses pematangan fistula ini mengambil masa, so sebelum fistula ini matang, dialisis akan dibuat melalui cateter vena(venous catheter)..la, penerangan lanjut tak mampu aku nak bagi.. check sendiri dalam buku..

ini la yang perlu dijalani oleh seorang pesakit yang menghadapi kegagalan buah pinggang pada tahap akhir.. option lain ialah kidney transplant.. ni la yang menarik hati ak.. cuba tengok betapa Maha besarnya ALLAH yang menjadikan kita..ALLAH cipta satu organ yang sangat penting dalam badan kita dengan saiz yang besar.. cuba kita bandingkan dengan mesin dialisis yang saiznya punya la mak datuk besar.. dah sama tinggi dengan kita( tuk mereka2 yang agak rendah, hehehehe)... mesin dialisis ni berfungsi sama macam kita punya buah pinggang.. betapa besar nya nikmat ALLAH bagi.. nuah pinggang yang kita bawak dalam badan kita ni betapa ringan nya sampai kita tak rasa pun.. cuba bayangkan kita kene bawak mesin yang sebesar dan seberat itu kemana2. ish ish ish... tak dapat dibayangkan...

tu belum lagi kita tengok masa dan kos yang diperlukan untuk dialisis ni. setiap minggu, pesakit yang memerlukan dialisis perlu pergi ke pusat dialisis 3 kali... dan pada setiap sesi, mesin dialisis akan dipasang selama 3-5 jam... cuba bandingkan dengan kita punya buah pinggang.. masyaallah... buah pinggang kita berfungsi 24 jam.. tak henti2.. sentiasa berfungsi... berfungsi tanpa menjejaskan aktiviti seharian kita pun... kalau kene dialisis, pesakit perlu duduk atau baring selama mana dialisis dijalankan..

kalau nak kira kos pulak, di swasta, satu sesi dalam RM250. tu untuk satu sesi.. kalau seminggu???? sebulan??? setahun????.. kira je la berapa.. tapi buah pinggang yang berfungsi ni ALLAH bagi free jer.. cuma kita kene taat perintahnya.. cuba ALLAH mintak bayaran sama macam pusat dialisis mintak. katakan kita dah hidup 20 tahun.. 3/7 hidup kita kene dialisis... so 3/7 X 20 tahun X 365 hari X RM 250= RM 782143...
banyak nyer.. tu ALAH bagi free jer.. baru buah pinggang.. belum cerita lagi tentang organ lain.. tu pun mesin dialisis tu tak boleh bertindak setaraf dengan buah pinggang kita.. ada jugak fungsi buah pinggang yang tak dapat digantikan dengan mesin dialisis...

benar la apa yang ALLAH firmankan dalam Al-Quran.. kita memang tak mampu untuk menghitung betapa banyak nikmat ALLAH.. tapi setelah banayk2 ALLAH bagi nikmat, kita manusia still lagi lalai dan alpa.. so beringatlah dan bersyukurlah... kita tak akan dapat bayangkan jika ALLAH tarik balik nikmat yang dah diberikan kepada kita...



26 June 2009

SAYA BANGKANG YANG ARIF

ALHAMDULILLAH, segala puji bagi ALLAH, tuhsn ysng berkuasa atas segala-galanya, samada yang dilangit atau dibumi, yang nyata atau tersembunyi... akhirnya aku berjaya jugak melepasi dugaan "suplement". so aku sekarang dah leh masuk ke alam klinikal. ni la baru menguji dah betul2 pelajaran yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor.. tapi betul la kata orang, pengalaman tu la yang mematangkan kita. macam mana pengalaman aku menghadapi viva, suplement, dan lain2.. tapi aku bersyukur sangat sebab aku akhirnya dapat jugak melepasi halangan ni dan berjaya... akhirnya ALLAH mengabulkan jugak doa aku dan orang2 yang mendoakan aku. terima kasih la semua. dulu bila kene suplement terasa gak down. tapi bila aku kenang balik masihat imam syafie aku pikir balik, perlukah aku down.. adakah aku dah ikut nasihat ni???:



1.cerdik
2.tamakkan ilmu
3. ijtihad dan bersungguh-sungguh
4. berkawan dengan ahli ilmu
5. berusaha untuk mencari dan mendapatkan ilmu.
6. dalam masa yang panjang..

bila pikir2 balik, baru aku paham rupanya kenapa ALLAH bagi aku kene suplement.. mungkin supaya aku lebih banyak ilmu.. lebih bnyak pengalaman. so kepada sahabat2 aku yang tak bernasib baik, sabar la.. aku doakan korang diberi kekuatan daripada ALLAH. mungkin yang kita rasa tak best tu adalah yang paling baik tuk diri kita.. ala, aku ni cakap senang la.. cuba aku yang kene. mungkin aku tak dapat menghadapinya... tapi mungkin sebab tu la jugak ALLAH tak takdirkan aku yang kene sebab aku lemah.. mereka lebih kuat.. sesungguhnya ALLAH menguji seseorang tu dengan apa yang dia mampu sebenarnya hadapi. tapi apa-apa pun kita minta la dari Dia.. Dialah yang memberikan segala-galanya...


ada orang kata bila dah suplement ni kita kene belajar giler2. tapi aku rasa tak jugak. aku waktu suplement ni macam2 aku dapat buat. antaranya selain aku studytuk menambahkan ilmu aku, aku dapat belajar main gitar la, layan citer la, tiap2 petang dari 5.30 smpi 7 main tennis. macam2 lagi la.. tak la study maut pun cam kawan aku.. tapi aku rasa study maut bukan penyelesaiannya. study kene la ikut kemampuan dan adab2 nya.. barula ingat...


"so azhar, apa sebenarnya post ko ni??? apa kaitan nya dengan tajuk??" huhuhuhu... sebenarnya tu bukan yang aku yang aku nak tulis.. tu just mengatakan perasaan aku selapas dapat result. lepas dapat result ni, aku bukak balik blog kau yang aku tak sempat nak post apa2.. post2 aku just lagu2 yang aku layan. tak sempat nak menaip.. kene berusaha... bila bukak2 je blog aku, aku tengok ada post aku yang lama di 'comment' oleh hamra.. betul tu hamra. dunia ni ada macam2 perangai orang. macam2 jenis. dan tulah yang menjadikan dunia ni indah. betapa besarnya ALLAH.

aku tenung2 balik pulak situasi politik. tak kira la politik kat mana2 pun. politik kampus ke, politik negara ke, tu la faedah nya ada macam2 pahaman politik.. ada kebaikan jugak ada pembangkang. tak kisah la pihak mana penbangkang tu. pembangkang la yang melengkapkan yang pemerintah. cuba kita pikir klu takde pembangkang, yang memerintah akan rasa best jer.. rasa dia bagus. bila ada pembangkang, kesilapan akan dikritik.. aku tegaskan disini, dikritik.. bukan dikutuk... dengan kritikan ni la boleh memperbaiki diri.

perkara ni kita boleh gak nak adaptasikan dalam kehidupan seharian. bila ada orang dakwah dan tegur-menegur tu baru kita tahu kesilapan kita. dan daripada situ la kita dapat memperbaiki diri.. klu tak kita akan rasa kita betul jer.. tapi untuk yang mengkritik, menegur atau membangkang, jangan la buat just kerana diri sendiri.. biar la kita bangkang tu kerana Yang Arif, Yang Maha Arif. ALLAH tuhan yang mengetahui segala-galanya. bukan just nak ikut perasaan hati kita jer. bukan nak ikut hawa nafsu kita jer.. aku rasa klu betul-betul kita menegur hanya kerana ALLAH, perkara kutuk mengutuk dan menyebarkan kesalahan orang lain akan dielakkan.. dan juga kita akan tegur untuk kebaikan. bukan untuk menjatuhkan orang lain. tu la sebenarnya dakwah yang ALLAH suruh. ALLAH bersumpah demi masa bahawa manusia dalam kerugian, kecuali yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran..

aku pun menanti-nanti adalah pembangkang "kerana Yang Maha Arif" yang sudi tuk menegur dan membangkang tindakan aku yang salah. dengan ni dapat la aku memperbaiki diri aku yang serba kekurangan ni. tula sebenarnya antara sebab aku buat blog ni.. orang nak coment leh jer.. tapi tegur la dengan berhikmah. manusia, termasuk nabi muhammad hanya dapat berusaha menegur, tapi yang merubah dan memberi hidayah tu adalah ALLAH. tapi klu dah tegur pun tah pepe je kan, memang susah la nak diterima.

16 June 2009

Anak



Freddie Aguilar - Anak (English) lyrics

When you were born into this world
Your mom and dad saw a dream fulfilled
Dream come true
The answer to their prayers

You were to them a special child
Gave 'em joy every time you smiled
Each time you cried
They're at your side to care

Child, you don't know
You'll never know how far they'd go
To give you all their love can give
To see you through and God it's true
They'd die for you, if they must, to see you live

How many seasons came and went
So many years have now been spent
For time ran fast
And now at last you're strong

Now what has gotten over you
You seem to hate your parents too
Do speak out your mind
Why do you find them wrong

Child you don't know
You'll never know how far they'd go
To give you all their love can give
To see you through and God it's true
They'd die for you, if they must, to see you near

And now your path has gone astray
Child you ain't sure what to do or say
You're so alone
No friends are on your side

And child you now break down in tears
Let them drive away your fears
Where must you go
Their arms stay open wide



13 June 2009

Kepastian



Kepastian
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-team
http://liriknasyid.com


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah



06 June 2009

Mencari sinar ilmu part2

salam. dah beberapa lama aku tak meng'update' blog aku ni terasa la pulak nak mengunakan hari sabtu yang indah ni tuk menaip.. yela, dah lama aku tak menaip.. aku terpaksa simpan laptop aku ni dalam kotak, dimpan dalam almari. takut aku terbukak n tak study.. almaklumlah, exam suplement aku ni dah tinggal 2 minggu je lagi.. aku tak boleh la nak main laptop.. nnti lagha, satu hari suntuk aku menghadap komputer je, tak study..


apa-apa pun aku nak menyambung kembali post aku yang sebelum ni.. tentang ilmu.. untuk menuntut ilmu kita kene amalkan beberapa perkaara.. 2 perkara aku dah citer pada post aku sebelum ni.. ni nak sambung beberapa lagi..


3. bersungguh- sungguh
ada kisah tentang ibnul furad.. dia nak menuntut ilmu, dia terpaksa belajar pada malam hari.. bila start belajar je, gurunya membawa sebekas air.. bila dah start belajar, bila mengantuk, gurunya mengambil air dan lap kemuka untuk menghilangkan mengantuk.. ish ish ish... betapa bersungguh sungguh nya mereka menuntut ilmu.. mengantuk tu tak dijadikan alasan tuk tak study.. tapi kita yang berada kat zaman Universiti ni, mengantuk sikit dah taknak study.. tengok citer la, main game la tuk ilangkan ngantuk... main game tak ngan tuk la.. tengok movie tak ngantuk pulak.. tah pepe je kan.. kadang2 sanggup g mid night movie.. boleh pulak tahan ngantuk tu.. tula bila kekuatan tak ada pada kita... kita lebih gemar dan bangga dengan movie yang kita tengok, dengan konsert yang kita pergi.. tapi zaman kegemilangan islam dulu, diorang berbangga dan berebut2 untuk pergi menuntut ilmu.. so macam mana sebenarnya kita dnak kembalikan kegemilangan islam kalau kita masih macam ni???

daripada imam syarie ada berkata untuk mendapatkan ilmu, ada beberapa syarat.. rasanya tentang ni mungkin ramai yang dah tau kut.. kata2 imam syafie ni pun dah dijadikan nasyid..
1.cerdik
2.tamakkan ilmu
3. ijtihad dan bersungguh-sungguh
4. berkawan dengan ahli ilmu
5. berusaha untuk mencari dan mendapatkan ilmu.
6. dalam masa yang panjang..

4. cari masalah sampai berjumpa..
kita kene usahakan apa yang kita tak paham tu.. kene cari.. jgan tido selagi tak jumpa.. huhuhuhu...

5. dengar dulu pandangan orang lain sebelum menghukum.. jgn la taksub sangat dengan pandangan dan ilmu sendiri..
ada hadis daripada baihaki yang mengatakan bahawa cukuplah orang tu dikira ahli ilmu bila dengan ilmu tu dia takutkan ALLAh. dah cukuplah seseorang tu dianngap jahiil bila dia taksub dengan pandangan nya.

6. istiqamah..

25 May 2009

The Climb

Sejak akhir akhir ni tah pe jadi kat aku pun aku tak tau. aku yang tak pernah layan lagu owang putih ataupun lagu mat salleh ni dah belajar2 dengo lagu BI. mungkin leh la membantu aku memantapkan sebutan. hehehehe... bajet boleh je.. tapi aku tertarik la dengan lyric lagu ni.. sangat membina. memberi semangat kat aku yang perlu berusaha keras tuk menghadapi suplement ni.. jom sama2 pikir2 dan renung2 kan lyric lagu ni..

Song: The Climb
artist: Miley Cyrus



I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
cause

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Somebody's you're going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith
Whoaaa Ohwaoooh




23 May 2009

Mencari sinar Ilmu (part 1)

sekarang ni aku dah balik semula kat 6th college dengan duduk kat bilik baru..balik untuk meneruskan jihad di jalan ilmu yang masih belum selesai.duduk kat bilik single. rasa macam budak tahun clinical la pulak walaupun perjuangan aku tuk preclinical ni pun belum berakhir lagi. aku kene menghadapi suplement dengan bersungguh2. ini la peluang terakhir yang aku ada. kene la manfaat kan sepenuhnya. kekadang jeles gak tengok budak2 batch aku yang lain seronok jer bercuti. jalan sana jalan sini. tengok wayang la. buat elektif. tapi aku terpaksalah meneruskan usahaku. sabar azhar. sabar la yang akan memberikan kekuatan. dugaan tu kan tanda ALAH sayang pada kita. setiap sesuatu yang terjadi tu tak dijadikan dengan sia-sia. mungkin apa yang kita rasa tak best tu la yang sebenarnya baik tu diri kita.

tapi bila aku kenang2 dan pikir2 balik, aku cuba muhasabah diri. sebenarnya memang layak ke aku untuk lulus? ataupun memang aku layak tuk suplement? aku teringat satu kata2 yang mengatakan bahawa "ilmu takkan memberikan sebahagian darinya sehingga lah kamu mengorbankan seluruh diri kamu untuk ilmu". betul ker aku dah korbankan seluruh diri aku untuk ilmu ALLAh tu?? ada ker aku korban kan masa, wang ringgit dan keseronokan aku untuk ilmu. bila dipikirkan mungkin sebab tu la ilmu tu tak menjadi suatu manfaat tuk aku.


bila kenang balik zaman sahabat n sewaktu islam sedang menbangun dan berada dalam kegemilangan, tokoh2 ilmuan islam boleh menguasai pelbagai bidang ilmu. tengok je la ibnu sina. aku keluarkan contoh ibnu sina ni sbb berkaitan dengan bidang perubatan. banyak jer contoh2 lain cam alkhawarizmi dll.tapi diorang bukan je menguasai ilmu perubatan, ilmu lain pun. macam mana?? sedangkan aku yang kat fakulti perubatan ni pun penat dengan slybus yang sangat banyak dan perlu dikuasai hanya dengan masa yang singkat. macam mana?? pelik jugak la.. mungkin inilah mereka yang dikatakan mengobankan keseluruhan diri mereka untuk ilmu. waktu tak disia-siakan. dan ilmu tu pun bukan nyer just tuk dunia,tapi ilmu yang mereka kuasai menbawa mereka dekat dengan ALLAH.sebagai satu hidayah kepada mereka, bukan tuk dibangga-banggakan. tengok diri sendiri pulak. laaa... azhar patut la ko dapat result camtu. memang tak boleh nak compare la dengan mereka. tido awal, bangun lambat. kat lecture hall tido, g kuliah lambat.

aku ada dapat beberapa tips sebenarnya tentang menuntut ilmu ni. tapi takpernah nak diamalkan. mungkin sebab ni la "pokok tak berbuah". ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. dalam menuntut ilmu ni beberapa adab kene la jaga.

1. ikhlas.
apa tujuan sebenarnya menuntut ilmu. nak fofular?? nak dapat kerja??? atau untuk ALLAH. lu pikir la sendiri.

2.tawadu'
tidak lah berkurangan harta disebabkan sedekah dan tidaklah seseorang itu tawakdu' kepada ALLAH melainkan akan ditinggikan kedudukannya. -hadis riwayat muslim-

kedasyatan ulama' dulu dalam tawadu',hinggakan ada riwayat mengatakan bahawa iman Ahmad Hambal pakai seliparnya selama 80 tahun, takpernah ditukar.rosak jahit. ada sheikh yang melihatnya membawa mahbarah(alat tulis la, klu nak compare dengan sekarang macam pen la). bila ditanya "wahai imam ahmad,kamu masih lagi bwa mahbarah ni walaupun kamu adalah imam kaum muslimin. jawabnya maal mahbarah ilal makbarah. aku akan bawa mahbarah sehingalah ke perkuburan. ni menunjukkan betapa tawaduknya dia. dia still lagi bawak alat tulis tu untuk menuntut ilmu walaupun dia dah jadi ulama' dan imam kepada umat islam.

dalam tazkiaatul huffaz ada meriwayatkan dari imam abu hanifah yang mengatakan bahawa "sentiasa la seseorang tu menuntut ilmu. sehinnga la bila dia berkata aku telah sempurna ilmuku menandakan dia adalah jahil".
so cuba tengok diri sendiri, apa kes?? bila pandai sikit dah rasa pandai sangat. megah, padahal ilmu tu tak sampai setitik pun daripada lautan ilmu ALLAH. so yang dah lulus tu, takyah la nak kerek ngan aku yang kene suplement ni. cuba2 la bawak insaf sikit. jangan la nak bangga sangat. hehehehehe... just nak menyedapkan hati.

ni baru 2. aku rasa aku memang dah tak ikut segala adab ilmu ni. macam mana nak dapat ilmu. takpe la. aku berazam dan berjanji dengan diri aku sendiri nak memenuhi adab2 yang ada nituk masa2 akan datang. ni baru dua. ada lagi sebenarnya. tapi nanti panjang sangat la pulak post ni. cukup la dulu tuk setakat ni.. sambung esok lusa.

ni la gambar bilik baru aku yang tak tau kene duduk lama atau just untuk suplement. sedikit serabut, yela, kecik dan baru je pindah. tak susun sangat. takut kene pindah semula nanti.















"siapa yang banyak bacaan nya dia akan kurang menyalahkan orang lain"

22 May 2009

Siapa Paling Cantik????

aku rasa kita selalu akan mengalami situasi macam ni.. terutamanya orang orang yang muda remaja dan hormon sedang meningkat matang ni.. kalau aweks cun lalu, semua akan memandang. "cun la aweks ni, kalau jd aweks aku best ni. msti orang lain jeles". "ko tengok tak vidoe love story-taylor swift. cun kan dia". "david archuleta tu hensem la. dah la suara sedap". bila orangyang tak cantik je kita kutuk. "muka macam pecah pintu". macam-macam lagi la situasi yang kita boleh tengok.. sentiasa nak cari yang cantik, yang hensem.

kita selalu macam ni.. sentiasa memandang pada luaran sentiasa. bukankah kecantikan dalaman itu lebih penting daripada yang luaran. setiap kecantikan luaran tu ALLAH memang dah anugerahkan. kadang-kadang kita tak boleh nak ubah. tu la sampai ada yang sanggup semata-mata untuk kecantikan, buat sesuatu yang dimurkai ALLAH. botox la, cukur kening la, macam-macam lagi la..



kat sini aku nak mengingatkan diri aku sendiri bahawa ALLAH tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi ALLAH melihat hati-hati kamu. bukankah dalam badan kita ni ada seketul daging, kalau baik, maka baik lah seluruhnya. kalau buruk, maka burklah seluruhnya, dan ia ialah hati. hati yang baik akan melahirkan tindakan yang baik. tapi tak dinafikan kenyataan yang mengatakan bahawa ALLAH itu jamil(cantik) dan menyukai kecantikan. tapi jangan la kecantikan luaran yang menjadi ssaran utama kita sehingga melupakan kecantikan yang sebenarnya n kerana kecantikan sanggup menempah kemurkaan ALLAH.

dah telanjur citer pasal cantik ni. nak kongsi la sikit.. ni bukan akudah jumpa orang yang cantik yang dah menawan hati aku. hehehehehe... tapi aku nak kongsi satu kisah tazkirah yang telah menawan hati aku dengan kecantikan hatinya.. kisah ni pasal Luqmanulhakim.. jom sama-sama kita renungkan siapa sebenarnya luqman ni sampai ALLAH menceritakan nya dalam Al-Quran sehinggakan satu surah dinamakan semperna nama luqman. ada pendapat yang mengatakan bahawa luqman ni adalah seorang nabi. tapi kebanyakan mufassirin(ahli tafsir) berpendapat bahawa luqman ni adalah seorang hamba ALLAh yang taat kepadaNya. kenapa luqman sangat istimewa sehingga ALLAH menceritakan dalan Al-Quran sedangkan ada 313orang rasul, dah ramai yang tidak diceritakan...

dalam satu riwayat ada mengatakan bahawa luqman adalah seorang hamba yang hitam kulit nya.. suatu hari ada orang datang bertanya kpdnya, luqman adakan engkau seorang yang dulunya hamba.. "ya akulah". kau masih hitam. ya aku lah hamba yang hitam itu. mengapakah kini orang memandangmu mulia, bila engkau datang dihamparkan tikar untukmu, mereka menyuruh mu mengajarkan anak-anak mereka. aku dipandang mulia kerana aku menjaga beberapa perkara. jika kamu menjaga perkara ini, maka kamu juga boleh dipandang mulia:

1.aku menjaga pandanganku dari melihat perkara-perkara maksiat
2.aku menjaga lisanku agar mengatakan perkara yang benar, jauh dari perkara sia-sia
3.aku menjaga makananku, agar sentiasa dalam sumber yang halal
4.aku menjaga kemaluanku dari melakukan perkara yang haram
5.aku berkata-kat dengan jujur
6.aku menepati janji
7.tetamu yang hadir aku muliakan
8.aku mengambil tahu hal jiran-jiranku, keperluan mereka aku sempurnakan
9.aku meninggalkan perkara yang tidak penting

marilah kita renung nasihat luqman ni.. kenapa ALLAH memandang mulia kpdnya. kita nak dipandang mulia tak??? jom sama sama kita ikut nasihat luqman ni..

13 May 2009

dasyatnyer di sempadan...

Setelah lama penantian, hari ni penantian akhirnya berakhir... tapi bukan la berakhirnya penantian akhir.. berapa banyak akhir la aku ni.. hari ni keluar list tuk viva voce(borderline) dan viva distinction. sebelum tengok result aku mmg berharap sangat nama aku takde keluar, tak kisah la viva yang mana pun kan.. tapi ofcourse la mustahil nama aku ada dalam viva distinction... study pun tah pepe.. tapi bila aku dah tengok result, nama aku ada.... TIDAK.... TIDAK.... TIDAK.... aku taknak viva... viva ni psiko sebenarnya... yela, dalam 5 orang examiner menghadap ko.. pastu menghamburkan pelbagai soalan kat ko.. apa perasaan?? klu tau pun kemungkinan sbb gubra leh tak dapat jawab.. waktu ni la ku terpikir balik perasaan orang yang pernah kene viva..



tapi bila aku pikir2 balik ye la kan, semua yang ALLAH jadikan tu ada hikmahnyer.. aku sebenarnya tak terkezuttt sangat dengan keputusan ni. aku dah jangka dah.. dengan cara aku menjawab, cara aku study... semua yang ALLAH jadikan tu ada kelebihannya... mungkin apa yang kita rasa cam tak baik tuk kita tu, sebenarnya baik dan begitu jugak sebaliknyer... sebelum ni aku rasa gak macam nak putus asa.."tak kisah la, aku taknak viva, trus suplement takpe"..tapi bila pikir2 balik, ALLAH tu maha besar, bagi lagi aku peluang tuk mencoba.. so bila pikir ALLAH sentiasa bersama kita, aku tak jadi nak putus asa.. selagi belum putus nafas, jangan putus usaha...


tapi apa2 pun aku mengharap la sangat sangat semua rakan2 aku berdoa tuk aku supaya dapat melepasi cubaan ni dengan hati yang tenang, dengan mudah.. doakan la supaya hidayah tu sentiasa menyinari hati yang selama ni kehitaman...

10 May 2009

BELASMU

Dalam kurebahkan badanku
Menatap langit luas yang tak berpenghujung
Ku lihat ku gambar sebuah dunia yang sempurna dan tiada celanya
Tiada miskin dan derita
Kedaifan bukan punca dia dihina
Tetapi perangi amarah yang memulakan peperangan itu sendiri

Bagaimana gerangan tercipta
Dua jurang yang sangat berbeza
Yang fitrah yang indah sebalik pemusnah yang hauskan darah
Ku pinta pada Yang Maha Esa
Sinari hidayah buat mereka
Yang buta yang suka menghapus melupus segala yang benar

Ku perlukan kasih-Mu
Ku perlukan belas-Mu
Segala tercipta
Ada hikmah ada kisah ada nilainya
Ku perlukan kasih-Mu
Ku perlukan belas-Mu
Ku akur ku syukur
Ku akui ku hargai KebesaranNya


Senyuman si kecil yang suci
Nilaikanlah ia sebesarnya dunia
Kerana ianya
Warisan yang akan menentukan hala tujuan kita
Tangisannya perlu dihenti
Selamatkannya untuk dirimu
Ku sayu ku rayu
Luangkan sesaat jelaskan segala yang dapat kau lihat

Semoga sejahtera semua
Di dalam mencari
Erti kehidupan
Semoga terus berjuang
Mendekati, memahami, menghalusi
Dirimu sendiri


01 May 2009

Azimat Ibunda

Azimat Ibunda Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu



29 April 2009

BILA EXAM BAKAL MENJELANG

bila exam bakal menjelang,
masa berlalu tanpa dibilang,
masa yang lepas terkenang-kenang,
ilmu didada terasa kurang,



bila exam menjelang,
suasana kolej berubah keadaan,
disana sini mengulang kaji pelajaran,
ada yang study di dewan makan,
yang nak merasa aircond study di perpustakaan..
ada juga yang berkesorangan,
mengulangkaji di bilik, makanan di tangan,
terasa lapar milo fuse di bancuh,
leka study, cawan pun tak dibasuh...
ada yang study sambil berangan,
ayik memikirkan tentang pasangan,
apa nak jadi masa hadapan?,
jadi ke nak kawin pada bulan lapan?
jangan-jangan dia ada perempuan simpanan.



bila exam menjelang,
ada yang terletak dalam satu kategori,
study maut petang dan pagi,
study sampai ke dinihari,
sampai tak sedar hari berganti,
orang lain semua tak dipeduli,
makan minum, buku dan nota disisi.

azan berkumandang tak didengari,
solat subuh bila matahari dah tinggi,
bila di ajak katanya nanti,
banyak lagi yang aku tak study,
exam tak dapat jawab aku yang mati,
tak disedari maut menanti,
masa tak ditangguh walaupun sehari,
tak sedar kejayaan tu ALLAH yang bagi,
nikmat yang ada tak disyukuri,
cukup-cukupla dulu, study la lepas ni...



bila exam bakal menjelang,
satu kaum sibuk disurau,
membaca alquran bersuara garau,
doa dipanjat kepada tuhan,
buku tak bukak hanya disimpan,
doa di pohon ber tan-tan,

kawan ku pergilah membaca,
bukan ku marah ko nak buat pahala,
tapi adakah kau telah lupa,
yang ALLAH memberi berdasarkan usaha.



bila exam bakal menjelang,
golongan ke tiga pikiran melayang,
stress datang tanpa diundang,
ayik tertekan je memanjang,
study tak masuk, buku dibuang,
baran tak dikawal, meja diterajang,
jangan ditegur nanti kerusi dilembang,
tengok muka pun dah macam jambalang,
nak dinasihat takut kita kene pelempang.

bawak la bersabar wahai sahabatku,
berusahalah menimba sebanyak mana ilmu,
jangan dikenang perasaan yang gusar,
berdoalah kepada tuhan yang maha besar,
bukan kah itu ujian dariNya,
kalau berusaha insyaallah berjaya.



~coretan dari kategori ketiga, yang sedang tension study, doakan la aku supaya dapat ketenangan.~

26 April 2009

adakah anda masih ingin tahu????

semalam, tengah makan, roomate aku yang sekarang ni dah ada bilik lain(yeopmi) ajak aku pergi PWTC untuk melihat pesta buku antarabangsa yang tah kali keberapa tah tahun ni.. truk nyer aku.. selama hampir 3 tahun aku terjebak di bandar metropolitan Kuala Lumpur yang lumpurnya telah ditumbuhi hutan konkrit, pesta buku pun aku tak tau... ni la pertama kali aku pergi ke pesta buku ni... tu pun alhamdulillah ada sahabat aku yang sudi mengajak aku menemankannya.. walaupun aku fikiran aku sekarang tengah berkecamuk dengan pelbagai perkara, terutamanya exam, aku pergi jugak... dapat gak aku release sikit otak yang dah cam sambal belacan ni.. bercampur macam2.. daripada aku buat perkara yang lebih tidak berfaedah kan...

biasa la, orang yang takde kenaikan macam aku ni, pergi naik pubic transport je la.. alhamdulillah, walaupun ada sikit msalah dalam perjalanan, tapi ALLAH permudahkan.. sesampai nya aku kat sana, aku tengok ramai sangat orang yang menghadiri pesta buku ni.. dalam ke takjuban aku tu, yeopmi kata memang tiap2 tahun macam ni..

alhamdulillah, walaupun dalam zaman yang banyak melekakan ni dan banyak maklumat yang boleh dicari kat hujung jari je kat dalam internet, ramai jugak yang menghadiri pesta buku ni.. ni membuktikan masih ramai yang sedar tentang kepentingan ilmu, masih ramai yang berusaha untuk mencari ilmu yang boleh digunakan untuk kehidupan, samada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.. aku melihat, masih ramai yang cintakan ilmu tu.. samggup datang dari jauh, sanggup bersusah payah mencari parking untuk mencari beberapa buah buku... ni membuktikan kita masih lagi cinta akan ilmu. takde la pesta buku kosong, tapi PC Fair penuh... kita memang perlu mencintai ilmu sebab ilmu tu la menyuluh kehidupan kita dan juga menyuluh jalan kesyurga...


tapi pepe pun disebabkan kekangan kewangan yang semakin menghimpit, aku tak berpeluang membeli walaupun senaskah buku.. terasa jugak nak beli buku yang leh dibaca tuk menambah pengetahuan.. tu la... nak buat macam mana.. tapi bila dah balik ke UM, aku terasa nak kutuk balik je diri aku.. kenapa la aku macam ni yer... kita boleh beli bende2 lain yang mahal mahal, beli mp3, beli external hard disk, beli jam, beli laptop, tapi senakskah buku yang kalau nak compare dengan perkara2 yang kau sebutkan tadi, harga dia memang sangat jauh berbeza kita sayang tuk laburkan.. kenapa??? kenapala kita sangat sayang dengan wang kita tuk memiliki ilmu.. takpe la. mungkin lain kali kita boleh perbaiki diri dengan lebih mementingkan perkara yang penting dari perkara yang kurang penting... berkorban beberapa puluh untuk ilmu, ALLAH akan nilai, tu pun kalau niat kita baik...

22 April 2009

kalau memang tak pernah puas

aku balik dari libry tadi study teringat pulak kisah kat kampung aku, yang abah aku cerita waktu aku balik kampung haritu. tah macam mana tah tengah duduk2 kat bawah pokok mempelam yang berbuah lebat sambil mengupas tebu, angin sepoi sepoi bahasa(ui sedapnyer),tibe2 je keluar citer pasal waktu ceramah maulidurrasul haritu.. waktu ceramah tu aku takde la kat kampung. aku kat KL. ayah aku kata, dari masjid ada orang, jadi kosong.. ni bukan sebab ceramah tak sedap. tapi sebab ada orang jumpa bayi kat tepi pantai, bawah pelepah kelapa, ish ish ish.. nak buat camne, masjid kat tepi pantai,kalo ada pepe hal mesti la tertarik... kalau semayang jumaat lagi best. tak payah pasang kipas pun ramai je orang tertido dengan angin pantai yang sangat nyaman... dah start melencong dah aku ni... k la berbalik kpd citer asal, pasal jumpa bayi tu... ish ish ish, pe nak jadi la zaman sekarang tu.. bak kata ayah aku, orang yang buang bayi tu dah boleh dikira bunuh bayi tu dah, buang kat situ, kalo kene gigit semut ker, kene hempap buah kelapa ke kan dah arwah dah budak tu... waktu tu, ada pelancong yang jumpa. dia bagitau penduduk kampung. ramai je yang rasa cam nak budak tu. tapi mana boleh. last2 g report polis la. ayah aku kata sedih sangat bila tengok bayi tu cam nak masukkan tangan dia dalam mulut. nampak cam dalam kelaparan... siapa la yang sangat kejam tu...

balik dari kampung plak aku terjadi rajin la pulak dengan membeli senaskah surat khabar bharian. ui... rajin tu.. baca dalam bas. sekali lagi aku terbaca article kat bahagian BMDUA pasal isu yang merosakkan anak bangsa kita ni.. isu hubungan bebas.. tajuk dia "bahana nafsu" kalau tak silap aku.. ada lagi surat kabar tu kat bilik aku.. ish ish ish... aku tak tau la pe nak jadi dunia sekarang ni.. memang perkara cam ni banyak berlaku sampai leh buat filem tu.. "BOHSIA JANGAN PILIH JALAN HITAM". kat suta kahabar tu kata kebanyakan kes yang terlanjur or melanjurkan diri ni berlaku beberapa bulan lepas sesuatu perayaan berlaku. cam hari merdeka ke, tahun baru ke, velentine day ker... yang penting bukan sambutan hari raya ataupun mauliduuurasul.. yela... diorang lepas buat "KERJA"tu buat tak tau je.. teruskan jer usaha seharian. pastu, dalam 3 bulan lepas tu barulah nak gelabah.. pasal dah tak 'merah' dah ni.. pasal asyik nak muntah ni??? beberapa bulan lepas tu, jadi symptom cushing sindrome-perut kembung.. kan dah susah.. waktu tu baru nak gelabah.. waktu buat taknak pikir.


baru2 ni aku terbaca pulak kisah artis pertama yang kene hukuman penjara sebab dia kene tangkap khalwat. tu pulak ditangkap dengan berseluar pendek tanpa memakai baju.. hakim menjatuhkan hukuman dengan 10 hujah n salah satunye sbb pakai seluar pendek.. n yang lain2 ada lagi la selain bertujuan tuk memberi pengajaran kepada orang lain...

Pe la nak jadi dengan suasana sekarang ni kan.. maruah dah tak dimuliakan tak diletakkan di tempat yang tinggi untuk dijaga.. senang senang je tergadai. perhubungan tak jaga.. couple sana, kepit sini, pegang sana, pegang sini, peluk sana peluk sini.. ish ish ish.. sekarang kalau kita jalan kat mana mana pun bersepah orang yang asyik bercouple je... kalau nak dilihat, kebanyakan yang berhubungan zina ni berlaku pada waktu2 cuti, perayaan. dimana salahnyer... bukan ke waktu perayaan tu kita sambut dengan penuh kesyukuran. waktu kemerdekaan, kita bersyukur sbb kita dah tak dijajah.. waktu new year kita syukur sebab kita still dihidupkan lagi wlaupun kita ni banayk dosa... kalau kita pikir dengan positif n sambutan perayaan dilakukan untuk mengingati ALLAH, mungkin perkara yang tak diingini takkan berlaku. perkara cam tu bukan nyer hanya terjadi pada orang yang tak berpengetahuan je.. bahkan tuk pelajar2 universiti lagi... macam macam.. ni tk lama lagi dah nak cuti sem.. jangan la buat perkara tak senonoh ni.. buat malu keluarga n diri sndri jerk.. ikut pakwe g jalan2, melancong la.. kan bagus kalau waktu cuti tu kita tolong mak bapak kita ker, kerja ke.. kn dapat pahala, dapat duit. ikut pakwe melncong dapat pe??? perut kembung??? bak kata nabil "lu pikir la sendiri"


sekarang ni pun aku tengok kat tempat aku ni banyak yang bercouple, teruatamanya yang bukan islam. ni buka aku nak menimbulkan sentimen apa2, just mengatakan kebenaran.. tension gak kadang2. keluar dari surau, nak minum air kat water cooler, nampak berkepit.. rasa menyampah ada, rasa kesian pun ada, rasa bersalah menghantui pun ada. sape yang salah sebenarnya. menyampah tengok perkara yang dia buat, bersalah sebab hanya mampu tuk rasa menyampah jer.. ish ish ish.. just benci tu kan selemah-lemah iman.. takut jugak nanti kalau ditanya pe yang aku buat sebenarnya tuk menghindari perkara ni.. tk tau la.. sangat takde kekuatan tuk mencegah.. ya ALLAH, berilah aku kekutan.. rasa kesian kat dioarang sebab diorang tak dapat hidayah n camne la diorang akan disiksa nanti kalau kat akhirat. n yang lebih aku takut, kalau diorang tarik aku sekali... nauzubillah....



aku rasa kebayakan orang tau pasal dalil yang mengharam kan zina. ALLAH melarang kita tuk mendekati zina apatah lagi terjerumus kedalamnya.. tapi situasi sekarang ni tak tau la. berpasangan-pasangan(couple) tu cam dah menjadi kemestian. bahkan kalau kita takde aweks atau balak, lagi kene kutuk. cakap tak laku la, pe pe tah lagi.. astagfirullah, jauhnya kita dari hidayah n petunjuk yang dibawa oleh nabi kita melaui Alquran dan hadithnya... kenapa la jadi camni.. kita tak cukup pengetahuan ker?? mungkin sebab dugaan dan cabaran sekarang ni sangat kuat. tapi kita kene lawan.. jom sama sama mintak petunjuk n kekutan dari ALLAH.. orang yang baca post kali ni tolong la doakan sekali aku.. doakan la aku supaya lebih kuat dalam menghadapi kehidupan ni.. semoga kita dapat sama sama cuba mengislahkan diri kita, memperbaiki supaya akan datang lebih baik dari sekarang n jauh lebih baik dari masa dulu...

orang yang paling baik adalah mereka yang cuba menmperbaiki diri ketika keadaan sedang dalam kelalaian...

20 April 2009

jalan camne yang nak lalu?????

haritu (khamis, 16 april) adalah hari terakhir kelas aku.. so skrg ni tengah start study week la ni.. aku apa lagi... kesempatan cuti study week ni aku gunakan beberapa hari untuk balik kerumah melepaskan rindu pada kampung halaman.. lepas kelas aku terus berkemas2 nak balik rumah.


mcm biasala, aku balik umah naik bas transnasional. bas kul 6 ptg. kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku dalam bas... aku rasa semua orang pernah mengalami perjalanan mcm ni.. kalau pernah naik bas la.. kalau asyik naik kereta je, mak ayah antar, tak pun dekat giler2, memang la tak pernah berpengalaman naik bas kan... perjalanan aku 6 jam, satu perjalanan yang panjng la jugak.. penat n bosan tu dalam bas lama-lama...



aku nak konsi satu perkara yang aku nampak menarik dalam perjalanan aku.. biasa la kan, dalam bas, lebih kurang 40 orang macam2 ragam yang boleh kita nampak. ada yang asyik tido je start dari bas mula bergerak, sampai la bas berhenti kat "final destination"..aku la tu, sape lagi. ada juga yang asyik makan jer... ada jugak yang pasang lagu guna hanphone, pasang lagu kuat kuat. ada yang memerhatikan perjalanan, ada jugak yang sibuk menelepon sana-sini menguruskan hal peribadi.



perjalan kita kat dunia ni pun aku nampak leh kita ibaratkan macam perjalan bas ni... kita ada permulaan n penghujung.. perjalanan balik kampung dari puduraya ke Mersing, kampung tercinta.. perjalanana kehidupan kita kat atas muka bumi ALLAH ni bermula dengan kita dihidupkan sehingga la kita dijemput kembali olehnya. dalam kehidupan ni kita leh lihat macam ragam orang. sama mcm ragam dalam bas. ada yang asyik "trlena", ada yang syik menguruskan urusan dunia, ada yang asyik nak berhibur dan macam macam lagi la...



dalam hidup kita boleh pilih perjalan mana yang kita nak lalui. adakah kita just nak jadi orang yang hanya tido. denstinasi tak diingati,dalam perjalan satu apa pun tak dapat.urusan dunia habis,apatah lagi yang akhirat. atau kah kita nak jadi macam orang yang sibuk menguruskan urusan peribadi.. memang la kita akan dapat urusan dunia, tapi bukan kah "ultimate aim" kita adalah untuk akhirat... kan ALLAH dah mengingatkan kita supaya kita mengejar akhirat dan tidak melupakan bahagian kita di dunia. Allah dah janji kalau kita buat sesuatu tu kerana Nya, urusan dunia kan ALLAH bantu. dunia ni sekejap je.. kita tengok skrg, paling tua pun orang boleh idup tak sampai 200 tahun. kita???? mungkin 20 tahun mungkin 25 tahun, kita tak tau bila..



dalam perjalanan hidup ni kan bagus kita jadi macam penandu bas dalam perjalanan balik ke kampung. setiap perjalanan dia peka. destinasi menjadi sasaran utama. dia tak leka pun. kalau leka, abis arwah la aku kut.. huhuhu. jalan dipilih dengan betul. kalau salah alamatnya tak sampai la..(p/s: tapi jangan la contohi pemandu bas skrg dalam segi pemanduan... hehehe.. cam pelesit... cilok sana cilok sini).



oleh itu marila kita sama-sama muuhasabah balik diri kita, kita ni jenis yang mana. jom la sama-sama kita perbaiki diri kita semoga perjalanan yang kita lalui adalah melaui jalan yang banar dan dengan cara yang sebenar.. sesungguhnya ALLAH telah berfirman dalam Al-quran yang mafhumnya: sesungguhnya Kami apa yang ada diatas muka bumi ini sebagai satu cobaan untuk menguji siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya..



sesungguhnya dalam kehidupann ni banyak yang boleh kita amik iktibar n pikir-pikirkan. meminjam kata-kata ustaz muhammad, kehidupan ni adalah sebuah universiti: "universiti kehidupan". tempat kita timba ilmu pengetahuan n ambil pengajaran.yang kurang baik tu sama-sama la tolong tegur menegur...


dah lama tak berpantun so na uji bakat aku ngan satu pantun:
hari isnin pergi ke pekan,
pergi ke pekan membeli ikan,
aku insan banyak kelemahan,
bila tersalah harap tegurkan.

27 March 2009

phewwittttt.... cun siot si "Hidayah" ni

milik siapakah gadis ini
lembut wajah bagaikan sutera


kepada pembaca sekalian, dah lama aku tak update pe pe post yang baru samada yg menarik atau yg mengarut... ni bukan la sbb aku busy cam orang lain study ataupun sibuk dengan xtvt kolej.. ni semua sbb aku tak ada idea nak bebel pe.. nak citer pasal xtvt pun, hari-hari aku bangun g klas makan tido n main internet je..

post kali ni bukan la nak citer aku ni orang kampung cam pe yang hanisah ishak citer dlam blog dia. aku mmg orang kampung n aku mmg pernah panjat pokok, berkubang, pakai kain pelikat n lain2, tak macam nisah tu.. tapi pepe pun kali ni aku nak brkongsi sikit dengan saudara2 ku yang tercinta beberapa situasi yang tak tau la menarik ke tak bagi pihak korang. tapi kemungkinan kejadian2 ni bolehla kita sama2 amik kesempatan untuk jadikan iktibar::::::





1. senior ku bertanya melalui yahoo messenger:
"azhar akak nak tanya sikit pe hukumnya couple2 ni?"
"knape pulak tanya. dah jatuh cinta ke?"
"jawab la dulu soalan akak"
"ok la jangan la marah, baru nak korek rahsia. sorry la kak klu tak leh nak jawab dengan baik, yela kita ni bukan nye ustaz. klu nak ikutkan mmg tak boleh la kan. semua orang tau kut. apatah lagi klu berkepit kat sini sana. berdua duaan. kan kita disuruh menjauhkan zina. lagipun kan bukan mahram tu.. klu awal2 kata tak buat pepe pun lama2 takut terjebak.. mula2 sms pastu jumpa.. dating... n seterusnya... pandangan yg saya amik bahawa couple ni mmg takleh n paling rendah pun klu tak buat apa2 makhruh sbb takut terjebak"
"bukan pe, kawan akak. dulu kat surau, xtvt pepe pun dia la paling rancak. paling alim. marah orang sana la sini la.. bagi tazkirah la kata couple tak boleh. tapi skrg dia pulak buat. menyampah betul akak."
bagi aku bagus jugak akak ni ada rasa menyampah sbb tu menunjukkan dia tak suka tentang maksiat ni...


2. pagi tadi ada la tazkirah kat lecture hall. kawan aku ni sampaikan pasal islam is the way of life.. macam mana islam ajar segala-galaanya.. ada ke agama lain yang ajar selengkap islam. dari bangun tido sampai la bangun balik besoknyer.. setiap saat diajar...
dah banyak kajian sains yang mengatakan kebaikan islam ni.. contohnyer macam-mana solat baik tuk kesihatan, solat berjemaah boleh neutralkan cas.. dalam bidang medic ni pun klu hati kita betul2 nak mengerti kita boleh tengok pe kelebihan islam tu... tapi skrg ni masih ramai orang yang tak solat n menjadikan islam sebagai cara hidup mereka.


3. citer pasal kapal terbang nak terhempas. orang yang takde agama pun cam berharap kepada sesuatu kuasa yg lebih tinggi. ramai orang kafir yg tua tentang islam tapi tetap tak memelukk islam.

4. borak2 kosong:
"knape ko tak layan budak tu??pastu buat muka tak puas hati pulak" aku bertanya
"nak buat camne. aku tak boleh lupa pe yang dia buat kat aku. kawan pon boleh makan kawan. macam ni ke.."
"ko tak baik camtu. dia dah nak buat baik kat ko.. jangan la camtu. kan tak bagus camtu.."
"sorry la. aku mmg tak leh lupa pe yg dia buat.aku need to take time to forget it. bila dia tegur aku tu membuatkan aku lebih menyampah."
"tak baik ko.. buakn ke tak boleh memutuskan tali silaturrahim. tak bertegur sapa lebih dari 3 hari kan tak boleh.."
"aku tau semua tu. aku tau sangat.tapi aku mmg tak boleh. just jangan tegur aku. give me time to forget it.aku bukan malaikat."
"memang la ko bukan malaikat. tapi pe salahnya kita bersifat baik. maafkan la orang lain. nabi pun maafkan kesalahan umatnya.."
"aku tau. aku tau. aku tau.tapi aku just need to take time to forget it.. paham la"



citer yg aku kongsi ni bukan la nak citer pasal sesiapa or memburukkan sesiapa.daripada citer2 ni macam2 pengajaran leh kita amik. tapi kat sini aku nak amik satu ciri yang sama dalam keempat-empat citer ni. kita boleh tengok dalam citer ni yg semua orang tau apa yg sepatutnya dibuat dalam islam. tapi knape kita tak amalkan. citer pertama tau couple tu tak leh, tapi buat gak. citer kedua tau kelebihan solat, solat berjemaah tapi tinggal gak. citer ketiga tau ALLAH tu ada tapi taknak beriman gak. citer terakhir tau bahawa silaturrahim tu penting. tapi........................

antara perkara yg penting dalam kita melaksanakan islam dalam diri kita sebennrnya adalah:

1. iman
iman tu ibarat enjin bagi diri kita. klu iman kita kuat. kuasa kuda tinggi, kuat la kita buat amalan. tapi klu iman kita lemah susah la nak buat. klu kita betul2 yakin bahawa ALLAH tu maha melihat, maha mengetahui, kita akan takut nak tinggalkan suruhan n lakukan larangan Nya. orng yang buat dosa tu sbnrna dia tak ingat ALLAH. klu dia betul2 ingat, dia takkan buat dosa.
pasal iman ni aku taknak elaborate banyak sangat la sbb kebanyakan orang tau pasal ni..

2. hidayah.
hidayah ni amat penting. hidayah tu menyuluh kita dari jalan yang gelap kepada kebenaran. kita tengok, sahabat dizaman nabi.setelah dia mendapat hidayah, mereka dengan tekun dan bersungguh2 menjalankan islam sehigga ada antara mereka ALLAH dah janjikan syurga kat dunia ni lagi.. kita tngok betapa pentingnya hidayah. Umar Alkhatab yang sebelum islam sangat kuat menentang islam menjadi pembela islam selepas keislamannya.

seperti apa yg aku dengar di kuliah tarfsir kat radio ikim, hidayah ni ada 2 jenis:
hidayah "irsyad":iaitu hidayah umum. pengetahuan yang diberi kpd kita oleh ALLAH. contohnya kita diberikan pegetahuan tentang kelebihan solat, kewajipan nya n lain2.
hidayah "taufiq":hidayah yang memberikan kita kekuatan untuk melakukan amalan.
kita dapat tengok tentang 2 2 jenis hidayah ni... banyak orng diberikan hidayah 'irsyad', tapi tak dapat melakukkan pe yang dia tahu. macam contoh2 yang aku bagi dalam 4 citer sebelum ni.
dua2 hidayah ni datang dari ALLAH. cam belajar. ilmu yang kita dapat tu dari ALLAH. tapi macam mana kita nak gunakan. bukan ke ilmu tanpa amal tu ibarat pokok takde buah. tak bermanfaat..
antara cara kita nak dapatkan hidayah:
1. banyakkan berdoa. dalam berdoa ni kita kene jugak ikut adab2 berdoa tu.. kita mohon dengan sepenuh hati supaya ALLAH anugerahkan kita hidayah kejalan yang benar. nak kongsi kat sini tentang adab doa panjang sangat la pulak. ni pun msti korang dah penat baca. lagipun ilmu tak banyak sangat. hehehehehe. hidayah tu datang dariNya dan kita kene mitak dengan Dia. sedangkan nabi sndri tak dapat bai hidayah kat bapa saudara dia.banyak doa yang boleh kita amalkan sebagaimana yang diajar nabi. klu tak ingat pun, doa BM pun pe salahnya. yg penting adab berdoa dijaga.
2. banyakkan hadiri majlis ilmu.. yelakan. tempat yang banyak ALLAH turunkan hidayah adalah majlis2 ilmu. kat sini la kita dapat banyak hidayah samada mana-mana jenis. klu duduk kat disco camne nak dapat hidayah. duduk majlis ilmu pun kene gak jaga adabnya. sbb ada orang yg pergi majlis ilmu tak dapat pepe.
3. banyakkan taubat dan bersihan hati. taubat tu panjang nak citer. bersihkan hati pun sama gak. banyak yang boleh kita lakukan.. boleh tanya ustaz2 yang lebih arif.

sebenarnya segala amalan yang kita lakukan tu atas kudrat dan iradah ALLAH. kita dapat lakukan amalan tu semua nya disebabkan ihsan ALLAH. klu kita paham perkara ni, kita takkan riak, takbur n ujub dengan amalan yang kita lakukan.

coretan aku kali ni bukanla niat nak mengajar or nak betulkan salah orang. cuma nak berkongsi pe yang aku tau.. mungkin pe yang aku citer ni serba kekurangan. semoga ALLAH memberi kita kekuatan, taufiq untuk kita amalkan islam dalam kehidupan seharian kita..


"hidayah itu ibarat cahaya yang menerangi. permukaan yang hitam akan tetap hitam walaupun disuluh cahaya.begitu juga hati. so sama-samala kita bersihkan hati kita dari segala kekotoran yang boleh menghalang hidayah."