22 October 2010

JIKA

Jika






Jika bukit menjadi gunung
Gunung menyuburi rimba
Jika sakit mendorong menung
Menung meransang dewasa
Lorong hidup banyak cabarnya

Jika rakit menjadi kapal
Kapal meningkat bahtera
Jika bangkit melawan gagal
Gagal membibit hemah
Landas hidup banyak tuahnya

(sajak Jika, karya A. Samad Said, dari antologi Rindu Ibu)

ini adalah sebuah karya A Samad Said yang sangat mendalam maksudnya.. sama2 kita hayati...

03 October 2010

TENIS BERKUMPULAN SUKMUM 2010

semalam(sabtu) telah diadakan perlawanan tennis sukan Universiti Malaya. ianya telah diadakan di gelanggang tennis pusat sukan universiti malaya.. tak sangka aku yang tak berapa nak atlet ni pun wakil jugak kolej dalam pertandingan ni. mesti ramai orang yang pelik camne orang yang keding cam aku ni leh main tennis dengan aktif walaupun aku langsung tak pernah aktif pun dulu waktu sekolah.. ni semuanya bermula waktu penghujung 2nd year aku kat UM ni la.

perlawanan bermula dengan peringkat kumpulan, kitorang dari kolej kediaman ke enam(kolej ibnu sina/sinonim dengan kolej perubatan) dalam kumpulan A bersama kolej kedua dan kolej ke 10. perlawanan pertama kami dengan kolej kediaman kedua, kitorang tewas 3-1. hanya beregu pertama kami menang, tu pun tie break.. nak buat macam mana, tune permainan yang sebenar tak dapat. terikut2 dengan permainan slow diorang.. tension gak aku tengok bola2 belon camtu yang memang sure la kita takkan nampak dalam perlawanan profesional.
takpe la. tapi sekurang-kurang nya kitorang sampai semi final. kira ok la tu.. kalah dengan kolej kediaman ke 12 yang rata2 nya adalah pemain UM, pernah mewakili UM. ok la. orang selalu kata budak medik ni takde life, asyik terperok je, tak boleh bersukan. tapi hakikatnya tidak sebenarnya. dah malas nak menaip, so kongsi gambar je la yer..