19 June 2010

KETUKAN DI EMERGENCY

Hari ini aku ditemani sahabat ku yang setia telah pergi ke hospital.. sape yang sakit?? aku la.. sape lagi.. aku dah mengalami batuk selama 4 minggu.. ramai sahabat yang risau dan syorkan aku jumpa doktor.. manala tau ada penyakit yang merbahaya ke.. TB ke, asthma ke, chronic bronchitis ke... ramai jugak orang yang sayang kat aku ni.. ingatkan takde.. hehehe... tapi apa2 pun terima kasih la kepada sahabat2 aku yang memberikan nasihat yang sangat baik tu... aku ni memang liat sikit nak jumpa doktor.. bukan apa.. aku memang selalu kalau batuk atau selesema berpanjangan hingga pernah 2 bulan.. sebab tu aku tak kisah sangat. dan lagipun malas sebenarnya nak tunggu lama2 kat hospital.. bakal doktor apalah aku ni.. nak jumpa doktor pun malas...tapi alhamdulillah aku tak ada apa2 masalah..di diagnose mengidapi URTI dan di beri ubat batuk, piriton dan amoxicilin...

tapi dalam sedang asyik aku menunggu, tiba2 je ruangan menunggu tu jadi kecoh dengan seorang pesakit yang buat kecoh.. dia ketuk2 meja di kaunter pharmacy.. kesian aku ahli pharmacy yang menjaga kaunter tu.. nampak ketakutan apabila dimarah.. tapi itulah lumrah bila bekerja di kaunter hadapan.. macam2 karenah orang yang kita akan temui..

walau apa2 pun masalah yang dihadapi pesakit tu, aku rasa tindakan itu bukanlah tindakan yang sewajarnya.. bukankah kita boleh bawak berbincang dengan baik tanpa ada kekasaran.. budi bahasa itu perlu dipupuk dalam diri sehingga ia nya dah jadi satu keperluan dalam diri. takkan rugi orang yang berbudi bahasa...

01 June 2010

Umpama Kain putih...

hari ini aku dengan rajin nya telah pergi ke wad untuk belajar tenang pesakit di wad kanak-kanak 6B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang... chewah.. rajin konon.. padahal memang kene pergi pun.. diwajibkan.. kalau tak mesti membuta je kerja kat atas katil bercadar pink aku ni.. hahaha... perlu ke state warna cadar.. mengarut sungguh...

tapi aku nak kongsikan satu perkara yang agak menarik pada pandangan aku.. tapi aku tak boleh la nak cerita dengan mendalam sebab sebagai seorang medical student dan kalau jadi doktor pun, perkara dalam wad dan hal ehwal pesakit tidak boleh di hebohkan dan diceritakan kepada orang lain.. cofidientiality and privacy patient perlu dijaga.. ini la salah satu etika dalam dunia kedoktoran. bayangkan jika etika ini tidak dijaga... waktu doktor ingin merawat pesakit, kita akan tanya history tentang pesakit.. mesti orang yang membaca article ini pernah bertemu doktor walaupun sekali pada pandangan aku.. so mesti paham kan.. kadang kala orang yang bukan dalam bidang mediacal tak paham apabila doktor menanyakan tentang sebab apa datang ke hospital atau klinik.. apa yang mereka jawab "saya ke awak yang doktor ni, kalau saya dah tau sebab apa, tak payah la saya jumpa doktor".. tapi sebenarnya, history sangat penting untuk mendapat diagnosis(apa masalah pesakit) dan juga untuk management (rawatan) patient... selalu nya history ini akan ditanya kan dengan sangat lengkap sehingga soal peribadi yang kadang kala pesakit tak nampak apa kaitan nya dengan sakit nya sekarang juga akan ditanya... cuba bayangkan jika doktor tidak menjada etika ini.. mereka akan senang-senang menceritakan tentang pesakit pada orang lain dan mungkin aib pesakit akan terancam... mungkin pembaca yang memang dalam kalangan budak medic akan bosan membaca perkara ni sebab ini semua telah mereka tahu.. tapi aku beri penjelasan ini untuk memanjangkan post blog aku ni dan memberi pengetahuan untuk budak-budak bukan medic..


perkara tentang etika ini kalau ingin kita kaji, sepatutnya bukan sahaja perlu dijaga oleh doktor-doktor dan berkaitan hal kedoktoran sahaja.. perkara ini perlu dijaga setiap masa seperti yang telah disyariatkan dalam agama islam kita... kita dilarang membuka keaiban orang lain.. kalau betul2 syariat islam diamalkan perkara umpat mengumpat akan dapat dielakkan.. kita mesti tak mahu orang menceritakan tentang keaiban kita kan?? oleh itu, mengapa mesti kita mendedahkan aib orang lain.. ingatlah, kita mulia di dunia ini bukan sebab kita memang mulia, tetapi bersyukurlah sebab ALLAH telah tutup keaiban dan kekurangan diri kita.. kalau di dedahkan, pasti kita akan jadi orang yang paling rugi..


sudah melencong post ini dari pada tujuan asalnya.. berbalik kepada cerita asal, apa yang aku ingin kongsikan ialah tentang pesakit yang sewaktu aku clerk(ambil history) daripada pesakit di katil sebelah, dengan tidak sewenang-wenangnya dia telah mengambil tendon hammer yang ada dikocek aku.. apa itu tendon hammer??? perlu di perjelaskan ke.. ia adalah satu alat untuk menguji tendon reflex yang ada pada pesakit terutamanya untuk melihat tanda-tanda yang berkaita dengan penyakit saraf.. apa pula tendon reflex.. sudah malas aku ingin menaip.. so boleh la cari sendiri.. selepas pesakit tu amik tendon hammer tu, dia ketuk ketuk kaki dia sendiri dan kata OK, OK....

aku sedikit tertanya tanya bagaimanakan seorang budak yang kita kira 2 tahun itu tahu apa kah fungsi tendon hammer itu.. mungkin juga dia melihat doktor yang memeriksanya melakukan ujian tendon reflex tu... bayang kan betapa mudah nya kanak-kanak untuk belajar..hanya dengan melihat mereka boleh belajar. aku terfikir balik bahawa kanak kanak memang mudah belajar dan bergantung kepada ibu bapa lah, apa yang hendak diajarkan kepadanya, apa yang ditunjukkan dan di berikan contoh kepada mereka... jika diajarkan perkara yang baik maka baiklah jadinya.. aku teringat kepada hadis nabi yang bahawa bayi yang lahir itu umpama kain putih, terpulanglah kepada ibu bapanya untuk mendidik samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi.. terpikir pulak macam mana aku akan mendidik anak anak aku pada masa akan datang.. mampukah aku mendidik menjadi anak-anak yang soleh?? Eh Eh...ish ish ish.... awal sangat pulak aku pikir tentang anak-anak ni.. kawin pun belum lagi.. belajar tu dulu abiskan.... hehehehehe....

ENGKAU INSAN SEMPURNA




Lagu: Engkau Insan Sempurna
Artis: Hijjaz
Album: Permata Hijjaz 1431

Pencipta Lagu

Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit
Munif Ahmad (Hijjaz Records Publishing)
Penulis Lirik
ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik
Firdaus Mahmud
Pemuzik
Zameelah (Violin - Miim Quartet)
Zaleelah (Violin - Miim Quartet)
Aidil Akmar (Viola - Miim Quartet)
Aidil Khaizir (Cello - Miim Quartet)
Kelly (Bass)
Ujang (Drum)
Sham Kamikaze (Akustik Gitar)

ENGKAU INSAN SEMPURNA

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa




ini adalah salah satu lagu dalam album Permata Hijjaz 1431.. lagu yang paling aku suka dalam album ini.. memang best.. so belilah yang original... tolong promote ni aku tak dapat apa2 pun.. hehehehe......