08 December 2009

aku melayu tulen

aku tak payah state kan pun orang tau kut aku ni memang melayu tulen.. mak aku orang banjar, orang kota tinggi, johor.. ayah aku pulak orang terenggganu. keturunan melayu. nyaris nyaris aku ada gelaran "wan" tau kat depan nama aku.. adik beradik ayah aku semua ada wan.. spupu aku pun ada "wan" kat depan nama diorang.. tapi apa kan nasib.. sebab salah orang yang mendaftarkan nama ayah aku, ayah aku takde la nama "wan" tu.. tapi takpe la.. yg penting ini membuktikan aku ni memang benar2 orang melayu..

tapi nak dijadikan cerita, ada 3 peristiwa orang kata aku ni bukan melayu. macam2.. ni la pengalaman bak kata orang.. pengalaman klinikal ni memang banyak dan menarik. tak macam preklinikal.. sebab time tu asyik menghadap buku je kerja. mana ada g wad ni kan.. inilah 3 kisah itu..


1. kisah pertama berlaku waktu aku tengah rajin g wad. aku usha la katil yang sepatutnya aku cover.. takde orang.. di katil bertentangan ada la sahabat aku ni tengah clerk patient dia. aku saja je la datang menghampiri. tanya apa diagnosis patient tu. mana la tau boleh jadi case menarik yg boleh di kongsi. tapi tiba2 je patient tu(seorang pakcik india dalam usia 60an) cakap india ngan aku.. maksud aku cakap bahasa tamil la. aku pun tergamam dan terkaku tak leh nak kata apa.. dia ulang balik untuk kali kedua, dan masuk kali ketiga, aku pun bagitau la dia aku ni orang melayu.. baru la dia cakap melayu. bukan nyer dia tak reti cakap melayu.. dia kata kita malaysia ni kene belajar jugak bahasa lain.. aku pancing la yg aku memang tengah belajar sedikit demi sedikit..

2. kisah kedua. aku ngan awie(nawawi jamalos, bukan awie penyanyi tu eh) g la clerk seorang patient yang anak dia masuk hospital. tanya la kenapa dia masuk hospital. setelah berborak beberapa lama, emak kepada patient tu tanya la nama kami. bila dibertahu nama dia tanya, "o you're malay" kitorang pun jawab la.. " did us not seem like malay??" makcik tu kata ye.. kitorang tak nampak macam melayu.. kitorang tanya la nampak macam orng mana?? nak tau apa jawapan dia?? dia kata kau macam orang pakistan dan awie macam orang thailand.. ish ish ish... camne la diorang leh nampak cam tu ek..

3. ni yang paling baru. cerita dia lebih kurang je la dengan citer pertama. malas la nak citer panjang2. yang penting aku g tengok "case note" patient tu dan dia berkata sesuatu kepadaku.. aku ingat aku tak berapa clear dengan apa yang dia kata. aku mintak la dia ulang.. untuk kali kedua pun aku tak dengar jugak. untuk kali ketiga baru la aku tau, yang aku bukan nyer tak dengar tapi tak paham.. patient tu cakap tamil rupanya. bila aku kata ngan patient tu "apa dia uncle" baru bagitau aku yang dia sakit dan mahukan ubat.. mungkin dia dah dapat tangkap kut yang aku ni bukan paham bahasa tamil ni..


ni la 3 cerita tu.. kadang2 bila pikir2 kan balik kelakar jugak.. macam manala diorang leh ingat aku ni bukan melayu.. muka aku ni ada macam bukan melayu ker.. aku melayu sejati la..
tapi memang dalam dunia ni ALLAH jadikan kita berbagai2 jenis, berbagai2 rupa bentuk, berbagai2 kaum.. tujuannya untuk berkenal kenalan.. bukan untuk bermusuh musuhan. betapa besarnya ALLAH yang mampu mencipta "variety" dalam manusia. ad ayang hitam ada yang putih, ada yang coklat.. bak kata iklan silkygirl.. "brown and beautiful, black and beautiful, yellow and beautiful, dark brown and beautiful".. segala yg ALLAH jadikan tu memang indah.. cuma kita je kadang kadang tak nak memikirkan keindahan ciptaanNYA..

so dah tujuannya ALLAH jadikan kita ni pelbagai kaum untuk berkenal-kenalan, so jangan la kita ni amalkan sikap ke'aku'an sangat. kita semua boleh berbaik2. berbaik sangka antara satu sama lain, tingkatkan ukhuah antara satu sama lain, terutamanya sesama saudara seislam.. bukankah setiap orang islam itu bersaudara?? aku berharap satu hari nanti ada sinar perpaduan dalam diri setiap orang dan negara islam tidak laig akan berpecah belah, perpaduan atas dasar tauhid yang satu.. perpaduan dengan membawa kalimah:

05 December 2009

Janggut oh janggut

Janggut?? kenapa dengan janggut??? ada masalah ker???

takde apa2 pun sebenarnya.. aku just nak kongsi satu cerita je la.. sejak dua menjak ni aku memang simpan la janggut sejemput.. ada jugak la orang yang komen.. ada yang kata ok ada yg tak.. lantak la korang nak kata apa.. aku nak simpan.. malas nak potong.. biarlah aku.. bukan aku menyusahkan sesiapa pun..

tapi yg nak dijadikan cerita, end of medcine posting exam haritu, lebih kurang sebulan lepas, ada la orang komen pasal janggut aku tu.. huhuhu.. kelakar jugak la dengan dia nyer komen.. hahaha... andainya si dia (seorang chinese, class mate aku) tu membaca, mintak maaf la ye kalau terkasar bahasa..tak bermaksud pun nak mengata or mengeji.. takde apa2 ok.. just nak kongsi cerita dalam blog yang dah lama aku tak update ni jer..

tengah tunggu exam ni, dalam kebosanan dan ketakutan tuk menghadapi exam kat wad 8a HTAR, si dia ni pun kata la kat aku... "kenapa you simpan itu?" sambil memegang dagunya.. "rasa makin hensem ke?".. aku bermonolog dalam diri.. 'eh minah ni, tengah tengah exam ni tiba2 tanya pasal janggut aku plaks.. ada masalah kat dia ker'.. dalam cuak exam tu aku malas la nak jawab.. aku angkat bahu pastu urut janggut aku sambil cover macho.. uweks... hahaha... "kenapa U simpan, macam kambing." monolog ku kembali.. ' eh minah ni.. ni bikin gua panas.. tetiba pulak sama kan gua ngan kambing.. ingat apa'.. tapi sekali lagi aku malas layan.. aku just angkat kening jer.. bukan cam ziana zain nyer kening.. "takde masalah ke awak simpan itu?? tak rasa kotor ker." tanya nya kembali.. aku mula la bersuara.. "kotor apa pulak? takde la." masih control macho tapi dalam hati.. ish ish ish.. dia tanya balik.. " ye la, mana la tau terlekat sos ke masa makan." aku malas la nak layan soklan tah pepe ni.. so aku diam jer la.. ada ker janggut aku yang pendek tak sampai satu inchi ni dia kata bolleh terlekat sos.. aku makan pakai mulut.. bukan pakai dagu..


huhuhu.. tu la citer orang coment aku nyer janggut.. kawan2 sekolah aku pulak cam syaifullah ngan syafiq, selepas lama tak jumpa aku kata janggut aku ni buatkan aku nampak lebih matang.. betul atau tidak terpulanglah kepada anda semua untuk menilainya.. tapi aku simpan janggut ni bukan sebab aku nak nampak matang, nak nampak hensem.. aku saja je simpan sebab aku malas nak cukur.. klu cikur nnti yang keluar keras n tajam2.. tak syok.. sagi satu,kan simpan janggut tu adalah sunnah nabi.Bukan kah begitu??? ini la daripada apa yang aku tau daripada ilmu aku yang sangat cetek ni. aku simpan janggut n buang misai sbb aku tak suka misai. ayah aku simpan misai..cam tak best je tengok dia..

apa2 pun klu kita buat sesuatu tu jgn la nak pikir sangat apa orang nak cakap.. lantak diorang la nak cakap apa. penat karang diorang berenti la.. marilah sama2 kita buat segala2 dalam kehidupan kita ni hanya kerana ALLAH.. bukan kerana orang lain.. (peringatan tuk diri sendiri yg kadang2 tergelincir ngan sikap ujub dan riak. almaklumlah manusia. kadang kadang suka jugak bila dipuji. tapi segala pujian hanya bagi ALLAh sebab kita takkan dapat buat apa2 tanpa kudrat dan iradah ALLAH).. wassalam...

Post pertama aku Kelang

dah lama dah aku tak update apa2 dalam blog ni.. nak kata sibuk pun tak la sangat. tapi tak tau la.. takde mood tuk melingkari jari jemari ku ini kat atas keyboard laptop yg semakin hari semakin membawa masalah.. oh laptopku.. bila la ko nak sembuh.. nnti aku bawak jumpa doktor eh..

Klang oh kelang.. semenjak posting klang ni macam2 dah aku lalui.. mula2 datang sini terasa agak tersiksa jugak la.. tak tau nak wat pe.. nak main pun takde tempat.. tension gak la awal2.. tapi biasa la tu.. bila perkara pertama. memang susah nak menyesuaikan diri..tapi dah lama2 tu kira semakin OK la.

baru2 ni aku first time tengok pembedahan depan2 mata.. doktor tu buat masectomy tuk buang kanser payudara.. best jugak la bila dapat tengok depan2.. tapi yg tak tahan tu sbb kene berdiri lama2 kat dalam operation theatre(OT) tu.. lenguh kaki.. nasib baik doktor tu baik dan aku boleh tengok dekat2 giler.. tapi tak boleh pegang ah.. sbb tak berpengalaman lagi.. lagipun tak properly scrub pun.. just tukar baju jer...

Sesungguhnya sakit tu datang dari ALLAH dah dia jualah yang menyebuhkan nya.. Mungkin bila kita kene sakit tu kita rasa macam tersiksa tapi sebenarnya sakit tu adalah suatu nikmat dari NYa.. Bila sakit la kita nak ingat ALLAH selepas kita tergelincir dan terbabas.. Sakit tu jugak la adalah ujian dari ALLAH tuk uji sekuat mana iman kita.. adakah kita redha atau tidak dengan ketentuannya.. redha tak bermaksud kita tak perlu berusaha tuk menyembuhkan.. redha bukan pasrah.. kita tetap kene berusaha sbb ALLAH dah janjikan bahawa setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali mati.. sakit tu jugak boleh menghapus dosa... banyak lagi la himah sakit tu.. mungkin sebahagianya tak dapat kita uraikan dengan pikiran kita yang amat terbatas..

apa2 pun last but not least, kita manusia dan tak terlepas dari melakukan kesalahan.. Sebaik2 orang yang membuat kesalahan adalah yang bertaubat dah meminta keampunan dari ALLAH... aku selau jugak tergelincir ni sejak exposed dengan macam2 perkara.. dulu duduk kat mersing apa je hiburan yang ada.. selau duduk kat umah je.. lepak ngan mak bapak.. tapi kat sini macam2 ada... so sama2 la kita memperbaiki diri dan ingat2 kan la bila aku lupa.. manusia la katakan

ok chow dulu.. klu senang lagi aku update la.. tapi jangan ditunggu.. hahaha.. ada ke orang yang nak tunggu??? see ya.....