22 April 2009

kalau memang tak pernah puas

aku balik dari libry tadi study teringat pulak kisah kat kampung aku, yang abah aku cerita waktu aku balik kampung haritu. tah macam mana tah tengah duduk2 kat bawah pokok mempelam yang berbuah lebat sambil mengupas tebu, angin sepoi sepoi bahasa(ui sedapnyer),tibe2 je keluar citer pasal waktu ceramah maulidurrasul haritu.. waktu ceramah tu aku takde la kat kampung. aku kat KL. ayah aku kata, dari masjid ada orang, jadi kosong.. ni bukan sebab ceramah tak sedap. tapi sebab ada orang jumpa bayi kat tepi pantai, bawah pelepah kelapa, ish ish ish.. nak buat camne, masjid kat tepi pantai,kalo ada pepe hal mesti la tertarik... kalau semayang jumaat lagi best. tak payah pasang kipas pun ramai je orang tertido dengan angin pantai yang sangat nyaman... dah start melencong dah aku ni... k la berbalik kpd citer asal, pasal jumpa bayi tu... ish ish ish, pe nak jadi la zaman sekarang tu.. bak kata ayah aku, orang yang buang bayi tu dah boleh dikira bunuh bayi tu dah, buang kat situ, kalo kene gigit semut ker, kene hempap buah kelapa ke kan dah arwah dah budak tu... waktu tu, ada pelancong yang jumpa. dia bagitau penduduk kampung. ramai je yang rasa cam nak budak tu. tapi mana boleh. last2 g report polis la. ayah aku kata sedih sangat bila tengok bayi tu cam nak masukkan tangan dia dalam mulut. nampak cam dalam kelaparan... siapa la yang sangat kejam tu...

balik dari kampung plak aku terjadi rajin la pulak dengan membeli senaskah surat khabar bharian. ui... rajin tu.. baca dalam bas. sekali lagi aku terbaca article kat bahagian BMDUA pasal isu yang merosakkan anak bangsa kita ni.. isu hubungan bebas.. tajuk dia "bahana nafsu" kalau tak silap aku.. ada lagi surat kabar tu kat bilik aku.. ish ish ish... aku tak tau la pe nak jadi dunia sekarang ni.. memang perkara cam ni banyak berlaku sampai leh buat filem tu.. "BOHSIA JANGAN PILIH JALAN HITAM". kat suta kahabar tu kata kebanyakan kes yang terlanjur or melanjurkan diri ni berlaku beberapa bulan lepas sesuatu perayaan berlaku. cam hari merdeka ke, tahun baru ke, velentine day ker... yang penting bukan sambutan hari raya ataupun mauliduuurasul.. yela... diorang lepas buat "KERJA"tu buat tak tau je.. teruskan jer usaha seharian. pastu, dalam 3 bulan lepas tu barulah nak gelabah.. pasal dah tak 'merah' dah ni.. pasal asyik nak muntah ni??? beberapa bulan lepas tu, jadi symptom cushing sindrome-perut kembung.. kan dah susah.. waktu tu baru nak gelabah.. waktu buat taknak pikir.


baru2 ni aku terbaca pulak kisah artis pertama yang kene hukuman penjara sebab dia kene tangkap khalwat. tu pulak ditangkap dengan berseluar pendek tanpa memakai baju.. hakim menjatuhkan hukuman dengan 10 hujah n salah satunye sbb pakai seluar pendek.. n yang lain2 ada lagi la selain bertujuan tuk memberi pengajaran kepada orang lain...

Pe la nak jadi dengan suasana sekarang ni kan.. maruah dah tak dimuliakan tak diletakkan di tempat yang tinggi untuk dijaga.. senang senang je tergadai. perhubungan tak jaga.. couple sana, kepit sini, pegang sana, pegang sini, peluk sana peluk sini.. ish ish ish.. sekarang kalau kita jalan kat mana mana pun bersepah orang yang asyik bercouple je... kalau nak dilihat, kebanyakan yang berhubungan zina ni berlaku pada waktu2 cuti, perayaan. dimana salahnyer... bukan ke waktu perayaan tu kita sambut dengan penuh kesyukuran. waktu kemerdekaan, kita bersyukur sbb kita dah tak dijajah.. waktu new year kita syukur sebab kita still dihidupkan lagi wlaupun kita ni banayk dosa... kalau kita pikir dengan positif n sambutan perayaan dilakukan untuk mengingati ALLAH, mungkin perkara yang tak diingini takkan berlaku. perkara cam tu bukan nyer hanya terjadi pada orang yang tak berpengetahuan je.. bahkan tuk pelajar2 universiti lagi... macam macam.. ni tk lama lagi dah nak cuti sem.. jangan la buat perkara tak senonoh ni.. buat malu keluarga n diri sndri jerk.. ikut pakwe g jalan2, melancong la.. kan bagus kalau waktu cuti tu kita tolong mak bapak kita ker, kerja ke.. kn dapat pahala, dapat duit. ikut pakwe melncong dapat pe??? perut kembung??? bak kata nabil "lu pikir la sendiri"


sekarang ni pun aku tengok kat tempat aku ni banyak yang bercouple, teruatamanya yang bukan islam. ni buka aku nak menimbulkan sentimen apa2, just mengatakan kebenaran.. tension gak kadang2. keluar dari surau, nak minum air kat water cooler, nampak berkepit.. rasa menyampah ada, rasa kesian pun ada, rasa bersalah menghantui pun ada. sape yang salah sebenarnya. menyampah tengok perkara yang dia buat, bersalah sebab hanya mampu tuk rasa menyampah jer.. ish ish ish.. just benci tu kan selemah-lemah iman.. takut jugak nanti kalau ditanya pe yang aku buat sebenarnya tuk menghindari perkara ni.. tk tau la.. sangat takde kekuatan tuk mencegah.. ya ALLAH, berilah aku kekutan.. rasa kesian kat dioarang sebab diorang tak dapat hidayah n camne la diorang akan disiksa nanti kalau kat akhirat. n yang lebih aku takut, kalau diorang tarik aku sekali... nauzubillah....



aku rasa kebayakan orang tau pasal dalil yang mengharam kan zina. ALLAH melarang kita tuk mendekati zina apatah lagi terjerumus kedalamnya.. tapi situasi sekarang ni tak tau la. berpasangan-pasangan(couple) tu cam dah menjadi kemestian. bahkan kalau kita takde aweks atau balak, lagi kene kutuk. cakap tak laku la, pe pe tah lagi.. astagfirullah, jauhnya kita dari hidayah n petunjuk yang dibawa oleh nabi kita melaui Alquran dan hadithnya... kenapa la jadi camni.. kita tak cukup pengetahuan ker?? mungkin sebab dugaan dan cabaran sekarang ni sangat kuat. tapi kita kene lawan.. jom sama sama mintak petunjuk n kekutan dari ALLAH.. orang yang baca post kali ni tolong la doakan sekali aku.. doakan la aku supaya lebih kuat dalam menghadapi kehidupan ni.. semoga kita dapat sama sama cuba mengislahkan diri kita, memperbaiki supaya akan datang lebih baik dari sekarang n jauh lebih baik dari masa dulu...

orang yang paling baik adalah mereka yang cuba menmperbaiki diri ketika keadaan sedang dalam kelalaian...

No comments: