02 August 2009

kecik vs besar.

dah lama aku tak menaip tuk mengupdate blog aku ni dengan post yang baru.. tak tau la nape takde mood tuk menulis.. mungkin dah masuk klinikal ni hati lebih kepada hospital jer kut... huhuhuhu... tapi buku tak baca2 gak.. apa2 pun bila dah masuk tahun klinikal ni baru la ak rasa lebih feel apa itu medical career dan apa faedah yang aku telah belajar 2 tahun selama ni. tahun klinikal sangat berbeza dengan preklinikal... rasanya macam masuk alam baru pulak.. memang masuk alam baru pun...

tahun klinikal ni memberi ak lebih cabaran.. tah la.. orang kata 3rd year ni adalah tahun rilex. terutamanya kat Kelang.. tapi aku pun tak tau. dengan keadaan ak ni aku rasa aku tak boleh rilex la.. dah la pengetahuan kurang, cakap pun tergagap2.. macam mana nnti nak present case...

dah la tu.. what ever la pasal clinical year ni.. apa2 pun sbb aku dah amik medic ni aku kene la hadapinya nya dengan tabah dan tenang..

sekarang ni aku tengah minggu pengenalan.. nak bagi feel sikit tentang tahun kilinikal.. 6 minggu pengenalan sebelum kitorang kene pergi ke hospital tengku ampuan rahimah KLANG, klu tak silap aku... awal puasa la kitorang kesana.. so selamat tinggal la KL.. kitorang akan bermain dengan gagak..

sekarang ni dh masuk pengenalan tentang sistem genito urinari(english nyer genitourinary system). dalam kuliah ni satu bende yang aku rasa menarik dan menyedarkan hati aku...


dalam kuliah ni dia adalah bagitau pasal dialisis.. dialisis ni secara umumnya ialah proses tuk tapis darah kita supaya buang kotoran dan toksik..orang yang ada "end stage kidney failure" kene la buat dialisis.. ada beberapa cara untuk buat dialisis ni.. salah satunya ialah dipanggil hemodialisis.. dalam proses ini, darah kita akan dilalurkan kepada alat dialisis untuk ditapis dan kemudian disalurkan kembali kesalur darah kita.. sebelum dialisis dilakukan fistula perlu dibuat. proses pematangan fistula ini mengambil masa, so sebelum fistula ini matang, dialisis akan dibuat melalui cateter vena(venous catheter)..la, penerangan lanjut tak mampu aku nak bagi.. check sendiri dalam buku..

ini la yang perlu dijalani oleh seorang pesakit yang menghadapi kegagalan buah pinggang pada tahap akhir.. option lain ialah kidney transplant.. ni la yang menarik hati ak.. cuba tengok betapa Maha besarnya ALLAH yang menjadikan kita..ALLAH cipta satu organ yang sangat penting dalam badan kita dengan saiz yang besar.. cuba kita bandingkan dengan mesin dialisis yang saiznya punya la mak datuk besar.. dah sama tinggi dengan kita( tuk mereka2 yang agak rendah, hehehehe)... mesin dialisis ni berfungsi sama macam kita punya buah pinggang.. betapa besar nya nikmat ALLAH bagi.. nuah pinggang yang kita bawak dalam badan kita ni betapa ringan nya sampai kita tak rasa pun.. cuba bayangkan kita kene bawak mesin yang sebesar dan seberat itu kemana2. ish ish ish... tak dapat dibayangkan...

tu belum lagi kita tengok masa dan kos yang diperlukan untuk dialisis ni. setiap minggu, pesakit yang memerlukan dialisis perlu pergi ke pusat dialisis 3 kali... dan pada setiap sesi, mesin dialisis akan dipasang selama 3-5 jam... cuba bandingkan dengan kita punya buah pinggang.. masyaallah... buah pinggang kita berfungsi 24 jam.. tak henti2.. sentiasa berfungsi... berfungsi tanpa menjejaskan aktiviti seharian kita pun... kalau kene dialisis, pesakit perlu duduk atau baring selama mana dialisis dijalankan..

kalau nak kira kos pulak, di swasta, satu sesi dalam RM250. tu untuk satu sesi.. kalau seminggu???? sebulan??? setahun????.. kira je la berapa.. tapi buah pinggang yang berfungsi ni ALLAH bagi free jer.. cuma kita kene taat perintahnya.. cuba ALLAH mintak bayaran sama macam pusat dialisis mintak. katakan kita dah hidup 20 tahun.. 3/7 hidup kita kene dialisis... so 3/7 X 20 tahun X 365 hari X RM 250= RM 782143...
banyak nyer.. tu ALAH bagi free jer.. baru buah pinggang.. belum cerita lagi tentang organ lain.. tu pun mesin dialisis tu tak boleh bertindak setaraf dengan buah pinggang kita.. ada jugak fungsi buah pinggang yang tak dapat digantikan dengan mesin dialisis...

benar la apa yang ALLAH firmankan dalam Al-Quran.. kita memang tak mampu untuk menghitung betapa banyak nikmat ALLAH.. tapi setelah banayk2 ALLAH bagi nikmat, kita manusia still lagi lalai dan alpa.. so beringatlah dan bersyukurlah... kita tak akan dapat bayangkan jika ALLAH tarik balik nikmat yang dah diberikan kepada kita...



1 comment:

Anonymous said...

sweet post...Allah mencipta dan kurniakan nikmat pada manusia..tapi sedikit sekali mereka bersyukur...

lalai n tergoda dgn nikmat-Nya...terima kasih sudah mengingatkan saya...=)