30 September 2010

BUDI BAHASA BELUM PUDAR

alamak, sawang blog ni nampaknya sudah teruk.. sudah lama tak ber'update'. nak buat macam mana, tiada idea untuk di kongsikan.. tapi apa2 pun thanks la kepada follower blog ni yang seploh orang tu yang sanggup jugak jadi follower blog ni walaupun sangat membosankan.. jarang update..

sekarang kita dah banyak dengar di dada-dada akhbar dan TV tentang banyak nya perbuatan jenayah.. ragut, bunuh, culik dan macam-macam lagi la.. kekadang terasa jugak bahaya duduk dalam malaysia ni walaupun negara kita nampak masih lagi aman tanpa peperangan.. tu la kadang-kadang kalau aku keluar kemana2 takut nak layan orang yang tegur kita.. bimbang kes curi dan culik.. almaklumlah, penulis ni pun pernah mengalami kejadian curi ni.. tapi tak perlu la ku cerita sebab aku tak nak kenang lagi peristiwa perit tu.. almaklum lah.. waktu tu aku baru je keluar dari bumi mersing, berpindah ke KL.. masih "blur-blur" lagi kata orang.. tapi bila pikir pikir balik kenapa la aku perlu prejudis yang melampau.. tak salah bersangka baik tapi berhati-hati tu memang perlu..

tapi apa2 pun aku sedar walaupun banyak kes jenayah ni sekarang, tapi masih wujud jugak lagi orang yang ingin membuat kebaikan.. baru2 ni kali pertamanya aku tonton cerita BANG BANG BOOM kat www.tonton.com.my.. aku tersentuh dengan segmen terima kasih.. ada jugak orang yang baik dan sanggup memenuhi permintaan orang yang dalam kesusahan walaupun tak dikenali..




jumaat lepas pulak, aku tiba2 tersedar bahawa lesen memandu aku dah tamat tempoh. kat KL ni mana la aku tau pejabat JPJ.. nak tukar lesen daripada "P" kepada lesen penuh.. lepas aku tanya guard UM dan dia bagitau tempat tu dekat2 dengan Amcorp mall, aku kesana dan mencari tempat.. aku tanya la seorang abang ni.. "bang, nak tanya sikit, pejabat JPJ kat mana eh, saya nak renew lesen ni". setelah dia cuba describe dan aku tak tau sangat, dia suruh follow motosikal dia kesana.. aku pun follow la.. betapa baik nya abang ni.. mulanya aku ingat dia nak kesana jugak.. tapi lepas dia hantar aku tu aku tak tau dia kemana sebab aku nampak dia keluar dengan motosikal dia..

aku memang tak sangka masih ada lagi orang yang sangat baik dan berbudi bahasa macam tu. terasa segan la pulak sebab tak sempat tanya nama dia dan balas budi.. aku berfikir pulak lepas tu.. kalau la semua orang berprejudis macam aku bila kat luar, memang susah la aku nak cari pejabat JPJ tu.. mulai hari tu, aku berazam tuk singkirkan sikap prejudis dan sangka buruk. kalau semua orang sanggup bantu membantu dan hilang kan prejudis, insyaallah hidup ni akan aman dan mudah.. campak je mana2 mesti ada orang yang tolong kalau kita kesusahan.. lagipun kalau sesama islam memang la kita kene tolong menolong.. bukan kah kita bersaudara.. nanti kat dalam kubur kalau ditanya siapa saudara kita, macam mana kita nak jawab kalau orang lain kesusahan kita abaikan..