31 May 2010

Kapal bantuan di BOM

astagfirullah... hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi kekejaman israel yang amat dasyat. israel laghnatullah... kapal bantuan yang hendak dihantar ke Palestin telah diserang oleh kapal tentera dari israel... sangat membinbangkan... apa la yang akan jadi pada nasib anak-anak kapal itu..

perkara ini memang sangat terkutuk dan kejam. mereka memang telah hilang sifat keperimanusiaan.. inilah yang sangat membimbangkan. bilakah umat islam akan bangkit kembali???

apa-apa pun yang kita boleh buat sekarang ni adalah berdoa agar ALLAH memberi pertolongan kepada umat islam. ini adalah satu serangan yang sangat melampau. bayangkan kapal yang membawa barang bantuan sekalipun diserang dan ramai yang terkorban.. sama-samalah kita berdoa... nasib baik aku dapat tahu jugak tentang berita ini.. kalau tak tak tau la nak jawab apa dengan ALLAH nanti bila tak amik tahu tentang umat islam, saudara seislam kita... jom sama sama kita berdoa moga selamat sejahtera...

30 May 2010

hidup segan mati tak mau

kalau nak di ikut kan, sudah lebih satu tahun blog ni di wujudkan. blog yang pada awalnya hanyalah satu medan untuk aku meluah perasaan sekarang semakin hari nampaknya semakin mahu berkubur. lihat saja lah post2 nya. yang dulu pada awalnya di kemaskini (update) seminggu sekali, tetapi kini sebulan sekali pun sangat payah. Ini mungkin disebabkan rutin harian aku yang tidak ada apa yang dapat dikongsikan. sangat menyedihkan. sepatutnya setiap detik yang dilalui di isi dengan perkara yang sangat memberi faedah, tetapi rutin harian kini di isi dengan perkara yang sia-sia. kadang-kadang malu jer pada diri sendiri. dulu pada awal wujudnya blog ini, banyak juga perkara yang suka di terokai. cuba template baru, dan lain-lain, tetapi kini mahu menaip satu "post" pun dikatakan sangat payah. 'tula, orang nak tulis blog dia nak jugak'. kalau aku memang banyak melalui pengalaman yang bermakna, memang sangat suka untuk di kongsikan tapi rutin harian menjadi sangat sama dan tiada variasi. kadang kala hidup terasa sangat membosankan. hidup terasa bagai kosong. mungkin ini tandanya hati semakin jauh dari ALLAH.. bukan kah dengan mengingati ALLAH itu hati akan menjadi tenang.

tapi apa-apa pun tak kisah la walaupun blog ni dah macam mayat hidup, hidup segan mati tak mahu sebab bukan ada orang yang membacanya pun. ada kemungkinan juga jika rutin hidupku yang "typical" dan tiada variasi ini tak berubah dalam masa terdekat, blog ini akan dikuburkan, sebagai satu hukuman kepada diri sendiri...

22 May 2010

DEMAM: DIRI VS BUMI

hari ini, aku bangun pagi-pagi...
kujenguk memerbus tingkap kaca tanpa gerigi besi,
melihat kepulan awan menghiasi lagit yang tinggi,
berkata-kata ku dalam hati: redup sungguh hari ni,
macam mana nak jemur pakaian yang dicuci???
tak di jemur hapak pula dalam baldi..

sejak tadi,berkali kali ku teguk air meneral semulajadi,
tekak ku sakit, jangkitan bakteria atau virus kah ini,
asyik berbaring membaca novel tulisan DR. Farhan Hadi,
dalam novel Denyut Kasih Medic, satu persatu ayat diteliti,
banyak jugak kudapat informasi,
sesungguhnya daktor juga boleh menjadi da'ie,
bukan hanya pelajar-pelajar yang graduate dari fakulti API,
semuanya bergantung kepada diri,
kalau nak walaupun susah, jalannya tetap dicari,
tapi kalau dah tak, satu persatu alasan diberi,
Ya ALLAH, berikan lah aku kekuatan jati diri,
untuk menjadi seorang doktor macam DR. Muslih dalam novel ni,
ataupun berkali-kali lebih baik lagi..


aku merenung melihat bumi,
semakin sakit kulihat setelah lama manusia diami,
udaranya kini telah dicemari,
ku rindu kampung halaman dan sawah padi,
rindukan haruan dan keli,
rindukan ombak laut yang menari-nari,
tapi kini, terasa bumi tidak selamat lagi,
di dalam akhbar terpampang bencana alam sana-sini,
ribut taufan, banjir kilat dan gempa bumi...
tapi sebenarnya telah banya kerosakan dibumi
terhasil atas tangan-tangan manusia itu sendiri.

tapi ku lebih takutkan kerosakan akhlak muda mudi,
disana sini kita dengar kisah buang bayi,
bayi yang comel itu langsung tidak dikasihi,
belum dapat menikmati hidup sudah ditanam sampai mati,
perikemanusiaan telah luput dari hati,
kebanyakan nya berpunca dari zina yang ALLAH benci,
inilah akibatnya bila nafsu dibiar merajai,
bukan setakat jangan buat, kita ditegah untuk tidak menghampiri,
cuba elakkan sama sekali,
tapi bila mengenangkan semakin ramai yang hilang jati diri,
berpeleseran sana sini,
baju yang tak cukup kain juga yang diminati,
hati sedih tapi takda air mata untuk ditangisi,
tapi sebenarnya perkara ni masih boleh diperbaiki,
jangan la kita asyik menuding jari,
cuba pikirkan apa peranan diri.

kini aku cuba memikirkan diri sendiri,
apalah nak jadi pada diriku ini,
terasa banyak berubah setelah bumi KL dan selangor aku duduki,
kalau perubahan yang baik tu alhamdulillah, aku syukuri,
tapi perubahan yang sebaliknya kat akhirat macam mana nak jawab nanti,
kalau zaman boleh diputar, kezaman persekolahan ingin ku kembali,
tapi apa nak buat, segalanya telah terjadi,
so sekarang ni, yang penting perbaiki diri,
sebab masa depan yang panjang dihadapan menanti,
tu pun kalau malaikat maut belum menjemput menemui mati,
ya ALLAH jadikan lah esok ku lebih baik dari hari ini.

kini kehidupan universiti,
sangat banyak cubaan menanti,
taqwa perlu ditingkatkan, supaya cabaran dapat diatasi,
dengan nama ALLAH yang maha mengasihani,
doa dipohon setiap hari,
agar kehidupan tak hanyut dalam arus modenisasi.