30 September 2011

Chef tak bertauliah

harini adalah hari kelima aku berada kat hospital banting ni.. seronok jugak kat sini... kitorang duduk kat asrama fakulti perubatan dalam hospital banting ni...disebabkan ada sedikit sebanyak kelapangan kat sini.. sebabtu la aku ada masa nak update blog yang selama ini tak pernah berupdate...

sepanjang kitorang duduk kat sini, ada sekali dua je kut kitorang makan kat luar.. yang lain masak.. rajin tul budak perempuan ni.. yela.. diorang ramai.. kami  lelaki 4 orang jer dari 18 orang... apalagi lelaki  tadah perut jer la... sarapan, makan tengah hari, makan malam, semua orang hidangkan... oh syurganya... hahahaha...

kitorang pun sempat membaiki basikal yang rosak kat sini.. so lepas2 ni nak g mana2 kalau nak jimat tak payah la nak naik kereta.. kayuh je basikal...

harini wad round pediatrik.. menarik jugak budak2 ni.. lama dah tinggal posting peads.. dah banyak yang hampir terlupa.. takpe la.. ni bermakna banyak lagi yang aku ke catch up untuk exam tahun depan.. kelas tadi abis agak lambat.. kul 1.00 lebih baru abis... balik apalagi. terus je ready g solat jumaat..

lepas je kelas tu terus balik bilik n pergi sembahyang jumaat.. sebelum balik bilik sempat la singgah common room. diorang tengah makan2.. apa yang diorang makan tah... balik sembahyang jumaat, aku pun terus ke dapur nak mencari makanan yang di hidangkan..


tapi alangkah hampanya bila takde makanan.. apa lagi.. dengan pentauliahan yang belum sempurna aku pun mengupas bawang, tumbuk2.. panaskan kuali, campak... akhirnya  jadilah kobis goreng dan telur dadar... boleh la makan untuk perut sendiri..






tapi sayangnya, telur dadar aku terlebih garam. nak buat camne.. ni semua disebabkan pentauliahan yang belum cukup lengkap.. yela.. selalu orang kata garam secukup rasa.. manalah aku tau secukup rasa tu banyak camne.. tapi walaupun begitu, perut yang lapar tetap dapat dikenyangkan.. urggggggggggghggggg... siap sedawa lagi.. hahahaha...






p/s gambar diatas bukan gambar sebenar apa yang aku masak.. hanya gambar hiasan... aku cari gambar yang paling dekat dengan apa yang aku masak.. takde kamera nak tunjuk masakan sebenar... hahahahaha....


26 September 2011

first day at Banting Hospital

harini hari pertama aku posting kat hospital banting ni... ianya adalah satu hospital daerah yang berada di daerah kuala langat.. tak la nak kata besar sangat hospital ni... kecik jer.. boleh la kalau nak dikatakan macam hospital kampung aku gak.. hospital Mersing...

harini takde apa2 program yang penting.. just breifing sikit sikit.. harap nyer aku akan dapat banyak la pengalaman kat hospital ni.. tujuan posting ni sebenarnya untuk memperkenalkan pelajar perubatan kepada perjalanan servis kesihatan di peringkat daerah.. kemungkinan lepas Housement, tempat2 macam ni la aku akan dicampakkan..

nampaknyer kebanyakan budak2 dah keluar g jalan2 petang ni meninggalkan aku.. nak buat camne, kene call UM tuk confirmkan kelas.. takpe.. sebulan kat sini.. banyak lagi masa nak jalan2 ni... sabar2..

ok la chow dulu, nak meneruskan tugas sebagai ketua group yang berdedikasi.. uweeeeeeekkkkkkkkkkkk... aku sendiri termuntah... doakan aku supaya posting baru ni menjadi titik tolak kepada satu perubahan untuk aku...

01 April 2011

Pressure sore

huhuhuhu..

Kekhayalan aku selama ini terhadap dunia yang banyak menggoda telah menghadkan masa aku untuk menerbitkan apa2 post yang menarik pada blog ni. Ups.. menarik ke post2 aku selama ni, bajet sendiri jer.. padahal kebanyakannya hanyalah post2 sampah jer.. Almaklumlah, aku bukannya seorang blogger tegar. bak kata orang, blogger sambilan jer.. sebulan sekali. sambil mengisi masa lapang.

sekarang ni aku dah masuk final year.. ui.. cepat tul masa berlalu, sedar tak sedar tinggal satu tahun jer lagi untuk aku menghadapi exam final, dan kemudian bergelar seorang doktor yang sejati.. chewah.. bajet lagi. whatever la..

posting aku baru2 ini kat wad2 medicine kat sini memaparkan banyak penyakit yang aku tak berapa expert lagi. uh, jahil lagi ni, camne nak jadi doktor sejati.tapi takpe, masih ada masa walaupun dah suntuk. haritu aku ada pergi buat home nursing, tengok dan tolong pesakit yang immobile, pasang urinary catheter dan sebagainya.
aku dapat tengok banyak pesakit yang tak berupaya bergerak ni mengalami "pressure sore". kat wad geriatrik (wad orang2 tua apatah lagi). apa itu pressure sore?
pressure sore adalah kulit yang mati disebabkan tekanan yang berpanjangan terhadap kawasan tersebut.. hahahha.. sangat pelik lak bunyi nyer bila aku translatekan dalam bahasa melayu. so, lebih baik rasanya ku explain pasal perkara ni dalam bahasa inggeris ataupun rojak2. nanti lain pulak maksudnya. hahaha.

pressure sore usually occur in erdely, immmobile patient.(macam yang aku dah cakap sebelum ni). it's due to skin ischemia from sustained pressure over a bony prominence eg. heel & sacrum. orang biasa tak mendapat pressure sore sebab, they feel the pain for continous pressure, so move the body to avoid the pressure, even in sleep. sebab ni la korang akan perasan bahawa korang takkan pernah tido dan bangun dalam keadaan yang exactly sama. subhanallah. inilah kebesaran yang ALLAH jadikan. dalam kita tak sedar(tidur, tambahan pulak yagn tidur mati), ALLAH sentiasa jaga diri kita. ni baru contoh yang sangat sedikit. kalau kita kaji lagi physiology badan kita, kita akan temukan banyak lagi kekuasaanNya.
perkara ni pun ada disebutkan dalam al-quran dalam surah Al-Kahfi. surah tentang cerita beberapa orang pemuda yang ingin menegakkan iman mereka, lari ke gua untuk mengelakkan diri daripada dipaksa untuk mensyirikkan ALLAH. firman ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 18 mafhumnya:

"dan engkau mengira mereka itu tidak tidur, padahal mereka tidur, dan kami bolak balikkkan mereka ke kanan dan kekiri, sedang anjing mereka membentangkan kedua lengannya di depan pintu gua. dan jika kamu menyaksikan mereka, tentu kamu akan berpaling melarikan (diri) dari mereka dan pasti kamu akan dipenuhi rasa takut tehadap mereka."

bukan lah niat aku nak membahaskan ayat ini dalam post ini sebab itu bukan bidang aku. masih jahil terhadap bidang agama. tapi apa yang aku dapat lihat, ALLAH membantu menjaga mereka dengan mebolak-balikkan mereka ke kiri dan ke kanan walaupun mereka tidur,(tidur dengan jangkamasa yang sangat panjang). inilah kekuasaan ALLAH. perkara ini diaplikasikan dalam pesakit yang tak dapat bergerak. dalam mengelakkan terjadinya pressure sore terhadap pesakit yang immobile, penjaga mereka harus memusingkan pesakit secara kerap supaya mengelakkan tekanan yang berterusan pada satu2 bahagian.

cukuplah setakat ni jer post aku. nak tau lagi pasal pressure sore, lebih baik korang google je la.. malas aku nak menaip panjang2. jumpa lagi di masa2 akan datang(tu pun kalau ada masa akan datang la, manalah tau, lepas taip post ni, terus sesak nafas dan collapse, sape tahu).

p/s: gambar2 dalam post ini adalah gambar yang diambil hasil daripada google search. so kalau nak lebih banyak gambar lagi, search je la google. ini bukan gambar patient yang aku lihat sendiri.

08 March 2011

PATAH HATI

Tajamnya duri si rumpun palas,

Tempat berteduh si semut merah,

Kasih diberi tidak berbalas,

Luka hati hancur berdarah.


Wangi sungguh buah mempelam,

Baru dibeli di pekan rabu,

Kecewanya hati remuk-redam,

Kepada siapa ingin mengadu.


Cincin perak cincin suasa,

Cincin emas lebih berharga,

Kusedar diriku si semut kerengga,

Dipilihnya dia si helang perkasa.


Buluh perindu panjang seruas,

Takut kan pecah dipotong serong,

Kasih ditebar besar dan luas,

Mengapa mata sering terlindung.


Sungguh rendang di pohon cempaka,

Silau pandangan disinari suria,

Kasih dicurah seikhlas rasa,

Mengapa rupa dipandang jua.


Bisa sengat si ikan keli,

Ditangkap budak di dalam paya,

Berbolak balik gelora dihati,

Sebalik senyuman kusembunyikannya.


Resah termenung dikala senja,

Terkenang-kenang nasib yang malang,

Kusedar cinta bukan segalanya,

Hati melara bolehkah dihalang?


Bernyanyi sunyi siburung kenari,

Diteman suram sasana pagi,

Kucari tandusnya cinta dihati,

Mengapa selalu ia dimungkiri.


Sungguh tinggi pohon meranti,

Tidak sama si pohon kenanga,

Andai ku tahu derita begini,

Takkan aku cuba bercinta,

30 January 2011

Sekadar Termampu

Sekadar Termampu

Artist: Jamal Abdillah
Setiap peristiwa, suka duka manusia
Semua yang terjadi, yang pernah dialami
Jadikan cermin diri
Segala kejadiaan, segala pengalaman
Sematkan di ingatan

Baik diteladani, yang buruk usah dihampiri
Segala yang berlaku, biar kisah pilu
Ada hikmah buatmu
Cubalah seketika, kau peruntukkan masa
Mencari rahsianya

Tuhan maha ketahui, Tuhan menyayangi
Kita cuma diuji, sekadar termampu
Namun apakan daya, lemahnya manusia
Dibiarkan perasaan, menguasai fikiran
Di dalam kealpaan, berulang kesilapan
Akhirnya pada takdir dipersalahkan