06 June 2009

Mencari sinar ilmu part2

salam. dah beberapa lama aku tak meng'update' blog aku ni terasa la pulak nak mengunakan hari sabtu yang indah ni tuk menaip.. yela, dah lama aku tak menaip.. aku terpaksa simpan laptop aku ni dalam kotak, dimpan dalam almari. takut aku terbukak n tak study.. almaklumlah, exam suplement aku ni dah tinggal 2 minggu je lagi.. aku tak boleh la nak main laptop.. nnti lagha, satu hari suntuk aku menghadap komputer je, tak study..


apa-apa pun aku nak menyambung kembali post aku yang sebelum ni.. tentang ilmu.. untuk menuntut ilmu kita kene amalkan beberapa perkaara.. 2 perkara aku dah citer pada post aku sebelum ni.. ni nak sambung beberapa lagi..


3. bersungguh- sungguh
ada kisah tentang ibnul furad.. dia nak menuntut ilmu, dia terpaksa belajar pada malam hari.. bila start belajar je, gurunya membawa sebekas air.. bila dah start belajar, bila mengantuk, gurunya mengambil air dan lap kemuka untuk menghilangkan mengantuk.. ish ish ish... betapa bersungguh sungguh nya mereka menuntut ilmu.. mengantuk tu tak dijadikan alasan tuk tak study.. tapi kita yang berada kat zaman Universiti ni, mengantuk sikit dah taknak study.. tengok citer la, main game la tuk ilangkan ngantuk... main game tak ngan tuk la.. tengok movie tak ngantuk pulak.. tah pepe je kan.. kadang2 sanggup g mid night movie.. boleh pulak tahan ngantuk tu.. tula bila kekuatan tak ada pada kita... kita lebih gemar dan bangga dengan movie yang kita tengok, dengan konsert yang kita pergi.. tapi zaman kegemilangan islam dulu, diorang berbangga dan berebut2 untuk pergi menuntut ilmu.. so macam mana sebenarnya kita dnak kembalikan kegemilangan islam kalau kita masih macam ni???

daripada imam syarie ada berkata untuk mendapatkan ilmu, ada beberapa syarat.. rasanya tentang ni mungkin ramai yang dah tau kut.. kata2 imam syafie ni pun dah dijadikan nasyid..
1.cerdik
2.tamakkan ilmu
3. ijtihad dan bersungguh-sungguh
4. berkawan dengan ahli ilmu
5. berusaha untuk mencari dan mendapatkan ilmu.
6. dalam masa yang panjang..

4. cari masalah sampai berjumpa..
kita kene usahakan apa yang kita tak paham tu.. kene cari.. jgan tido selagi tak jumpa.. huhuhuhu...

5. dengar dulu pandangan orang lain sebelum menghukum.. jgn la taksub sangat dengan pandangan dan ilmu sendiri..
ada hadis daripada baihaki yang mengatakan bahawa cukuplah orang tu dikira ahli ilmu bila dengan ilmu tu dia takutkan ALLAh. dah cukuplah seseorang tu dianngap jahiil bila dia taksub dengan pandangan nya.

6. istiqamah..

No comments: