21 December 2012

PERUBAHAN

wow, dah lama jugak dah aku tak post apa2 kat blog ni.. ermm... tak tau la knape.. nak kata busy sangat pun tak la jugak.. mungkin sebab takde orang baca kut... hihih...mungkin sebab ada perkara lain yang perlu dilakukan dan aku bukanlah blogger tegar.. Blog ni hanya tempat untukku meluahkan perasaan.. (mode forever alone, meluahkan perasaan pun kat blog jer)

sekarang ni aku kat kursus induksi.. Alhamdulillah, setelah banyak jugak ranjau yang terpaksa di tempuh semasa bergelar student.. jatuh, tersungkur, tergolek.. Tapi itu semua tak penting.. apa yang penting adalah macam mana kita nak cuba bangkit semula selepas kita jatuh itu.. banyak pengalaman dan pembelajaran yang dah aku dapat..

sekarang ni dah nak mula kerja dah.. uwaaa.. bersediakah aku?? aku tau aku ni bukan nya pandai sangat pun.. terutamanya kalau bab ngapal2 ni.. CPU kecik. Ram kecik.. tapi apa2 pun tu la satu perubahan.. satu peralihan.. sesuatu yang tak dapat di halang.. dulu student, sekarang dah nak keje.. dulu kecik lagi, skrg dah besar.. dulu single, sekarang: masih single, tu yang tak berubah.. hahahahah...

perubahan memang akan sentiasa berlaku.. ramai kawan2 dah kawin, malah ada yang dah ada anak.. padahal kalau nak ingatkan balik macam baru semalam jer main bola pakai gumpalan kertas kat belakang kelas...

teringat pulak zaman sekolah dulu.. macam2 yang berlaku, macam2 pengalaman.. teringat kepayahan hidup pada zaman tu.. betapa tekun dan gigihnya aku.. skrg, pemalas.. bangun pagi kul 5.45am, mandi berebut2 ngan adik beradik yang lain.. pukul 6.30 dah kene tunggu bas.. kalau bas tinggal alamat tak sekolah la.. balik pulak 2.20pm, tunggu bas.. kadang2 3.30pm baru sampai rumah.. makan alar kadar..pastu terus kayuh basikal ke sekolah agama.. mula pukul 3.30 sampai 6.30. balik rumah sampai maghrib, pukul7 lebih. kadang2 masuk lambat, sebab sekolah menengah balik lambat.. time PMR lagi la teruk.. kelas kadang2 sampai pukul 4.30.. so orang lain dah berhenti sekolah agama, tapi aku pergi jugak.. kul5 masuk. seb baik guru besar benarkan buat macam tu... masuk menegah atas baru la senang sikit.. duduk asrama...

teringat jugak zaman sekolah, naik basikal ke sekolah agama.. kadang2 balik hujan.. kitorang slalunya bawak satu beg plastik besar, kalau hujan, berhenti, masukkan beg dalam beg plastik tu.. ikat kuat2.. yang penting buku tak basah.. badan basah takpe, bleh kering...

kadang2 bila ingat2 balik situasi macam ni, sayu dan sebak jugak.. hihihi.. tapi tula pengalaman.. yang menjadikan aku macam sekarang ni.. kalau aku seorang yang kaya raya dari awal, mungkin aku kurang paham apa yang orang susah alami.. sebenarnya tak la susah sangat.. sebab aku tau banyak lagi orang yang lebih susah dan sengsara..

mudah2han aku tak cepat lupa diri bila berada disatu tahap yang lebih tinggi..

17 February 2012

LAIN YANG CARI LAIN YANG DAPAT

hari rabu lepas, aku keluar ke mid valley. time tu hujan lebat giler2. bajet mula2 nak cari baju tuk MPIS la konon-kononnyer. aku keluar ngan 2 orang lagi kawan aku. 

jalan punyer jalan, nak cari baju, tak jumpa2. nak jumpa camne, bajet kecik, tapi nak yang bergaya.. memang takde la.. Dahtu, apa aku boleh buat, aku ni student jer.. bukan berduit sangat pun. dah la yuran mahal..

kesian la kawan2 aku yang menemankan ni. almaklumlah, aku ni kalau bab membeli apa2 ni memang cerewet sikit. nak kene pilih giler2. pastu kitorang pergi MPH, sebab nak abiskan vaucer buku satu malaysia kawan aku nyer.. yang aku nyer: lama dah abis.. Siap kene tambah duit lain lagi.. beli buku banyak2 bukan baca pun.. takpe la. kita mengeluarkan belanja untuk buku dan ilmu, apa salahnyer. daripada beli benda bukan2.

kawan aku ni sibuk la suruh aku abiskan dia punya vaucer. mula2 ingat nak amik satu english novel jer. Baru2 nak belajar baca buku novel BI ni.. novel BM memang selalu sangat dah baca. tapi setelah di paksa2 beberapa kali, aku sampai amik 2 novel inggeris dan satu novel melayu.. melayang duit aku. nasib baik la kawan aku ni bagi aku diskaun. buku tu total dalam 80 ringgit, dapat 60 inggit jer.. kira ok sangat la tu..
tapi, nak mencari buku tu memang sangat susah. sebab sebelum ni aku dah banyak kali beli buku, tapi bila baca macam tak best jer. menyesal gak. aku ni memang cerewet nak mampos dalam bab membeli apa2 ni. kalau boleh nak survey giler2 dulu sebelum beli. sampai MPH tu dah halau keluar baru aku pilih buku apa yang aku nak beli.

mungkin sebab tu la jugak aku tak de pasangan hidup lagi kut.. Memilih sangat.. HAHAHAHAH.. memang tak la.. tak pterpikir pun lagi kesitu. memang malas nak cari. bila dah ada pasangan hidup ni, kita kene kongsi masalah dengan orang lain.. nak kongsi masalah kebendenye.. masalah dalaman aku pun tak setle lagi, nak pikir masalah orang lain.. baik tak payah. nnti bila dah sampai seru, pandai2 la MAK AYAH aku carikan.. hahahaha... So conservative thinking... Biarlah, lantaklah, janji aku bahagia, dan tak menggangu kebahagiaan orang lain.

ni la buku2 yang aku dah beli.. buku yang masih ada kat bilik tu  pun belum baca lagi ni kan pulak buku2 baru. dengan buku MEDICAL lagi.. tengokla bila2 lapang mungkin boleh baca kut:




14 February 2012

Exam Dah Dekat, Hati tak tenang

ya, pejam celik pejam celik dah 5 tahun rupanya aku kat medical school ni. Agak tidak disangka, kini exam dah tinggal beberapa bulan sahaja lagi.Bagaimanakah persediaan menghadapi peperiksaan ni??? Secara jujur aku katakan, aku memang tak bersedia.

tak tau la  macam mana aku nak mulakan luahan hati aku dalam blog ni. dalam beberapa bulan ni aku macam mengalami stress yang amat sangat. memang kalau orang lain tengok dari luar aku macam ok jer, tapi hati ni tuhan saja yang tahu. Orang takkan paham apa yang kita rasa terutamaya lecturer.

bukan la niat aku nak kutuk lecturer dalam post aku ni. aku tau semua guru2 kita memang kene kita hormati. diorang pun memang berniat baik untuk mengajar student2. tapi tak taula. mungkin aku yang lemah. Aku yang tak berupaya menghadapi ujian yang melanda ni. aku selalu berharap ada orang yang dapat memahami. tapi, kat mana lagi la dapat aku luahkan perasaan hati ni. hanya kat blog jer la. mungkin orang terbaca dan mungkin tidak.

sepanjang stress yang amat sangat ni aku tak dapat buat apa2. even perkara yang aku sangat enjoy sebelum ni macam main tennis pun aku dah rasa menyampah. tengok movie, drama, semua buat macam dah takde soul dalam diri.. ni bende2 yang sebelum ni aku rasa happy pun jadi sangat tak berminat, apatah lagi dengan perkara yang macam belajar.

dalam beberapa bulan ni aku memang tak dapat langsung bukak buku. kalau bukak pun apa yang aku baca tak masuk langsung dalam kepala. macam scrolling je melintasi buku tu. lagi la tension aku bertambah. kita nak study, tapi tak masuk apa2. esoknya bila kelas or wad round, kene marah sebab tak study. stress yang amat sangat. dah macam vicious cycle. terus terusan memuncak. sampaikan bila dah stress ni, requirement untuk aku punya posting pun aku tak dapat nak penuhi..

mungkin orang akan cakap aku ni kat bilik tak study sebab aku malas, asyik tido and main jer, or orang nak kata aku terror, tak study pun ok, lantak korang la nak kata apa pun... korang takkan faham apa yang aku alami. korang mungkin akan kata tu semua alasan aku ke or WHATEVER, aku tak kisah. selama ni aku harap jugak ada orang yang mungkin akan faham, tapi, mungkin aku lupa yang memang ada yang sangat memahami walaupun aku tak kata apa2, iaitu ALLAH..

mungkin jugak lecturer akan kata aku pemalas, bad student, not interested in learning (if you're not interested, you can go out from this medical school, there is a lot more unfortunate person that like to be in your position---- ayat lecturer yang sangat popular, tapi masalahnya macam mana aku nak timbul minat bila tak dibantu).. tapi apa2 pun aku dah tak kisah dah semua itu, sebab sekarang aku sedar kalau kita mintak bantuan dengan orang mungkin orang takkkan dapat bantu tapi aku tahu, kalau mintak dengan ALLAH, Dia pasti akan dapat membantu..

aku menaip post ni dengan perasaan sebak dan bertakung jugak la air mata kat kelopak ni, tapi disebabkan aku menaip kat libry, kene la control macho sikit. takkan nak bagi orang nampak. kadang2 ada jugak aku mengangis sorang2, menngenangkan nasib, tapi aku rasa daripada aku bazirkan rasa sedih aku ni, baik aku bersedih dan merintih dengan ALLAH, sebab dia yang sangat memahami.

memang secara jujur kau sangat tak bersedia lagi untuk menghadapi peperiksaan ni, dengan keadaan yang mana au tak boleh study, baca2 tak masuk langsung, kepala otak cam blank jer, macam mana la aku nak melalui exam ni. tapi bila pikir2 balik, apa2 pun aku kene lalui. padahal KEMATIAN, tu pun aku tak bersedia langsung lagi, yang berkemungkinan akan datang lebih cepat daripada exam final MBBS ni... ASTAGFIRULLAH

mula2 aku pikir yang segala kepayahan yang aku lalui ni adalah sebab aku selalu lalai, asyik tengok movie, main gitar jer. raya cina haritu aku dah bawak balik dah segala yang melalaikan tu. tapi, lepas tu sama jugak. aku baca2 pun tak masuk2 gak. mungkin banyak sangat dosa yang aku lakukan kut sehingga ilmu tu tak masuk langsung dalam ingatan.

sekarang ni aku hanya mampu buat apa yang aku termampu jer la.. yang lain aku hanya berserah jer. aku cuma berharap takde jer orang yang menanbahkan stress aku. moga2 ALLAH bagi keberanian dan kesungguhan untuk aku mengharungi dugaan yang mendatang ni.


~~~~~ fuhh... lega sikit dada rasanya lepas dah taip post ni~~~~~~