19 August 2009

Misi Hijrah di awal Ramadhan

sekarang ni aku tgh melepak2 kat kolej 6 ni. merempat.. malas rasanya nak balik.. penat dalam bas jer.. lagipun aku lepak kat kolej ni banyak gak perkara berfaedah yg aku leh wat. buku pun senang nak baca kat sini.klu kat umah, memang harapan lah aku nak bukak buku..

sekarang aku dah berada di fasa 3A.. senang cakap 3rd year la sekarang ni.. dah masuk tahun klunikal.. so cara pembelajaran nyer sekarang dah lain la dah dengan tahun2 yang sudah2. mulai 23hb ni sampai tahun depan, tuk masa lebih kurang setahun, aku kene pindah ke kelang.. belajar tahun klinikal kat sana.. ni la bermulanya penghijrahan aku dari UM ni ke kelang..

ramai yang kata memang sangat bosan sbb kene pindah kat kelang.. tapi apa2 pun penghijrahan yg aku alami sekarang memang kene berlaku.. mungkin banyak hikmahnyer bila aku dah pindah ke kelang... praktikal kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah.. memang la penghijrahan yg aku alami ni memang tak dapat di bandingkan dengan Hijrah yang rasulullah lalui dari Mekah ke Madinah.. tapi apa-apa pun aku akan cuba menjadikan perpindahan aku ni sesuatu yang bermanfaat. tambahan plaks aku kene pindah ni betul2 start2 bulan puasa.. kiranya aku tak sempat la nak puasa kat UM.

bila pindah kat Kelang ni ada la beberapa perkara yg aku nak hijrahkan.. yg pertama ofcourse la pindah tempat.. yg kedua, nak cuba ubah sikap. aku tak nak ah jadi menyesal cam second year dulu. sangat malas nak study. mungkin aku ada alasan yg tersendiri.. tapi bila pikir2 balik spatutnyer, aku yg perlu mengatasi alasan tu.. bukan nyer keadaan yg mengatasi aku. harapan aku niat aku tuk berubah ni akan dibantu oleh ALLAH. dan aku mengharap, penghijrahan di awal bulan ramadhan ni memeberi lebih banyak keberkatan kepada aku..

ada lagi la beberapa perkara yg aku nak cuba ubah, terutamanya pada diri aku. tapi apa2 pun aku nak cuba menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini..

02 August 2009

kecik vs besar.

dah lama aku tak menaip tuk mengupdate blog aku ni dengan post yang baru.. tak tau la nape takde mood tuk menulis.. mungkin dah masuk klinikal ni hati lebih kepada hospital jer kut... huhuhuhu... tapi buku tak baca2 gak.. apa2 pun bila dah masuk tahun klinikal ni baru la ak rasa lebih feel apa itu medical career dan apa faedah yang aku telah belajar 2 tahun selama ni. tahun klinikal sangat berbeza dengan preklinikal... rasanya macam masuk alam baru pulak.. memang masuk alam baru pun...

tahun klinikal ni memberi ak lebih cabaran.. tah la.. orang kata 3rd year ni adalah tahun rilex. terutamanya kat Kelang.. tapi aku pun tak tau. dengan keadaan ak ni aku rasa aku tak boleh rilex la.. dah la pengetahuan kurang, cakap pun tergagap2.. macam mana nnti nak present case...

dah la tu.. what ever la pasal clinical year ni.. apa2 pun sbb aku dah amik medic ni aku kene la hadapinya nya dengan tabah dan tenang..

sekarang ni aku tengah minggu pengenalan.. nak bagi feel sikit tentang tahun kilinikal.. 6 minggu pengenalan sebelum kitorang kene pergi ke hospital tengku ampuan rahimah KLANG, klu tak silap aku... awal puasa la kitorang kesana.. so selamat tinggal la KL.. kitorang akan bermain dengan gagak..

sekarang ni dh masuk pengenalan tentang sistem genito urinari(english nyer genitourinary system). dalam kuliah ni satu bende yang aku rasa menarik dan menyedarkan hati aku...


dalam kuliah ni dia adalah bagitau pasal dialisis.. dialisis ni secara umumnya ialah proses tuk tapis darah kita supaya buang kotoran dan toksik..orang yang ada "end stage kidney failure" kene la buat dialisis.. ada beberapa cara untuk buat dialisis ni.. salah satunya ialah dipanggil hemodialisis.. dalam proses ini, darah kita akan dilalurkan kepada alat dialisis untuk ditapis dan kemudian disalurkan kembali kesalur darah kita.. sebelum dialisis dilakukan fistula perlu dibuat. proses pematangan fistula ini mengambil masa, so sebelum fistula ini matang, dialisis akan dibuat melalui cateter vena(venous catheter)..la, penerangan lanjut tak mampu aku nak bagi.. check sendiri dalam buku..

ini la yang perlu dijalani oleh seorang pesakit yang menghadapi kegagalan buah pinggang pada tahap akhir.. option lain ialah kidney transplant.. ni la yang menarik hati ak.. cuba tengok betapa Maha besarnya ALLAH yang menjadikan kita..ALLAH cipta satu organ yang sangat penting dalam badan kita dengan saiz yang besar.. cuba kita bandingkan dengan mesin dialisis yang saiznya punya la mak datuk besar.. dah sama tinggi dengan kita( tuk mereka2 yang agak rendah, hehehehe)... mesin dialisis ni berfungsi sama macam kita punya buah pinggang.. betapa besar nya nikmat ALLAH bagi.. nuah pinggang yang kita bawak dalam badan kita ni betapa ringan nya sampai kita tak rasa pun.. cuba bayangkan kita kene bawak mesin yang sebesar dan seberat itu kemana2. ish ish ish... tak dapat dibayangkan...

tu belum lagi kita tengok masa dan kos yang diperlukan untuk dialisis ni. setiap minggu, pesakit yang memerlukan dialisis perlu pergi ke pusat dialisis 3 kali... dan pada setiap sesi, mesin dialisis akan dipasang selama 3-5 jam... cuba bandingkan dengan kita punya buah pinggang.. masyaallah... buah pinggang kita berfungsi 24 jam.. tak henti2.. sentiasa berfungsi... berfungsi tanpa menjejaskan aktiviti seharian kita pun... kalau kene dialisis, pesakit perlu duduk atau baring selama mana dialisis dijalankan..

kalau nak kira kos pulak, di swasta, satu sesi dalam RM250. tu untuk satu sesi.. kalau seminggu???? sebulan??? setahun????.. kira je la berapa.. tapi buah pinggang yang berfungsi ni ALLAH bagi free jer.. cuma kita kene taat perintahnya.. cuba ALLAH mintak bayaran sama macam pusat dialisis mintak. katakan kita dah hidup 20 tahun.. 3/7 hidup kita kene dialisis... so 3/7 X 20 tahun X 365 hari X RM 250= RM 782143...
banyak nyer.. tu ALAH bagi free jer.. baru buah pinggang.. belum cerita lagi tentang organ lain.. tu pun mesin dialisis tu tak boleh bertindak setaraf dengan buah pinggang kita.. ada jugak fungsi buah pinggang yang tak dapat digantikan dengan mesin dialisis...

benar la apa yang ALLAH firmankan dalam Al-Quran.. kita memang tak mampu untuk menghitung betapa banyak nikmat ALLAH.. tapi setelah banayk2 ALLAH bagi nikmat, kita manusia still lagi lalai dan alpa.. so beringatlah dan bersyukurlah... kita tak akan dapat bayangkan jika ALLAH tarik balik nikmat yang dah diberikan kepada kita...