dah lama dah aku tak update apa2 dalam blog ni.. nak kata sibuk pun tak la sangat. tapi tak tau la.. takde mood tuk melingkari jari jemari ku ini kat atas keyboard laptop yg semakin hari semakin membawa masalah.. oh laptopku.. bila la ko nak sembuh.. nnti aku bawak jumpa doktor eh..
Klang oh kelang.. semenjak posting klang ni macam2 dah aku lalui.. mula2 datang sini terasa agak tersiksa jugak la.. tak tau nak wat pe.. nak main pun takde tempat.. tension gak la awal2.. tapi biasa la tu.. bila perkara pertama. memang susah nak menyesuaikan diri..tapi dah lama2 tu kira semakin OK la.
baru2 ni aku first time tengok pembedahan depan2 mata.. doktor tu buat masectomy tuk buang kanser payudara.. best jugak la bila dapat tengok depan2.. tapi yg tak tahan tu sbb kene berdiri lama2 kat dalam operation theatre(OT) tu.. lenguh kaki.. nasib baik doktor tu baik dan aku boleh tengok dekat2 giler.. tapi tak boleh pegang ah.. sbb tak berpengalaman lagi.. lagipun tak properly scrub pun.. just tukar baju jer...
Sesungguhnya sakit tu datang dari ALLAH dah dia jualah yang menyebuhkan nya.. Mungkin bila kita kene sakit tu kita rasa macam tersiksa tapi sebenarnya sakit tu adalah suatu nikmat dari NYa.. Bila sakit la kita nak ingat ALLAH selepas kita tergelincir dan terbabas.. Sakit tu jugak la adalah ujian dari ALLAH tuk uji sekuat mana iman kita.. adakah kita redha atau tidak dengan ketentuannya.. redha tak bermaksud kita tak perlu berusaha tuk menyembuhkan.. redha bukan pasrah.. kita tetap kene berusaha sbb ALLAH dah janjikan bahawa setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali mati.. sakit tu jugak boleh menghapus dosa... banyak lagi la himah sakit tu.. mungkin sebahagianya tak dapat kita uraikan dengan pikiran kita yang amat terbatas..
apa2 pun last but not least, kita manusia dan tak terlepas dari melakukan kesalahan.. Sebaik2 orang yang membuat kesalahan adalah yang bertaubat dah meminta keampunan dari ALLAH... aku selau jugak tergelincir ni sejak exposed dengan macam2 perkara.. dulu duduk kat mersing apa je hiburan yang ada.. selau duduk kat umah je.. lepak ngan mak bapak.. tapi kat sini macam2 ada... so sama2 la kita memperbaiki diri dan ingat2 kan la bila aku lupa.. manusia la katakan
ok chow dulu.. klu senang lagi aku update la.. tapi jangan ditunggu.. hahaha.. ada ke orang yang nak tunggu??? see ya.....
No comments:
Post a Comment