08 December 2009

aku melayu tulen

aku tak payah state kan pun orang tau kut aku ni memang melayu tulen.. mak aku orang banjar, orang kota tinggi, johor.. ayah aku pulak orang terenggganu. keturunan melayu. nyaris nyaris aku ada gelaran "wan" tau kat depan nama aku.. adik beradik ayah aku semua ada wan.. spupu aku pun ada "wan" kat depan nama diorang.. tapi apa kan nasib.. sebab salah orang yang mendaftarkan nama ayah aku, ayah aku takde la nama "wan" tu.. tapi takpe la.. yg penting ini membuktikan aku ni memang benar2 orang melayu..

tapi nak dijadikan cerita, ada 3 peristiwa orang kata aku ni bukan melayu. macam2.. ni la pengalaman bak kata orang.. pengalaman klinikal ni memang banyak dan menarik. tak macam preklinikal.. sebab time tu asyik menghadap buku je kerja. mana ada g wad ni kan.. inilah 3 kisah itu..


1. kisah pertama berlaku waktu aku tengah rajin g wad. aku usha la katil yang sepatutnya aku cover.. takde orang.. di katil bertentangan ada la sahabat aku ni tengah clerk patient dia. aku saja je la datang menghampiri. tanya apa diagnosis patient tu. mana la tau boleh jadi case menarik yg boleh di kongsi. tapi tiba2 je patient tu(seorang pakcik india dalam usia 60an) cakap india ngan aku.. maksud aku cakap bahasa tamil la. aku pun tergamam dan terkaku tak leh nak kata apa.. dia ulang balik untuk kali kedua, dan masuk kali ketiga, aku pun bagitau la dia aku ni orang melayu.. baru la dia cakap melayu. bukan nyer dia tak reti cakap melayu.. dia kata kita malaysia ni kene belajar jugak bahasa lain.. aku pancing la yg aku memang tengah belajar sedikit demi sedikit..

2. kisah kedua. aku ngan awie(nawawi jamalos, bukan awie penyanyi tu eh) g la clerk seorang patient yang anak dia masuk hospital. tanya la kenapa dia masuk hospital. setelah berborak beberapa lama, emak kepada patient tu tanya la nama kami. bila dibertahu nama dia tanya, "o you're malay" kitorang pun jawab la.. " did us not seem like malay??" makcik tu kata ye.. kitorang tak nampak macam melayu.. kitorang tanya la nampak macam orng mana?? nak tau apa jawapan dia?? dia kata kau macam orang pakistan dan awie macam orang thailand.. ish ish ish... camne la diorang leh nampak cam tu ek..

3. ni yang paling baru. cerita dia lebih kurang je la dengan citer pertama. malas la nak citer panjang2. yang penting aku g tengok "case note" patient tu dan dia berkata sesuatu kepadaku.. aku ingat aku tak berapa clear dengan apa yang dia kata. aku mintak la dia ulang.. untuk kali kedua pun aku tak dengar jugak. untuk kali ketiga baru la aku tau, yang aku bukan nyer tak dengar tapi tak paham.. patient tu cakap tamil rupanya. bila aku kata ngan patient tu "apa dia uncle" baru bagitau aku yang dia sakit dan mahukan ubat.. mungkin dia dah dapat tangkap kut yang aku ni bukan paham bahasa tamil ni..


ni la 3 cerita tu.. kadang2 bila pikir2 kan balik kelakar jugak.. macam manala diorang leh ingat aku ni bukan melayu.. muka aku ni ada macam bukan melayu ker.. aku melayu sejati la..
tapi memang dalam dunia ni ALLAH jadikan kita berbagai2 jenis, berbagai2 rupa bentuk, berbagai2 kaum.. tujuannya untuk berkenal kenalan.. bukan untuk bermusuh musuhan. betapa besarnya ALLAH yang mampu mencipta "variety" dalam manusia. ad ayang hitam ada yang putih, ada yang coklat.. bak kata iklan silkygirl.. "brown and beautiful, black and beautiful, yellow and beautiful, dark brown and beautiful".. segala yg ALLAH jadikan tu memang indah.. cuma kita je kadang kadang tak nak memikirkan keindahan ciptaanNYA..

so dah tujuannya ALLAH jadikan kita ni pelbagai kaum untuk berkenal-kenalan, so jangan la kita ni amalkan sikap ke'aku'an sangat. kita semua boleh berbaik2. berbaik sangka antara satu sama lain, tingkatkan ukhuah antara satu sama lain, terutamanya sesama saudara seislam.. bukankah setiap orang islam itu bersaudara?? aku berharap satu hari nanti ada sinar perpaduan dalam diri setiap orang dan negara islam tidak laig akan berpecah belah, perpaduan atas dasar tauhid yang satu.. perpaduan dengan membawa kalimah:

2 comments:

twistal said...

ahhaha.. sejak bila ko tak dapat dikenal pasti oleh khalayak ramai ni..
klaka2...

Hilmi said...

hahaha..menarik tul cite ko nie..amar, azhar makin lain sekarang, tue makin xdapat dikenal pasti tue.. =)