11 April 2010

Gunung Nuang

Selangor,sabtu: Sekumpulan pelajar perubatan universiti malaya tahun ke3 telah bersama-sama menguji ketahanan fizikal masing-masing dengan mendaki gunung Nuang, puncak tertinggi di Selangor. aktiviti ini adalah acara tidak formal yang telah lama dirancang untuk mengisi masa lapang, mencari keseronokan pada jalan yang benar dan untuk mengeratkan silaturrahim antara semua yang menyertai. program ini adalah program satu hari yang di anjurkan oleh saudara Ismail Saudi.
Kami bertolak daripada kampus perubatan universiti malaya cawangan hospital tengku ampuan rahimah klang kira-kira pada pukul 8.30 pagi setelah selesai bersarapan. (yela, perut mesti di isi sebelum memulakan perjalanan. nanti belum sempat sampai dah hypoglycemic). setelah lebih kurang sejam perjalan kereta, kami sampai di tempat yang dituju. kemudian proses mendaki pun bermula. kira-kira 20+ pelajar berkobar-kobar untuk mendaki..tapi apa-apa pun pengalaman menguji stamina di tengah-tengah tengah alam ciptaan ALLAH memang sangat menarik. ni la kali pertama aku pergi ke aktiviti seumpama ini.. memang mula nya teragak2 juga untuk turut serta. tapi bila di fikir-fikirkan balik, ok jugak sebenarnya pergi.. orang selalu pandang bahawa budak medic ni jenis yang tak buat aktiviti luar. asyik duduk dalam bilik jer.. tapi sebenarnya kami ni fit2 jugak.

mula2 mendaki memang sangat penat. lagipun dah lama aku tak buat aktiviti fizikal yang boleh menambah stamina. asyik exercise kat dalam bilik jer. tapi atas bantuan ALLAH dan rakan2. berjaya jugak aku naik. walaupun ada dua orang perempuan yang terpaksa menyerah dipertengahan jalan. tapi tahniah and a big clap for her sebab telah cuba sedaya yang mungkin. mulanya bila penat berjalan untuk kekaki gunung tu, sedikit mengeluh tu ada jugak la. tapi bila sampai di sana, semua penat tu hilang dan yang tinggal hanya lapar. subhanallah. ni la kali pertama aku tengok air terjun yang paling tinggi dalam hidup aku dengan mata kasar. mungkin pada orang yang dah banyak melancong, ini tak dikira tinggi lagi. tapi cukup sebenarnya menggambarkan kekuasaan ALLAH.. subhanallah, sungguh indah ALLAH menjadikan alam ni.. dengan pokok2 dan bunyi unggas. sangat menenangkan. memang benar. duduk di dalam hutan bangunan di KL walaupun masih dalam bukti kekuasaan ALLAH, dengan bangunan yang cantik2 yang di bangunkan oleh manusia yang diciptakan NYA, tapi duduk dalam ciptaan semula jadi ALLAH memang mendamaikan. segala kepenatan terasa berbaloi.
tapi sedikit terasa terkilan sebab sebenarnya jauh lagi untuk sampai ke puncak gunung tu. kira kira perjalanan dua jam lagi hiking. sebab masa dah takde. ada sebahagian yang nak ke stadium bukit jalil menonton perlawanan bola sepak kedah vs N9. so kepada siapa2 yang berhajat untuk mendaki gunung ini pada masa akan datang, lebih baik pergi awal. mula mendaki kira2 pukul 7 pagi jika ingin naik dan turun pada hair yang sama ataupun berkemah di kaki gunung terlebih dahulu.


tapi pengalaman ni memang menyeronokkan dah sangat best. kalau ada kesempatan lain, insyaallah aku memang nak menyertai. dan untuk itu, kena la mula bina stamina daripada sekarang.. kena la bersenam. tak boleh duduk dalam bilik jer.. jgn asyik bila muscle jer. stamina kene bangunkan jugak.. hehehhe....

05 April 2010

OnG bukan OMG

sekarang dah habis separuh posting aku untuk OnG(obstetric and gymaecology). Posting ni agak menarik juga la. semuanya berurusan dengan pesakit(patient) perempuan. menarik bukan sebab ak gatal dengan perempuan ye. menarik sebab kebanyakan pesakit yang masuk hospital biasanya sedih. tapi yang masuk wad O&G, terutamanya obstretric adalah mereka yang berasa gembira dan memberi kerjasama yang baik untuk kami pelajar perubatan. dapat la kami belajar dengan lebih mudah. almaklumlah. mereka gembira mungkin disebabkan mereka nak dapat ahli baru dalam keluarga mereka. siapa tak gembira. aku yang tengok 'baby' tu pun sangat gembira. tak sabar rasanya nak dukung anak sendiri.. bila la agaknya.. tapi apa-apa pun aku kena la melaksanakan tanggjawab blajar aku ni dulu..
melihat kan pesakit dalam labour(proses melahirkan anak yang bermula dengan kontraksi uterus dan bukaan servik hingga sempurna bayi dan uri/placenta di keluarkan dari rahim ibu), aku dapat juga la merasai macammana siksanya seorang ibu tu melahirkan kita. walaupun aku rasa keperitan yang aku banyangkan tu tak sampai berapa peratus je dari yang sebenar-benarnya di rasai oleh seorang ibu. tapi, bila anak tu dah dapat dalam pelukan mereka, wajah mereka sangat ceria seolah-olah waktu bersalin tu tak pernah mereka hadapi.. seperti mereka tak pernah rasa sakit untuk bersalin.
pernah juga aku bertanya: "orang bersakit tu sakit kan??? tapi kenapa lepas satu anak, dia nak beranak lagi. sanngup ke menahan kesakitan tu??". jawapan yang aku dapat: "kau tak jadi ibu, kau memang tak paham". tapi sekarang walaupun aku tak betul-betul faham lagi, aku rasa aku dapat sedikit sebanyak menyelami hati seorang ibu. mereka sanggup berkorban apa saja demi kita, anak-anak nya..
mungkin sebab ini la kenapa ALLAH sangat menyuruh kita berbakti dan berbaik kepada ibu bapa kita. kenapa kita disuruh taat kepada ibu bapa kita selepas ALLAH dan rasulnya, terutamanya ibu, ibu, dan ibu... memang pengorbaban mu ibu takkan dapat kubalas hingga hujung nyawaku.


I lOVE U MOM.... :-)

02 April 2010

Aku terima nikahnya

dah lama dah aku tak tulis apa2 dalam blog ni.. tak update apa2 pun.. takde mood tuk menaip memandangkan banyak masa yg terrluang dihabiskan dengan perkara yang tak berfaedah.. sekarang ni sambil2 tengah bosan, dan roomate aku pergi karoake, aku menggunakan internetnya untuk 'mengupdate' blog yang takde orang baca ni... walaupun aku terasa gak nak g karoake tadi, tapi disebabkan mata yang mengantuk, poket yang kosong dan azamku untuk mengurangkan perkara yang tak berfaedah, so aku tak pergi..

seperti yang anda tahu, beberapa minggu lepas pesta buku antarabangsa telah di adakan di PWTC. Ini adalah pesta buku antarabangsa yang kedua aku telah hadiri. aku pergi waktu hari ahad. hari ketiga pesta buku tu dibuka. kalau tak silap aku la.. walaupun pengunjug tahun ini dilaporkan telah berkurangan, namun pesta buku tetap meriah.. kenapa pengunjung semakin berkurangan??? adakah ini disebabkan orang kita semakin kurang minat untuk membaca??? atau mungkin bajet kita untuk membeli buku telah berkurangan diseabbkan tealh dialirkan untuk perkara lain??? mungkin juga akibat kesibukan masa dan malas untuk bersesak2 ke sana. apa2 pun, tahniah la kepada penganjur yang telah mengajurkan aktiviti seumpama ini yang sangat bermakna untuk semua..

aku telah membeli beberapa buah buku.. tapi dalam banyak2 buku yang aku beli ni takde satu pun novel. knape??? mungkin sebab tiada novel yang dapat menarik minat aku untuk membeli.. kalau nak baca free tu ok la.. hehehe.. whatever..

antara buku yang aku telah beli dan dah abis baca ialah 'aku terima nikahnya' tulisan ustaz hasrizal abdul jamil(saifulislam.com). aku rasa ni la buku islamik bukan novel yang paling laju pernah aku baca. mungkin disebabkan bahasanya yang simple.. mungkin sahabat2 lain dah lama dah baca buku ni..

takde la bermakna aku baca buku ni sebab aku nak kawin. saja untuk menambah pengetahuan dan mengisi masa lapang. daripada aku abiskan masa lapang dengan menonton wayang dan karoake, lebih baik aku membaca. dapat jugak mengasah minda..

so sekarang ni aku mula membaca buku2 lain yang aku beli waktu pesta buku tu. harapannya dapat la habis baca buku2 tu disamping membaca buku2 yang harus dibaca berdasarkan "slybus" akademik sebagai pelajar perubatan.. asyik dengan 'medical jargon' saje, kadang kadang apa la salahnya kita buka minda dengan baca buku2 lain pula..