29 November 2008

senaman menyihatkan badan


pagi ni awal2 lagi ku dah bangun....
ada kawan ajak jogging....
tapi tiba2 je dia batalkan n berjogging la diri ini bersendirian...
dalam pukul 6.45 keluar dari bilik dengan kasut sukan....
lepas balik dari jogging pergi sarapan....
waktu sarapan ada pulak orang main badminton...
join la skali...hehe.... lama dah tak main...


bersenam tu bagus untuk menyihatkan badan...
bukan la senaman tu hanya untuk kuruskan badan...
tambahan sulak kalau kita buat senaman tu dengan tujuan yang baik bukan je dapat faedah didunia malah diakhirat jugak...
niatkan la apa yg kita buat untuk Allah... contohnya senaman untuk dapat menyihatkan badan n kita boleh beramal kpdNya...

tambahan lagi, senaman tu sunnah, rasullullah juga bersenam dan beriadah...
tapi skrg ni sukan yang disyorkan rasulullah spt menanah, berkuda n berenang susah kita nak buat sbb mahal n susah nak dapat fasilities....
kan bagus kalau kerajaan bantu untuk subsidikan sikit sukan2 ni... dapat la kita buat sukan sunnah ni....
takde la orang kaya je dapat buat....macam kat um ni berenang kene pakai tigth n campur lelaki n pompuan... susah sikit la...
nak jaga aurat n jaga mata kita.....
tapi kita kene la pilih sukan yang betul...


pasal sukan yoga tu setelah diharamkan jangan la kita buat....
kita boleh pilih sukan lain yang harus dari segi agama.....
macam jogging ke, tenis ke, bola sepak ke, takraw ke....
bila cerita pasal takraw ni ingat ustaz joha n ustz yus kat sekolah dulu....
bila mian takraw sesama diorang keluar la loghat terengganu dia tu...
hehehe..... jangan marah ustz... lipat, jangan tak lipat, comei ustz.....
pepe pun sama sama la kita sihatkan badan dalam rangka mendekatkan diri kpd ALLAH...
'majulah sukan untuk negara'

28 November 2008

perkongsian tazkirah

hari ni berlaku lagi suatu perkara yg tidak di ingini
tak dapat sambung tido la pulak selepas terjaga....
sempat tido dalam satu jam je....
takpe la....
mungkin ada hikmahnya...
lagipun esok ada satu klas je...


sementara tak boleh tidoni nak kongsi la satu ceramah yang aku pergi...
kuliah maghrib ustaz azman...
kpd sesiapa yg dah pergi rabu lepas msti tau...
klu yg tak pergi tu boleh la baca sikit2 kat sini....
walaupun tak berapa lengkap...
apa yg dicatit je la dapat dikongsikan.....
semoga dapat la amik iktibar bersama2.....


HALANGAN DALAM TARBIAH ISLAM UNTUK MENG'ISLAH'KAN DIRI

1.TIADA QUDWAH
jom kita amik kesempatan ini untuk muhasabah diri kita..
siapakah yg selama ini kita amik sebagai contoh tauladan...
sekarang ni trend jadikan orang yg tak sepatutnya sbg qudwah..
contohnya artis, kebanyakn kita amik contoh dr TV...
segala-galanya kita berpandukan tv...
pakaian nak ikut tren dlm tv walaupun tak betul...
bab cinta pun nak ikut tv gak.........
sepatutnya kita ambil rasulullah sebagai contoh kita...
bukan kah rasulullah tu qudwatulhasanah-contoh ikutan paling baik....
segala galanya diajarkan...
dari bangun tido kpd tido balik trmasuklah nak g ke tandas....
bab cinta pun diajar....
ada hadis yg mengatakan ttg bab cinta ni...
tapi tak ingat la matan nya...
yg dapat difahami kalau kita suka seseorang nabi suruh tutup n ada lagi la....
tapi ni je yg ingat.... hehehe......
ikutla contoh yang dibawa oleh nabi krn nabi tu mmg tujuannya untuk mendidik akhlak yg baik cam yg diberitahu dlm alquran...
contoh ikutan strusnya adalah sahabat sbb nabi kata kurun yg paling baik adalah pada kurunku...
dan ada sahabat yg dah dijanjikan syurga dari dunia lagi....
dalam masa kita zaman akhir ni dgn krisis identiti, kita perlu cari contoh yg sesuai...

2.MALAS DAN TIDAK BERAMAL
kita kene la elakkan sifat malas, suka bersantai, tidak bersungguh2dan meringan2kn kerja...
dunia tempat untuk bekerja... akhirat tempat untuk berehat sbnr2nya....
rehatla kat dunia ni skdrnya.... dgn niat supaya rehat tu dapat memboplehkan kita buat kerja dengan lebih effectif...
antara sbb knape seseorangtu bermalas2:
  1. takde cita2 yg tinggi
  2. tiada iradah(kamahuan) dan qawiah...
jgn la kita cita2 kan yg dunia je... masukkan la gak cita2 akhirat....
untuk orang yg menuntut ilmu ni nak kongsi sikit apa yg dapat dr kuliah di IKIM..
cuba kita check balik pesanan imam syafie yg dah dijadikan lagu tu dlm menuntut ilmu...
teliti n tengok balik.... mmg layak ke kita dapat ilmu...
antara syarat untuk berjaya dlm menuntut ilmu:
  1. betulkan niat, semuanya bermula dgn niat
  2. kene bersungguh2. ilmu tu takkn beri sedikit darinya kalau kita tak beri sepenuh hati kita untuk ilmu
  3. kene tawaduk... merendah diri.. cuba tengok sejarah ulama' besar macam mana tawaduknya dlm menuntut ilmu
  4. jgn taksub sampai tak leh mendengar pendapat orang lain
3.LALAI
yg nitak pandai sangat nak explain...
cuma kita kene peka dalam 3perkara:
  1. kita dgn ALLAH.adakah kita betul2 ikut suruhanNya
  2. kene sensitive dgn akhirat.. fikirkan apa yg kita nak bwk kat sana. mati makin menghampiri bukan makin jauh...
  3. kene sensitive dgn akhlak islam yg perlu kita ikut
dlm tarbiah islam kita kene lalui 2 perkara
pertama xtvt cthnya solat, puasa n ibadah2 lain...
yg kedua proses iaitu proses mendekatkan diri dgn ALLAH
2 2 kene berlaku serentak... kalau ada xtvt je tapi dapat mendekatkan diri kpd ALLAh maknya nya prosese islah diri ru rak berjaya...

tentang lalai ni banyak dalil yg larang kita lalai...
cthnya surah al-asr, dlm surah al-a'raf ayat 179 klu tak silap
cuba tengok n teliti balik... hayati..

4.PERGAULAM DENGAN RAKAN YANG BURUK..
tentang ni nak dielakkan kita terikut ikut dengan perangai nya...
tapi klu kita mmg ada rakan yg buruk, kita kene betulkan niat
niat berkawan kene baik... untuk ta'awanu ala birri wattaqwa- tlg menolog kearh kebaikan..kene sayang menyayangi antara satu sama lain...
kalau ada rakan yg buruk ingtlah ALLAH nak bg peluang sbnrnya utk kita buat kerje nabi(kerja dakwah)...
dalam berdakwah ni kita kene ada dan selalu la berdoa... satu lagi buat dengan jemaah(ramai2).. sbb jemaah tu memberi kekuatan...



tu la antara yg dapat dikongsikan
klu ada kelemahan tu mintak maaf la....
mmg ilmu kurang....
kalau ada silap leh la coment....
sama2 kita amik iktibar....

25 November 2008

NIKMAT CUTI

apa yg selalu ku amati terutamanya yg berlaku pada diri sendiri, kita ni cuma menghargai sesuatu bila dah takde depan mata..
dulu waktu sek cuti seminggu rasa tak puas, nak sebulan....
walaupun umah dekat je ngan sekolah, boleh selalu balik...
maklum lah nafsu, mana pernah rasa puas...
tapi sekarang ni untuk sem 1 ni cuti ku hanya 4 hari....
rasa cuti seminggu waktu sekolah tu cam bermakna sangat...
sekarang cuti dah habis... perjuangan perlu diteruskan....
rindu sangat dengan umah, terutamanya mak ayah n adik beradik...
rindu dengan suasana kampung, ayam itik n angsa, ladang tebu kat umah, sawah n bendang, rindu nak memancing, ladang tebu,nenas dah lain2....
bila teringat rumah kadang2 rasa gak bergenang air mata...
tapi diperantauan ni tujuanku menuntut ilmu, berjihat untuk mencapai taraf yang lebih baik...
bukankah ada dalam ALQURAN firman Nya yang dapat ku ambil iktibar: Allah akan meninggikan darjat orang yang berilmu tu beberapa darjat...
ni la koleksi gambar gambar kenangan kampung ku yang tercinta....
tapi ingatan dalam hati lebih banyak dari ini....


rajin adik ku nak bagi makan angsa:















budak kecik ni, orang seruh cabut rumput tu la... kebun jagung:















posing kat ladang nenas:















ladang tebu, siapa yg nak minum air tebu free puas2 jemput la datang umah...















kitorang bersawah, main selut, kadang2 min perang2 best tu...

PERJUANANGAN BERTERUSAN

exam part A untuk budak second year telah pun berlalu....
tak tau la macam mana pencapaian ku....
tengok la result nanti macammana....
setelah berperang selama satu sem, kini bermulalah sem kedua....
apa2 pun yang dah berlalu kita jadikan pengajaran...
yang akan kita tenpuh masa akan datang haruslah kita buat dengan lebih baik dari sebelumnya...
bukan kah kita sepatutnya jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...
sekarang budak junior first year plak tengah berperang jihad fi sabililah untuk menduduki exam.
jihad ku untuk sem kedua ni bermula dengan pelajaran tentang gastrointestial system...
semoaga segala impian untuk melangkah kepuncak kejayaan dengan ilmu yang deberkati ALLAh akan tercapai sem ini..
kepada semua yang membaca blog ini, PERCUBAAN PERTAMA mungkin banyak kelemahan...
terima kasih yeopmi yang tolong ajar nak wat blog ni....
doakan lah kejayaanku dalam semua perkara terutamanya semua perkara dapat keredhaanNya sbb tu la yang kit anak dalam hidup ni....