22 February 2009

BLOGGERS, BUANG MASA KER????

aku baru je baca blog seorang rakan aku... post dia tentang comment yg diberikan rakan nya berkaitan dengan blognya yang boring... sorry la ye klu aku cerita sikit pasal blog ko... n ada satu lagi blog yg kwn dia kata jgn la buang masa dengan blog.... bukan la niat aku kat sini nak kata aku ni dah berpengalaman dalam ber blog ni.. bagi seorang blogger mcm aku ni, penglibatan aku ni nak kata setahun jagung pun tak sampai lagi..
sehari jagung pun takde lagi kut...
tapi setiap orang ada pendapat trsendiri...

aku suka membaca blog2 yg ada... terutamanya yg dapat memberi manfaat.
dari observation aku, macam2 blog ada kat malaysia ni.. tu belum lagi kat dunia...
yela,... nak buat blog cam ni bukan kene bayar pun.. free je...
skrg ni bdk sekolah rendah pun dah ada blog sndri..
pada pandangan aku, blog ni ada pro n contra nye... semua nya bergantung kepada penulis blog itu sndri...
bukan la niat aku nak kata aku ni penulis blog yg mantap, banyak faedah...
aku pun banyak mengarut je.. yela.. ilmu kurang.. nak tulis bende banyak ilmu kene blajar lagi... menuntut ilmu tu kan wajib bagi semua orang... kita pun tau ayat pertama diturunkan ALLAh kpd nabi muhammad SAW ialah berkaitan menuntut ilmu(surah al-alaq ayat1-5)...
walaubagaimanapun, apa yg kita tau boleh la kita kongsi bersama sama..

berbalik kepada apa yg aku tulis sebelum ni, blog ni bergantung kepada penulisnya...
ada penulis yg menjadiakn blog ni sebagai suatu tempat untuk kebaikan... sebagai contohnya.. banyak blog yang dibuat oleh ustaz2 untuk menyampaikan ilmu melalui jalan IT ni..
yela ustaz skrg pun cnggih.. jgn pandang rendah.. diorg nyer hp n komputer lagi canggih dari kita... hehehe... tapi tu memang keperluan masa sekarang ni...
seorang pendakwah tu kene la berdakwah secara berhikmah. sesuai dengan masa n orang yang nak disampaikan. zaman IT, kita kene jugak gunakan IT sebagai medan dakwah kita.. sbb kebanyakan dari kita zaman sekarang lebih suka ddk didepan komputer dari pergi mendengar ceramah.. jadi dari bukak bende tak berfaedah, klu kita bukak blog camni kan bagus..

sebagai contoh paling dekat, ustaz muhammad bin abdullah, seorang peguam syari'e n slalu kluar tv, ada sebuah blog yang memang rajin di update nya... macam2 ilmu yg boleh kita dapati...
boleh juga berinteraksi secara web dengan beliau... soalan2 akan dijawab dalam blog.. yela, skrg ni semua di hujung jari je.. terpulang la kepada kita nak buat camne,nak amik faedah ke mudharat....


tapi, ada jugak blogger yg menjadikan blog sebagai tempat yg kurang baik, menabur fitnat, hasutan, upload gmbr2 lucah, n macam2 lagi... seperti yg dikatakan sebalum ni...semuanya bergantung kepada bloggers itu sendri... kita sebagai pembaca yg bijak perlulah teliti dalam menilainya...

berbalik kepada persolan blog bosan???? semaunya bergantung kepada blogger mencorak blog nya macam mana... tapi sbnrnya, blog yg dibaca tu ikut pembaca jugak la... ada yg suka ayat sempoi2, ada yg suka ayat rock2.. hehehehe... klu blog aku, aku rasa mmg ada bosan gak la.. sbb aku bukan pandai reka ayat pun.. BM spm pun kantoi, ape lagi BI... hehehehe... nk tulis bahasa arab, lupa dah... orang arab mana je la dpt baca nnti... tah2 diorg pun tak paham... hehehehe... perbandingan pembaca blog ni macam orang minum kat kedai kopi la.. klu yg memang suka minum kopi, tak suke minum teh, pilihan nya mesti kopi.. klu orang suka dengar lagu rock, slalunya tak layan lagu tangkap lentok.. ada kaitan ke aku nyer perbandingan ni??? pikir2 la sndri...


kesimpulan nya, blog ni nak menarik ke, nak bermanfaat ke, nak mendatangkan faedah ke, mudarat ke... bergantung kepada penulis tu sndri...
nak buat menarik kene la pandai menarik perhatian golongan sasaran.. eh... aku ni menulis cam blog aku ni menarik sangat je... tah sape la nak baca blog aku ni... sbnrnya blog aku ni just suka2 je untuk melepaskan tension n mengisi masa aku...
tapi apa2 pun, ber blog ni, membuang masa atau tidak, bergantung kepada kita.. bagai mana kita membahagikan masa antara ber blog dengan xtvt lain...
"wallahua'lam"

p/s: kepada pembaca, klu nak coment jangan segan2la.. semoga comment anda dapat memberi manfaat kepada diri yg serba kekurangn ni...

"sampaiknlah dariku walau satu ayat"-hadis-


15 February 2009

Aku Darah Anak Malaysia

semalam, aku pergi la tengok wayang bersama-sama amar ngan sazali.
kami nak tngok citer GENG:pengembaraan bermula. citer ni memang kami nak tengok sangat2 setelah tengok episode2 upin n ipin. tahun lepas lagi kami dah tunggu.dalam internet kata citer ni akan kluar dalam tahun 2008/2009..
tapi aku sedikit sedihla.. haritu tak dapat tiket wayang yang best. tempat tak best sangat. depan n tepi. tapi pepe pun sbb nak tengok sangat2 aku gagahi jua.

citer ni mengisahkan tentang budak2 dr KL n budak2 kampung tu secara tidak sengaje menjejaki sebuah misteri tentang kehilangan durian di kampung mereka. kehilangan ini sangatlah misteri dan dikatakan disebabkan oleh hantu durian. seterusnya, pengembaraan mereka pun bermula..

citer ni memang sebuah citer animasi 3D malaysia yang mantap.plot cerita disusun dengan baik, ada jalan cerita yang nak disamapikan.
citer ni memang ada macam2 emosi. daripada lawak, suspen, menakutkan,gembira dan juga sedih.. lawak2 nye sangat la menghiburkan dengan aksi2 budak2 upin ipin yang sangat cute..

so citer ni memang patut ditonton oleh semua lapisan masyarakat.. n satu lagi, wayang gsc mid valley tu, tambah la lagi waktu tayangan.. leh la kau tengok skali lagi dengan lebih puas.hehehehehe...dapat tempat best sikit... citer ni membuktikan bahawa kita negara malaysia pun boleh buat sebagaimana negara luar buat. so support la movie negara kita.Kita kene bangga menjadi rakyat malaysia. klu kita tak support camne nak maju industri filem negara. ni blia kau ajak tengok wayang, nak tengok citer owang putih je.. yg seksi2 lagi tu. aku ajak tengok citer melayu katanya rugi la.. taknak.
klu kita tak support movie negara kita, siapa lagi....
aku harap movie ni dapat la seperti apa yang ditargetkan.. katanya nak 10juta eh.. semoga berjaya..
tahniah kepada les copaque dan semua crew pembikinan..

apa apa pun:

pikir masa depan
kitakan GENG