mcm biasala, aku balik umah naik bas transnasional. bas kul 6 ptg. kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku dalam bas... aku rasa semua orang pernah mengalami perjalanan mcm ni.. kalau pernah naik bas la.. kalau asyik naik kereta je, mak ayah antar, tak pun dekat giler2, memang la tak pernah berpengalaman naik bas kan... perjalanan aku 6 jam, satu perjalanan yang panjng la jugak.. penat n bosan tu dalam bas lama-lama...

aku nak konsi satu perkara yang aku nampak menarik dalam perjalanan aku.. biasa la kan, dalam bas, lebih kurang 40 orang macam2 ragam yang boleh kita nampak. ada yang asyik tido je start dari bas mula bergerak, sampai la bas berhenti kat "final destination"..aku la tu, sape lagi. ada juga yang asyik makan jer... ada jugak yang pasang lagu guna hanphone, pasang lagu kuat kuat. ada yang memerhatikan perjalanan, ada jugak yang sibuk menelepon sana-sini menguruskan hal peribadi.
perjalan kita kat dunia ni pun aku nampak leh kita ibaratkan macam perjalan bas ni... kita ada permulaan n penghujung.. perjalanan balik kampung dari puduraya ke Mersing, kampung tercinta.. perjalanana kehidupan kita kat atas muka bumi ALLAH ni bermula dengan kita dihidupkan sehingga la kita dijemput kembali olehnya. dalam kehidupan ni kita leh lihat macam ragam orang. sama mcm ragam dalam bas. ada yang asyik "trlena", ada yang syik menguruskan urusan dunia, ada yang asyik nak berhibur dan macam macam lagi la...

dalam hidup kita boleh pilih perjalan mana yang kita nak lalui. adakah kita just nak jadi orang yang hanya tido. denstinasi tak diingati,dalam perjalan satu apa pun tak dapat.urusan dunia habis,apatah lagi yang akhirat. atau kah kita nak jadi macam orang yang sibuk menguruskan urusan peribadi.. memang la kita akan dapat urusan dunia, tapi bukan kah "ultimate aim" kita adalah untuk akhirat... kan ALLAH dah mengingatkan kita supaya kita mengejar akhirat dan tidak melupakan bahagian kita di dunia. Allah dah janji kalau kita buat sesuatu tu kerana Nya, urusan dunia kan ALLAH bantu. dunia ni sekejap je.. kita tengok skrg, paling tua pun orang boleh idup tak sampai 200 tahun. kita???? mungkin 20 tahun mungkin 25 tahun, kita tak tau bila..
dalam perjalanan hidup ni kan bagus kita jadi macam penandu bas dalam perjalanan balik ke kampung. setiap perjalanan dia peka. destinasi menjadi sasaran utama. dia tak leka pun. kalau leka, abis arwah la aku kut.. huhuhu. jalan dipilih dengan betul. kalau salah alamatnya tak sampai la..(p/s: tapi jangan la contohi pemandu bas skrg dalam segi pemanduan... hehehe.. cam pelesit... cilok sana cilok sini).
oleh itu marila kita sama-sama muuhasabah balik diri kita, kita ni jenis yang mana. jom la sama-sama kita perbaiki diri kita semoga perjalanan yang kita lalui adalah melaui jalan yang banar dan dengan cara yang sebenar.. sesungguhnya ALLAH telah berfirman dalam Al-quran yang mafhumnya: sesungguhnya Kami apa yang ada diatas muka bumi ini sebagai satu cobaan untuk menguji siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya..
sesungguhnya dalam kehidupann ni banyak yang boleh kita amik iktibar n pikir-pikirkan. meminjam kata-kata ustaz muhammad, kehidupan ni adalah sebuah universiti: "universiti kehidupan". tempat kita timba ilmu pengetahuan n ambil pengajaran.yang kurang baik tu sama-sama la tolong tegur menegur...
dah lama tak berpantun so na uji bakat aku ngan satu pantun:
hari isnin pergi ke pekan,
pergi ke pekan membeli ikan,
aku insan banyak kelemahan,
bila tersalah harap tegurkan.
No comments:
Post a Comment