27 March 2009

phewwittttt.... cun siot si "Hidayah" ni

milik siapakah gadis ini
lembut wajah bagaikan sutera


kepada pembaca sekalian, dah lama aku tak update pe pe post yang baru samada yg menarik atau yg mengarut... ni bukan la sbb aku busy cam orang lain study ataupun sibuk dengan xtvt kolej.. ni semua sbb aku tak ada idea nak bebel pe.. nak citer pasal xtvt pun, hari-hari aku bangun g klas makan tido n main internet je..

post kali ni bukan la nak citer aku ni orang kampung cam pe yang hanisah ishak citer dlam blog dia. aku mmg orang kampung n aku mmg pernah panjat pokok, berkubang, pakai kain pelikat n lain2, tak macam nisah tu.. tapi pepe pun kali ni aku nak brkongsi sikit dengan saudara2 ku yang tercinta beberapa situasi yang tak tau la menarik ke tak bagi pihak korang. tapi kemungkinan kejadian2 ni bolehla kita sama2 amik kesempatan untuk jadikan iktibar::::::





1. senior ku bertanya melalui yahoo messenger:
"azhar akak nak tanya sikit pe hukumnya couple2 ni?"
"knape pulak tanya. dah jatuh cinta ke?"
"jawab la dulu soalan akak"
"ok la jangan la marah, baru nak korek rahsia. sorry la kak klu tak leh nak jawab dengan baik, yela kita ni bukan nye ustaz. klu nak ikutkan mmg tak boleh la kan. semua orang tau kut. apatah lagi klu berkepit kat sini sana. berdua duaan. kan kita disuruh menjauhkan zina. lagipun kan bukan mahram tu.. klu awal2 kata tak buat pepe pun lama2 takut terjebak.. mula2 sms pastu jumpa.. dating... n seterusnya... pandangan yg saya amik bahawa couple ni mmg takleh n paling rendah pun klu tak buat apa2 makhruh sbb takut terjebak"
"bukan pe, kawan akak. dulu kat surau, xtvt pepe pun dia la paling rancak. paling alim. marah orang sana la sini la.. bagi tazkirah la kata couple tak boleh. tapi skrg dia pulak buat. menyampah betul akak."
bagi aku bagus jugak akak ni ada rasa menyampah sbb tu menunjukkan dia tak suka tentang maksiat ni...


2. pagi tadi ada la tazkirah kat lecture hall. kawan aku ni sampaikan pasal islam is the way of life.. macam mana islam ajar segala-galaanya.. ada ke agama lain yang ajar selengkap islam. dari bangun tido sampai la bangun balik besoknyer.. setiap saat diajar...
dah banyak kajian sains yang mengatakan kebaikan islam ni.. contohnyer macam-mana solat baik tuk kesihatan, solat berjemaah boleh neutralkan cas.. dalam bidang medic ni pun klu hati kita betul2 nak mengerti kita boleh tengok pe kelebihan islam tu... tapi skrg ni masih ramai orang yang tak solat n menjadikan islam sebagai cara hidup mereka.


3. citer pasal kapal terbang nak terhempas. orang yang takde agama pun cam berharap kepada sesuatu kuasa yg lebih tinggi. ramai orang kafir yg tua tentang islam tapi tetap tak memelukk islam.

4. borak2 kosong:
"knape ko tak layan budak tu??pastu buat muka tak puas hati pulak" aku bertanya
"nak buat camne. aku tak boleh lupa pe yang dia buat kat aku. kawan pon boleh makan kawan. macam ni ke.."
"ko tak baik camtu. dia dah nak buat baik kat ko.. jangan la camtu. kan tak bagus camtu.."
"sorry la. aku mmg tak leh lupa pe yg dia buat.aku need to take time to forget it. bila dia tegur aku tu membuatkan aku lebih menyampah."
"tak baik ko.. buakn ke tak boleh memutuskan tali silaturrahim. tak bertegur sapa lebih dari 3 hari kan tak boleh.."
"aku tau semua tu. aku tau sangat.tapi aku mmg tak boleh. just jangan tegur aku. give me time to forget it.aku bukan malaikat."
"memang la ko bukan malaikat. tapi pe salahnya kita bersifat baik. maafkan la orang lain. nabi pun maafkan kesalahan umatnya.."
"aku tau. aku tau. aku tau.tapi aku just need to take time to forget it.. paham la"



citer yg aku kongsi ni bukan la nak citer pasal sesiapa or memburukkan sesiapa.daripada citer2 ni macam2 pengajaran leh kita amik. tapi kat sini aku nak amik satu ciri yang sama dalam keempat-empat citer ni. kita boleh tengok dalam citer ni yg semua orang tau apa yg sepatutnya dibuat dalam islam. tapi knape kita tak amalkan. citer pertama tau couple tu tak leh, tapi buat gak. citer kedua tau kelebihan solat, solat berjemaah tapi tinggal gak. citer ketiga tau ALLAH tu ada tapi taknak beriman gak. citer terakhir tau bahawa silaturrahim tu penting. tapi........................

antara perkara yg penting dalam kita melaksanakan islam dalam diri kita sebennrnya adalah:

1. iman
iman tu ibarat enjin bagi diri kita. klu iman kita kuat. kuasa kuda tinggi, kuat la kita buat amalan. tapi klu iman kita lemah susah la nak buat. klu kita betul2 yakin bahawa ALLAH tu maha melihat, maha mengetahui, kita akan takut nak tinggalkan suruhan n lakukan larangan Nya. orng yang buat dosa tu sbnrna dia tak ingat ALLAH. klu dia betul2 ingat, dia takkan buat dosa.
pasal iman ni aku taknak elaborate banyak sangat la sbb kebanyakan orang tau pasal ni..

2. hidayah.
hidayah ni amat penting. hidayah tu menyuluh kita dari jalan yang gelap kepada kebenaran. kita tengok, sahabat dizaman nabi.setelah dia mendapat hidayah, mereka dengan tekun dan bersungguh2 menjalankan islam sehigga ada antara mereka ALLAH dah janjikan syurga kat dunia ni lagi.. kita tngok betapa pentingnya hidayah. Umar Alkhatab yang sebelum islam sangat kuat menentang islam menjadi pembela islam selepas keislamannya.

seperti apa yg aku dengar di kuliah tarfsir kat radio ikim, hidayah ni ada 2 jenis:
hidayah "irsyad":iaitu hidayah umum. pengetahuan yang diberi kpd kita oleh ALLAH. contohnya kita diberikan pegetahuan tentang kelebihan solat, kewajipan nya n lain2.
hidayah "taufiq":hidayah yang memberikan kita kekuatan untuk melakukan amalan.
kita dapat tengok tentang 2 2 jenis hidayah ni... banyak orng diberikan hidayah 'irsyad', tapi tak dapat melakukkan pe yang dia tahu. macam contoh2 yang aku bagi dalam 4 citer sebelum ni.
dua2 hidayah ni datang dari ALLAH. cam belajar. ilmu yang kita dapat tu dari ALLAH. tapi macam mana kita nak gunakan. bukan ke ilmu tanpa amal tu ibarat pokok takde buah. tak bermanfaat..
antara cara kita nak dapatkan hidayah:
1. banyakkan berdoa. dalam berdoa ni kita kene jugak ikut adab2 berdoa tu.. kita mohon dengan sepenuh hati supaya ALLAH anugerahkan kita hidayah kejalan yang benar. nak kongsi kat sini tentang adab doa panjang sangat la pulak. ni pun msti korang dah penat baca. lagipun ilmu tak banyak sangat. hehehehehe. hidayah tu datang dariNya dan kita kene mitak dengan Dia. sedangkan nabi sndri tak dapat bai hidayah kat bapa saudara dia.banyak doa yang boleh kita amalkan sebagaimana yang diajar nabi. klu tak ingat pun, doa BM pun pe salahnya. yg penting adab berdoa dijaga.
2. banyakkan hadiri majlis ilmu.. yelakan. tempat yang banyak ALLAH turunkan hidayah adalah majlis2 ilmu. kat sini la kita dapat banyak hidayah samada mana-mana jenis. klu duduk kat disco camne nak dapat hidayah. duduk majlis ilmu pun kene gak jaga adabnya. sbb ada orang yg pergi majlis ilmu tak dapat pepe.
3. banyakkan taubat dan bersihan hati. taubat tu panjang nak citer. bersihkan hati pun sama gak. banyak yang boleh kita lakukan.. boleh tanya ustaz2 yang lebih arif.

sebenarnya segala amalan yang kita lakukan tu atas kudrat dan iradah ALLAH. kita dapat lakukan amalan tu semua nya disebabkan ihsan ALLAH. klu kita paham perkara ni, kita takkan riak, takbur n ujub dengan amalan yang kita lakukan.

coretan aku kali ni bukanla niat nak mengajar or nak betulkan salah orang. cuma nak berkongsi pe yang aku tau.. mungkin pe yang aku citer ni serba kekurangan. semoga ALLAH memberi kita kekuatan, taufiq untuk kita amalkan islam dalam kehidupan seharian kita..


"hidayah itu ibarat cahaya yang menerangi. permukaan yang hitam akan tetap hitam walaupun disuluh cahaya.begitu juga hati. so sama-samala kita bersihkan hati kita dari segala kekotoran yang boleh menghalang hidayah."

6 comments:

Tinta Tuah Pengembara said...

aku mabik blog ko mase aku bukak blog smssi n laman web dia...so aku godek....lAH JAP ...HEHEHE sape2 yangpatut aku jadi followerlah....
nampaknya blog ko bnyak yang memberi kesedran ....hurm bagus..usaha seorang daie..yang mantap..
cuti sem balik???

Azharuddin Ya'acob said...

takde la bagus sangat pun.. try je la apa yang boleh.. hehehehe...
cuti sem kemungkinan balik n tapi lambat sikit... sbb ada projek elektif kat kedah.. tu pun klu dapat cuti la...

doakan la aku dapat cuti sem ni.. jangan la kene blajar plak waktu cuti nnti..

doakan la sahabatmu yang serba kekurangan ni...

Hanisah Ishak M.D said...

komen 1.

amboi, terang lagi bersuluh kau tulis nama aku.

komen 2 akan menyusul.

Hanisah Ishak M.D said...

komen 2.

islam is the way of life.

tapi berapa ramai yang mensekularkan islam. tanpa sedar kita juga barangkali.

apabila ckp tentang islam,
terus ingat masjid, solat, puasa, haji, kelas agama, ustaz-ustazah..

fikiran menjadi sempit.

sedangkan konsep ibadah dalam islam itu luas.

Azharuddin Ya'acob said...

to hanisah:
rileks la... hahahaha.. popular sikit ko nnti.. aku promote nama ko tu..

betu3X.. aku sokong sratus pratus.. mmg islam tu merangkumi setiap perkara... dari start kita kat daalm perut mak kita lagi sampai masuk kubur...

nagaliar said...

sori krn nk bagik komen yg x de kena mengena ngan artikel bro...sori eh bro...

erm sy nk respone ttg komen bro ttg artikel sy berjudul "pandangan sy terhadap gerakan tabligh"...sy mintak izin eh...hrp dpt share2 ilmu...

repone sy :-

to drosophilla albino :
erm...minta maaf...sy x menghuraikan secara terperinci ttg maksud "Majoriti mrk idup dlm kelompok dunia mrk shj…"...
pe yg sy nk nyatakan ialah: ianye bukan dr segi live kehidupan kemasyarakatan tp dr segi pemikiran n doktrin pergerakan dakwah tu sendiri...hanya berkisar kpd fahaman mrk shj...(jika mrk x campur masyarakat camne mrk nk tabligh lak)


respon sy ngan tuah pengembara lak :

sy x menentang dr segi aspek dakwah...krn ianye sebahagian komponen syiar islam...malahan setiap ari rabu ptg..rumah sy merupakan tempat kuliah agama dikampung sy...yg disampaikan leh ustz arip...mudir sek agama khairiah...

sy menyokong penuh ape jua penyampaian dakwah agama...erm malahan...moyang sy merupakan pengasas sekolah pondok di belukar jambu di terengganue sekitar 1930an...nenek sy lak merupakan tahfiz...(beliau hafal al-quran semasa umur 8 tahun)n menghabiskan sisa2 idup beliau sebagai guru tahfiz alquran selama 80 tahun...(sy tinggal bersama beliau sejak sy dilahirkan)...

sy lak pernah berguru agama ngan beberapa tokoh agama ditempt sy...antaranye th hj rauf (usuluddin)...pak awang gunting (tok guru beliau anak murid tok kenali dr kelantan)- dr beliau sy mendalami ilmu fekah, usuludin n tasauf...

semasa sy stdy diterengganu...sy pernah berkuliah ngan tn guru hj Hadi Awang di rusila serta kuliah maghrib setiap minggu ngan tun hj muhammad di losong hj mat shafiee...(beliau merupakan mudir guru pondok...)

(jika mrk x menyampaikan =tabligh=...of course sy berada dlm golongan org x berpengetahuan)...

lagi pun sape jua nenek moyang sy...(iman+ilmu+amalan tidak boleh diwarisi...sy kena blajor n amal sendiri)

ttg gerakan tabligh nie lak...leh rujuk pendapat Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman, atau dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Lubuh Tapah..beliau merupakan seorang bahan rujukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz...

erm respon dari Tuan Guru Haji Lah Lubuh Tapah terhadap ajakkan karkon (istilah ahli tabligh dlm bhs india)itu amat buruk sehinggakan tuan guru telah mengambil sikap menghentam “karkon” tersebut dgn dalil :

وأنذر عشيرتك الأقربين

Maksudnya;
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”

harap memahami antara istilah tabligh dgn gerakan tabligh..dua term yg berlainan...

pe2 pun de gak golongan org2 berilmu yg bertabligh tue benar..tp de gak golongan tabligh yg sekadar ikut2 org tu terpesong lantaran kecetekan asas ilmu agama...wallahualam