16 December 2008

nostalgia

tibe2 je ku terbukak komputer kawan ku....
tengok2 terbukak lagu2 lama nostalgia pulak....
ingat zaman kecik2...
lagu2 ni berkumandang kat radio....
hehehe.......

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

13 December 2008

haluan di Kuala Boh

bergambar bersama sama semua peserta sebelum pulang......


peserta2 lelaki yg menyertai
tengok bukit yg berkabus kat belakang tu... subhanallah...indahnya ciptaanNya..sejuk giler.....

rakan ku izzat(final year)dah masuk 'team membasuh'
anak2 orang kat sana.... selamba je main air... tak sejuk ke??? kitorg basuh tangan pun menggigil....
berborak2 sementara menunggu makanan disiapkan

'medical team' dah duduk kat dapur....

kesejukan n kepenatan selepas berjalan kaki 1 jam setengah....
rafiq(final year) dah tukar profesion drpd 'medical team' kpd 'kitchen team'.. hehehe :)

11 December 2008

alhamdullillah

harini, masalah kesihatan ku dah kembali pulih....
dah lima hari dah diarheoa sejak hari sabtu....
memang tersiksa.................
tu baru je satu ujian ALLAH bagi....
nak makan pun tak selera....
tu baru je satu nikmat kene tarik....
banyak lagi nikmat yg dah diberi, tapi ku tak bersyukur....
kalau semua nikmat tu kene tarik macam mana la ye....
tak terbayang oleh ku.......
so marilah kita bersyukur atas nikmat yg telah dianugerahkanNya....
thanks la pada roommate ku....
tolong belikan ubat sakit perut....
jasamu tak kan ku lupakan....

09 December 2008

diariku-brbakti bersama HALUAN di Kuala Boh

pada hari ahad, bersama dgn 4 lg rakan ku telah bersama2 join HALUAN untuk 'program ibadah korban' di kampung orang asli di Kuala Boh, Cameron Highland.
program ini adalah program 2 hari satu malam.... banyak pengalaman yg telah ku perolehi...
betullah bak kata pepatah, jauh perjalanan luas permandangan... dan cam lagu 'mentera beradu', walaupun lagu nya ku tak paham sangat tapi ku suka lirik part ni:

ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

disini kucoretkan sidikit pengalaman yg telah ku hadapi bagi tatapan dan iktibar semua shabat dan saudara ku yg tercinta....

hari jumaat malam sabtu ku tak boleh melelapkan mata, mungkin rindu utk balik ke kmpg kut. bangun bangun sembahyang subuh ku rasa nak pitam, terpaksa la keluar dari berjemaah...
demam yg agak panas jugak la... pikir2 kalau tak kebah jugak demam ku ni terpaksa la batalkan niat nak pergi ke cameron tu pd hari ahad...

Alhamdulillah, Allah bantu niat ku untuk ke sana, bangun hari ahad tu dah baik sikit wlaupun diarhea ku masih lg berpanjangan....
kami berkumpul di depan kolej pukul 7.30, kul 7.45 bertolak ke sana dengan menaiki myvi pinjam.. semoga ALLAH beri brkat dan pahala kepada tuan punya kereta baru tu atas pengorbanannya....

8.30-kami berkumpul di tol gombak, menunggu ahli yg lain dan mendengar sedikit taklimat tentang perjalanannya...
9.00-mulakan semula perjalanan melalui bentong, raub... sepanjang perjalanan kami lalu hutan, subhanallah, macam2 prmandangan indah ciptaan Allah yg dapat kami perhatikan bukit yg berkabus, p0kok2 yg macam2 jenis, n kami lalu jugak sblh ladang buah naga.... alhamdulillah, dlm perjalann ni ku tak tertidur wlupun slalunya kalau masuk kete je terus tido... dapat jugak tengok pemandangan indah disamping menemankan pemandu... mungkin tido bnyk sblm tu kut....
12.30-singgah masjid sungai koyan, makan, buang air, n meneruskan perjalanan. banyk kali tanya orang jalan.. 'malu bertanya sesat jalan'
1.45-jalan tamat(jalan mati). terpaksa melalui jalan tanah merah. kereta biasa yg rendah cam myvi tak boleh masuk... kami tunggu pickup...bila pickup datang kami bagi lapeluang org laian yg lebih memerlukan naik... kami tumpang barang dan start jalan kaki perlahan2 sblm pickup tu datang semula amik kami....
4.00-kami sampai kat perkampungan orang asli tu... setelah berjalan kaki dalam satu jam setengah... tak naik pickup pun...
berehat jap tunggu asar, jama' takhir berjamaah....
dalam masa ni la kami diberi taklimat oleh doktor bashir, pakar orthopedic di hospital serdang untuk buat medical checkup kat kampung ni... mampos.... manala ku tau nak buat medical check up pulak.. baru 2nd year.. tapi ku berniat nak tolong orang n belajar... kami cadang nak pecah 2 group, group kat center n group yg g keluar rumah kerumah, kampung ke kampung.. ku terpilih jd orang dalam.... yg pompuan tgh bungkus2 ubat....
5.15-kitorg bersedia menjalan kan tugas... tapi hujan turun lebat... doktor2 yg ada ramai yg nak kluar,sbb kemungkinn x ramai yg dtg centre sbb hujan... nak ikut pun jeep tak muat...
so ddk je la kat balai raya tu.... nampaknya seorang doktor nye senjata(stethescope ku)tak dapat ku gunakan...
lepas tu ku tak tau dah nak buat apa... diorg macam tak bagitau je apa yg boleh kami bantu...
sambil duduk2 menikmati teh o panas, kami terhibur dengan gelagat kanak kanak disana main air. macam tak sejuk.. kami pun nak basuh tangan menggigil.selepas solat maghrib ada kuliah.. tapiramai yg trtidur... kepenatan mungkin
malam tu leps makan kami dah tak ingat apa dah... pikir nak tido je...maklumlah, perjalanan hampir satu hari walaupun bukan nya ku yg bawak kereta...hehehehe...
kami tidur kat balai raya... kami tidur awal sbb esok lebih banyak tugas yg akan menanti...


malam tu ku tak boleh tidur nyenyak mulai pukul 1 setengah.. diarheoa ku menyerang semula... nak pergi tandas gelap gelita, nak kejut kawan tak sampai hati sbb nampak diorg nyenyak tidur keletihan.. namun berbekalkan lampu handphone butterfly ku ku gagahi jua ke arah tandas... ish.... banyak la pulak cerita tandas...hehehe.....

pagi esoknya kami bangun pukul 5.00.. ku terus mandi walaupun air sangat sejuk... 2 sebab... satu ku dari semalam tak mandi... kedua malas nak mandi lambat2... nnti perempuan dah bangun susah pulak.... selepas solat subuh kami bersiap2 menyediakan sarapan.. lepas sarapan terus je bersedia solat sunat hari raya....
khutbah nya dalam bahasa orang kat sana, kami kurang paham, tapi still dapat tangkap apa mesage y gnak dibawa dalam khutbah tu....
lepas solat, ini la masa untuk bergelumang dengan lembu... ramai yg turut serta... rakan2 ku semangat untuk menumbangkan lembu dan melapah.
rupanya sebagai 'medical team' haritu still ada lagi medical checkup.... tapi kami dah tukar profesion... jadi doktor lembu pulak... biarla doktor2 yg bertauliah tu menguruskan.. merreka lebih arif berbanding ku yg baru 2nd year ni...


selepas bekerja, menyembelih, melapah, potong daging timbang n packing, kami menikmati hidangan yg disediakan oleh 'team dapur'... uis.... best tu.... nasi dengan sup tulang... ku menikmati dengan lahapnya...hehehe... harap badan je kurus.... makan kalah orang lain....

dalam pukul 2.30 kami pergi mandi sungai, hujan rintik2, sejuk tapi syok.... cantik air tenpatnya, ada air terjun yg tak la tinggi sangat....

pukul 3.00, kami naik, tukar baju, sembahyang jama', kami mulakan perjalanan dlm pukul3.45.
nak keluar dari tempat ni pun susah jugak sebab jalan sangat lecak kerana hujan.... tapi syukurla, tak la kene jalan kaki lagi... naik van pulak... van dah kosong sbb barabg dah ditinggal kat sana...

pukul 10.00 kami sampai kat kolej kediaman ibnu sina universiti malaya...
tapi kene pulak tolong sahabat menghantar van nya ke bangi....
nak ke bangi tersalah jalan pulak... memang banyak dugaan kalau nak berbakti ni....
tapi ku teringat lirik lagu hijjaz---'sunnah orang berjuang'

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

lepas hantar van kami balik kolej, cari tempat makan tak jumpa2. mungkin hari raya, orang semua sedang beraya....
kat kerinchi ada kedai burger, alhamdulillah, dapat jugak alas perut senentara tunggu sarapan esok....


tu la sikit sebanyak pengalaman yg dapat dikongsikan....
banyak lg sebenarnya nak citer, tpai tak larat la nak taip semua.....
kehidupan orang asli tu memang la lagi susah dari kita... so ku terpikir, betapa susah kita pun ada lagi orang yg lagi susah, so jangan la selalu mengeluh.... berusaha la untuk memperbaiki diri....
tp aku respect satu la dengan diorang, diorang sangat bersatu padu.... semua turun untuk join program ni walaupun dr kampung yg agak jauh, 2 3 batu jauhnya.....


tahniah la kepada HALUAN sbb berjaya anjurkan program yg baik camni... walaubagaimanapun banyak lagi yg boleh diperbaiki pada masa akan datang... yg bagus tu kita kekalkan.....
HALUAN, MENDIDIK & BERBAKTI...

05 December 2008

bermulanya cuti aidil adha

hari ni dah abis kuliah..
kami kat kat UM ni dapat la cuti sabtu ahad dan isnin....
tapi ramai jugak yang dah balik semalam(khamis)...
mentang2 la hari ni bukan kuliah untuk core topic....
cam tak bagus je ponteng n buat cuti sendiri....
kan bagus kita pergi jugak kuliah tu...
mungkin ada yayng bermanfaat yg kita dapat...
bukan kah tanggungjawab pelajar untuk belajar...

tapi disebabkan cuti 3 hari ni tak dapat lah ku balik untuk meraikan raya dirumah...
nnti lepas sembahyang raya nak terkejar2 pulak untuk balik UM...
selasa dah ada wad round..... for medcine...
yg takde tu memang diorang balik selasa la....
tapi takpe la.... ni la namanya perjuangan... kene la hadapi....
ni pun kira bernasib baik sbb kalau cuti panjang sikit boleh la balik....
bila mengenangkan nasibn diri selalu ku berpikir ada orang yg lagi teruk....
contohnya orang luar negara mmg la tak balik....
cam abg aku kat UK...
dah 2 tahun tak beraya kat rumah.......
kita ni susah, ingatlah bahawa ada yg lagi susah...
so jangan la banyak mengeluh... bukankah mengeluh tu tak baik.....

dikesempatan ini ingin ku mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua...
terutamanya rakan rakan seperjuangan ku yg berada diluar negara....
atas ingatan persaudaraan sesama islam.........
hari raya ni jangn la kita sibuk nak enjoy je...
kita ambil la pengajaran dari peristiwa nabi ibrahim n anaknya nabi ismail yg sanggup berkorban semata mata menuanikanperintah ALLAH....
marilah kita muhasabah diri banyak tak yg kita dah korbankan untukNya...
masa, wang, tenaga n lain2.....


selamat hari raya aidil adha.....