01 April 2011

Pressure sore

huhuhuhu..

Kekhayalan aku selama ini terhadap dunia yang banyak menggoda telah menghadkan masa aku untuk menerbitkan apa2 post yang menarik pada blog ni. Ups.. menarik ke post2 aku selama ni, bajet sendiri jer.. padahal kebanyakannya hanyalah post2 sampah jer.. Almaklumlah, aku bukannya seorang blogger tegar. bak kata orang, blogger sambilan jer.. sebulan sekali. sambil mengisi masa lapang.

sekarang ni aku dah masuk final year.. ui.. cepat tul masa berlalu, sedar tak sedar tinggal satu tahun jer lagi untuk aku menghadapi exam final, dan kemudian bergelar seorang doktor yang sejati.. chewah.. bajet lagi. whatever la..

posting aku baru2 ini kat wad2 medicine kat sini memaparkan banyak penyakit yang aku tak berapa expert lagi. uh, jahil lagi ni, camne nak jadi doktor sejati.tapi takpe, masih ada masa walaupun dah suntuk. haritu aku ada pergi buat home nursing, tengok dan tolong pesakit yang immobile, pasang urinary catheter dan sebagainya.
aku dapat tengok banyak pesakit yang tak berupaya bergerak ni mengalami "pressure sore". kat wad geriatrik (wad orang2 tua apatah lagi). apa itu pressure sore?
pressure sore adalah kulit yang mati disebabkan tekanan yang berpanjangan terhadap kawasan tersebut.. hahahha.. sangat pelik lak bunyi nyer bila aku translatekan dalam bahasa melayu. so, lebih baik rasanya ku explain pasal perkara ni dalam bahasa inggeris ataupun rojak2. nanti lain pulak maksudnya. hahaha.

pressure sore usually occur in erdely, immmobile patient.(macam yang aku dah cakap sebelum ni). it's due to skin ischemia from sustained pressure over a bony prominence eg. heel & sacrum. orang biasa tak mendapat pressure sore sebab, they feel the pain for continous pressure, so move the body to avoid the pressure, even in sleep. sebab ni la korang akan perasan bahawa korang takkan pernah tido dan bangun dalam keadaan yang exactly sama. subhanallah. inilah kebesaran yang ALLAH jadikan. dalam kita tak sedar(tidur, tambahan pulak yagn tidur mati), ALLAH sentiasa jaga diri kita. ni baru contoh yang sangat sedikit. kalau kita kaji lagi physiology badan kita, kita akan temukan banyak lagi kekuasaanNya.
perkara ni pun ada disebutkan dalam al-quran dalam surah Al-Kahfi. surah tentang cerita beberapa orang pemuda yang ingin menegakkan iman mereka, lari ke gua untuk mengelakkan diri daripada dipaksa untuk mensyirikkan ALLAH. firman ALLAH dalam surah Al-Kahfi ayat 18 mafhumnya:

"dan engkau mengira mereka itu tidak tidur, padahal mereka tidur, dan kami bolak balikkkan mereka ke kanan dan kekiri, sedang anjing mereka membentangkan kedua lengannya di depan pintu gua. dan jika kamu menyaksikan mereka, tentu kamu akan berpaling melarikan (diri) dari mereka dan pasti kamu akan dipenuhi rasa takut tehadap mereka."

bukan lah niat aku nak membahaskan ayat ini dalam post ini sebab itu bukan bidang aku. masih jahil terhadap bidang agama. tapi apa yang aku dapat lihat, ALLAH membantu menjaga mereka dengan mebolak-balikkan mereka ke kiri dan ke kanan walaupun mereka tidur,(tidur dengan jangkamasa yang sangat panjang). inilah kekuasaan ALLAH. perkara ini diaplikasikan dalam pesakit yang tak dapat bergerak. dalam mengelakkan terjadinya pressure sore terhadap pesakit yang immobile, penjaga mereka harus memusingkan pesakit secara kerap supaya mengelakkan tekanan yang berterusan pada satu2 bahagian.

cukuplah setakat ni jer post aku. nak tau lagi pasal pressure sore, lebih baik korang google je la.. malas aku nak menaip panjang2. jumpa lagi di masa2 akan datang(tu pun kalau ada masa akan datang la, manalah tau, lepas taip post ni, terus sesak nafas dan collapse, sape tahu).

p/s: gambar2 dalam post ini adalah gambar yang diambil hasil daripada google search. so kalau nak lebih banyak gambar lagi, search je la google. ini bukan gambar patient yang aku lihat sendiri.