22 May 2009

Siapa Paling Cantik????

aku rasa kita selalu akan mengalami situasi macam ni.. terutamanya orang orang yang muda remaja dan hormon sedang meningkat matang ni.. kalau aweks cun lalu, semua akan memandang. "cun la aweks ni, kalau jd aweks aku best ni. msti orang lain jeles". "ko tengok tak vidoe love story-taylor swift. cun kan dia". "david archuleta tu hensem la. dah la suara sedap". bila orangyang tak cantik je kita kutuk. "muka macam pecah pintu". macam-macam lagi la situasi yang kita boleh tengok.. sentiasa nak cari yang cantik, yang hensem.

kita selalu macam ni.. sentiasa memandang pada luaran sentiasa. bukankah kecantikan dalaman itu lebih penting daripada yang luaran. setiap kecantikan luaran tu ALLAH memang dah anugerahkan. kadang-kadang kita tak boleh nak ubah. tu la sampai ada yang sanggup semata-mata untuk kecantikan, buat sesuatu yang dimurkai ALLAH. botox la, cukur kening la, macam-macam lagi la..



kat sini aku nak mengingatkan diri aku sendiri bahawa ALLAH tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi ALLAH melihat hati-hati kamu. bukankah dalam badan kita ni ada seketul daging, kalau baik, maka baik lah seluruhnya. kalau buruk, maka burklah seluruhnya, dan ia ialah hati. hati yang baik akan melahirkan tindakan yang baik. tapi tak dinafikan kenyataan yang mengatakan bahawa ALLAH itu jamil(cantik) dan menyukai kecantikan. tapi jangan la kecantikan luaran yang menjadi ssaran utama kita sehingga melupakan kecantikan yang sebenarnya n kerana kecantikan sanggup menempah kemurkaan ALLAH.

dah telanjur citer pasal cantik ni. nak kongsi la sikit.. ni bukan akudah jumpa orang yang cantik yang dah menawan hati aku. hehehehehe... tapi aku nak kongsi satu kisah tazkirah yang telah menawan hati aku dengan kecantikan hatinya.. kisah ni pasal Luqmanulhakim.. jom sama-sama kita renungkan siapa sebenarnya luqman ni sampai ALLAH menceritakan nya dalam Al-Quran sehinggakan satu surah dinamakan semperna nama luqman. ada pendapat yang mengatakan bahawa luqman ni adalah seorang nabi. tapi kebanyakan mufassirin(ahli tafsir) berpendapat bahawa luqman ni adalah seorang hamba ALLAh yang taat kepadaNya. kenapa luqman sangat istimewa sehingga ALLAH menceritakan dalan Al-Quran sedangkan ada 313orang rasul, dah ramai yang tidak diceritakan...

dalam satu riwayat ada mengatakan bahawa luqman adalah seorang hamba yang hitam kulit nya.. suatu hari ada orang datang bertanya kpdnya, luqman adakan engkau seorang yang dulunya hamba.. "ya akulah". kau masih hitam. ya aku lah hamba yang hitam itu. mengapakah kini orang memandangmu mulia, bila engkau datang dihamparkan tikar untukmu, mereka menyuruh mu mengajarkan anak-anak mereka. aku dipandang mulia kerana aku menjaga beberapa perkara. jika kamu menjaga perkara ini, maka kamu juga boleh dipandang mulia:

1.aku menjaga pandanganku dari melihat perkara-perkara maksiat
2.aku menjaga lisanku agar mengatakan perkara yang benar, jauh dari perkara sia-sia
3.aku menjaga makananku, agar sentiasa dalam sumber yang halal
4.aku menjaga kemaluanku dari melakukan perkara yang haram
5.aku berkata-kat dengan jujur
6.aku menepati janji
7.tetamu yang hadir aku muliakan
8.aku mengambil tahu hal jiran-jiranku, keperluan mereka aku sempurnakan
9.aku meninggalkan perkara yang tidak penting

marilah kita renung nasihat luqman ni.. kenapa ALLAH memandang mulia kpdnya. kita nak dipandang mulia tak??? jom sama sama kita ikut nasihat luqman ni..

No comments: