03 January 2010

MUSUH KETAT BAGI TERBAIK ADALAH BAIK

Post aku kali ni bersambungan dengan status aku kat facebook yang bunyinya sama. Cuba kita pikirkan sama2.. MUSUH KETAT BAGI TERBAIK ADALAH BAIK. Mula2 aku dapat frasa ni aku agak pening jugak. apakah maksudnya?? cuba jugak aku fikirkan. Frasa ni aku dapat dari sebuah buku yang aku baca. Takde la aku ni rajin sangat membaca tapi terbaca la satu petikan karangan ni dalam buku bacaan ringan tu.. Cuba kita sama2 fikirkan.. mungkin ada yang dah pening dengan frasa ni sepertimana yang pening di facebook.. hehehe...



Aku mulakan dengan satu cerita.. Aku rasa mesti ada antara kalian yang telah menonton cerita LAW ABIDING CITIZEN. Cerita ni agak menarik. Bagi yang belum tengok biarlah aku ceritakan sedikit sebanyak synopsis cerita ni ye. Cerita ni mengisahkan Clyde Shelton yang ingin membalas dendam kepada seorang peguam yang menguruskan kes pembunuhan anak dan isterinya yang berlaku didepan matanya sendiri. Namun disebabkan undang2, pembunuh itu hanya di kenakan hukuman yang ringan.. selepas sepuluh tahun bermulalah rancangan balas dendamnya. Bagaimana dia merancang segala rancangan nya dengan sangat teliti walaupun dia ada di dalam penjara. Perancangan yang dia buat bukanlah perancangan satu hari tapi perancangan sepuluh tahun.. Sangat teliti sehingga pihak berkuasa pun sukar untuk menyelesaikan masalah ini.. walau bagaimana pun akhirnya pihak berkuasa berjaya juga membongkarkan taktik yang digunakan nya untuk menghuru harakan perundangan negara itu.

Cuba kita ambil pengajaran dari cerita ini.. sangat menarik. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil. salah satunya ialah bila sesuatu perkara itu di lakukan dengan sangat baik, ataupun dengan cara terbaik. dia berjaya menghuru harakan negara itu bila dilakukan dengan cara yang terbaik. tak dinafikan bahawa akhirnya dia berjaya dikalahkan tapi dia tetap berjaya mencapai matlamatnya.. inilah contoh bila BENDA YANG TAK BETUL DIBUAT DENGAN BETUL-BETUL.

cuba kita soroti pula satu lagi dimensi berbeza. Ini tentang kebaikan yang tidak dilakukan dengan cara yang terbaik. Jadi kebaikan itu jadi hambar, jadi gersang dan menjemukan. Bila membuat kebaikan hanya dibuat dengan sambil lewa. Solat sambil lewa, baca Quran sambil lewa, BELAJAR sambil lewa, kerja sambil lewa, ajak orang untuk kebaikan pun dilakukan sambil lewa. Inilah konflik tentang kebaikan. sering dibuat tidak betul2. benda betul taknak dilakukan betul betul. tapi bila benda tak betul sebetul2 nya dia nak betul. seringkali kebaikan gagal dilonjakkan kearah yang terbaik hanya sebab terasa telah melakukan perkara yang baik.

inilah mentaliti manusia yang sangat dangkal, mentaliti... segalanya hanya disebabkan suatu pemikiran..

lebih malang lagi jika manusia merasakan apa yang telah dibuatnya baik,sehingga tiada lagi yang dapat dilakukannya. Terasa diri dah benar2 baik, sempurna sehingga tiada lagi ruang untuk memperbaiki diri.

seharusnya segala yang kita lakukan perlulah perkara yang baik, yang dilakukan dengan cara yagn terbaik untuk mendapatkan result yang terbaik. bukan kah begitu yang seharusnya???

so. pikirlah.. bila buat benda betul tu cubalah kita buat betul2.


mari sama2 kita betulkan benda yang tak betul dan sama2 ajak orang lain tuk sama2 betulkan banda yang tak betul supaya kita boleh melonjak dari pada tak baik kepada baik dan daripada baik kepada terbaik..

p/s: tulisan ni di adaptasi dari sebuah buku. so aku kongsikan kat sini hanya sekadar berkongsi. diri ini juga banyak perkara yagn harus diperbetulkan sebab aku memang orang yang "TAK BETUL"