31 January 2009

SYABAB MUSAFIR KASIH


pada hari khamis lepas, aku pergi mid valley. teman kan kawan2 aku.. g makan n beli barang sikit. kami pergi la ke kedai buku MPH.walaupun duit JPA belum masuk haritu, aku beranikan diri jugak membeli sebuah novel yang memang dah lama rasa nak beli. SYABAB MUSAFIR KASIH. aku terasa nak beli setelah dengar satu slot kuliah Ustaz Zahazan kat IKM.FM yang mengatakan buku ni bagus untuk dibaca. aku nak tau la apa yang dia kata bagus sangat tu... walaupun kawan aku cam taknak bagi aku beli buku tu, dia kata cam tak sedap.' sebenarnya dia nak suruh aku beli buku lain'. hehehehe. yela kan JPA belum masuk. nnti aku beli dia baca je la... hahhahaha... jgn marah...

tapi setelah aku menghabiskan novel ni memang tak diragui novel ni memang bagus dan bermanfaat serta mantap, semantap karya penulis(Fatimah Syarha Mohd Nordin) yang sebelum ni iaitu novel tautan hati.. walaupun sebenarnya aku tak baca lagi novel tautan hati ni.. nak tau camne aku tau, hahaha kawan aku yang bagi tau..


novel ini mengisahkan seorang budak 7 tahun yang bernama syabab. syabab ertinya pemuda. dia seorang anak yatim, tinggal dengan ibunya.kesibukan ibunya mencari rezeki menyara 7 zuriatnya menyebabkan hidup anak2 terbiar. syabab tidak terdidik dengan baik, abang2 n kakak nya lagi teruk, dah jadi buluh.susah nak dibentuk. namun, jiran yang baik selalu membantu syabab, mendidiknya. tapi ketiadaan kak zah yang ke luar negara 6 tahun belajar menyebabkan syabab kembali hilang arah. dari situ kisah syabab berterusan hingga novel habis di page 361.
malas la nak citer panjang2. klu nak tau beli n baca sendiri.. tak suspen la kalo dah cerita semua.


novel ni memang sangat bermanfaat untuk remaja. macam mana kita sebagai "syabab" perlu berjuang untuk menegakkan syiar ALLAH di muka bumi ini. mana taknya, kita tengok la senario masyarakat sekarang. dengan pelbagai gejala yang tak sihat. kalo bukan kita yang tak cuba merubahnya siapa lagi. tapi ada orang yang kata diri sendiri pun tak tertarbiah lagi nak ajar orang.untuk merungkai persoalan ni, kita kene la usahakan apa yang kita mampu disamping meningkat kan sahsiah dan jati diri kita.


seperti biasa untuk memenuhi jiwa remaja yang memang sedang mabuk dilamun cinta, memang ada babak2 romantis dalam novel ni. tapi semuanya dibataskan dengan landasan syara'. ayat yang paling aku suka ialah:

kasihilah orang yang kau kasihi sekadarnya,
mungkin dia akan menjadi orang yang paling engkau benci suatu hari nanti,
bencilah orang yang kau musuhi sekadarnya,
mungkin dia akan menjadi kesayanganmu pula suatu hari nanti.
-hadis riwayat al-trmizi-


novel ni memang sangat bagus n sesuai menjadi bacaan pemuda dan pemudi. dapatkan nya di kedai buku berhampiran. ish.. iklan la pulak.. ni kene mintak komisyen ni.. hehehehe...


dan tidak ada tanggungjawab sedikitpun atas orang2 yang bertaqwa terhadap dosa2 mereka, aka tetapi(kewajipan mereka ialah)mengingatkan agar mereka bertaqwa.
surah al-an'am ayat 69

5 comments:

dalilyD-LA~~ said...

layan novel jgk ye???
huhu!!!
menarik sinopsis tu

insyaAllah akan dptkannya bile balik nnt

penulis novel tu ade blog x???

Azharuddin Ya'acob said...

mesti la layan...
kalo baca novel tak ingat makan
hehehehehe...
blog penulis???
entah la ye...
tak sure la pulak...

Anonymous said...

novel k imah mmg best.=)

Azharuddin Ya'acob said...

akak ko ke tu???
cam sama je binti nyer..
hehehehehe...

Anonymous said...

novel ni mmg best....
saya abis baca kejap jerk...

beli sebab tertarik dgn kulitnya..
belek2 cam bagus

dah baca mmg hebat