19 January 2009

Kuala lumpur,19 januari- hari yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa UM iaitu hari pilihan raya kampus sesi 2008/2009 telah berlangsung. dikolej kediaman keenam, hari mengundi berlangsung dengan aman dan jayanya. mahasiswa daripada kolej kediaman ibnu sina telah menunaikan tanggungjawabnya untuk memilih wakil mahasiswa bagi menggatikan MPP sesi lepas. walaupun minggu berkempen diburukkan dengan pelbagai kejadian yang sangat kontroversi, namun, kerjasama yang penuh telah diberikan kepada pihak pengurusan pilahanraya. antara kejadian yang paling panas berlaku di UM adalah kepala babi yang diletakkan oleh orang yang tidak diketahui di surau APIUM.selain itu ada juga kontroversi tentang surat rasuah, kes solat hajat, tuduhan pro israel, kes pangkor, kereta disimbah cat dan lain-lain.

menurut seorang mahasiswa yang ditemuramah yang tidak ingin namanya disebutkan, dia berpendapat bahawa politik adalah satu bidang yang sangat kotor dan tidak sihat. ini jelas tertera dengan perstiwa provokasi dan kontroversi yang berlaku. "aku tak suka betul la dengan situasi politik kampus ni. nampak hilang perpaduan antara semua mahasiswa. kalau macam ni, bagaimanalah universiti nak maju setanding dengan universiti luar. bertanding la secara sihat. bukan asyik nak kutuk-kutuk orang je" ujar mahasiswa tersebut.

walaubagaimanapun bahawa politik kampus seharusnya tidak boleh diburukkan dengan perjuangan yang berbentuk sentimen parti yang kuat. ini akan memburukkan lagi perpaduan dan persefahaman antara semua mahasiswa. contohnya, dalam pilihanraya, ada mahasiswa yang tidak bertegur sapa walaupun sebelum ini berkawan hanya disebabkan perjuangan mereka berbeza ideologi. bukankah calon-calon bertanding untuk menjadi wakil bagi mahasiswa. jika mereka menyedari bahawa perjuangan ini yang sebenarnya mereka bawa, mereka tidak akan berbalah sesama sendiri. tambahan pula jika MPMUM campuran yang akan dibentuk, bagaimana pula mereka mahu bekerjasama untuk membawa perjuangan mahasiswa jika dariapada awal lagi mereka sudah bertelingkah.

kita lihatlah sendiri siapa yang akan terpilih untuk menjadi MPMUM dan kita lihat lah sendiri apakah yang akan dilakukan oleh semua calon yang terpilih setelah pengiraan undi dibuat. jangan hanya 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja, sewaktu berkempen, bersemangat waja sehingga kawan pun menjadi lawan. bila sudah terpilih, politik jadi dingin sedingin lagu 'dingin' yang dibawakan dengn mantapnya oleh ziana zain di anugerah juara lagu AJL23.diharapkan mereka dapat membawa perjuangan mahasiswa dengan jayanya.

-artikel ini hanyalah tulisan penulis, bukan dipetik dari mana-mana sumber. sama-samalah kita menilainya dengan bijak-



P/s-penulis sangat terkejut bila tengok poster pro-M ada gambar budak sekolah penulis(integarasi mersing). tak sanggka syaukat salim bertanding sebagai calon fakulti bagi sesi ini, dengan gayanya yang seperti itu, berani berjuang untuk dirinya seperti disekolah dulu. penulis yakin jika terpilih, dia boleh memperjuangkan nasib mahasiswa. tapi satu pesanan penulis, kita berjuang untuk mahasiswa bukan untuk diri sendiri, dan tugas ini sangat berat. so berdoalah supaya ALLAH bantu dalam perjuangan kita yang mulia ni(bergantung kepada niat jugak la).

5 comments:

izzahismail said...

i heard um klu musim pilihanraya agak scary eh?

anyway, choose a good leader :)

Azharuddin Ya'acob said...

memang pun..
tahla..
klu dah rasa baru tau scarry camne...

Anonymous said...

salam alayk.
for me,politik bukan ah satu bnda yg kotor.
cume mereka yg tersilap dlm mmpolitikkan politik buat die nmpk kotor.
apepun,smoga medan politik di Malaysia brcambah baik dtunjangi dgn akar Islami.
dis is my 2nd time hit blog nih.
n since i've dropped some comment,i wud like to let u know that i love to read such entry.
truskan mnulis fikrah2 yg mndtgkan manfaat utk sume.

-norhafizah nordin-

Azharuddin Ya'acob said...

tq la for the coment...
ni pandangan beberapa orang yg ditemuramah... hehhehehe...
pandangan tak semestinya betul..

tapi yg aku rasa, politik sekarang ni politik ciptaan barat...
politik tu memang la penting...
tapi klu kita betul2 ikut politik cam zaman rasulullah, nak cari pemimpin, mesti segala-galanya akan tenang...

siapa yg ada maklumat pasal politik zaman rasulullah leh la kongsi sama-sama...

Anonymous said...

wah, azhar dah ade blog...
bagus tu leh salur kn pendapat..
kite kn mahasiswa...
penggerak negara pd masa hadapan..
betul tu ana pun x suka politik..
tp kalo kite dah terlibat...
kite perlu menjernihkannye kembali..
berpolitik tidak salah...
tapi tarekat yg digunakan ade yg x kena...
syabas...
azhar..

sahabat mu,
aremin pharm