15 January 2009

politik oh politik.......

ish...
situasi politik kampus, tension aku memikirkan nya,
macam ni ke sebenarnya sitasi politik yg sedang berlaku,
kalu pilihanraya macam ni ke sebenarnya yang berlaku...
selama ni aku malas nak amik tau pasal politik ni..
tak suka...
tapi sejak PRK sesi baru ni ak cam nak tau sikit...
tapi kesudahan nya aku nampak cam politik ni satu perkara yang tak bagus...
pernah gak ak dengar bahawa politik ni memang satu medan yang kotor...
cam "suci dalam debu"
tapi tak tau la kebenaran nya......
kutuk sana kutuk sini...
kalau kritik tu lain la, kritikan yang boleh membina...
aku sangat atak suka...
tak suka tak suka tak suka....
kadang2 terpikr gak apa sebenarnya pandangan islam tentang politik ni...


bukan la tujuan ku untuk menceritakan segala perjalanan politik kat UM ni. apa tuduhan yang dilemparkan n apa perjalan yg terjadi ak bukan tau sangat...
siapa yg nak tau tu siasat la sendiri...
yg aku tau kita tak leh nak kutuk or cakap pasal orang selagi tak diketahui kesahihannya.
bukan kah kita diajar bahawa setiap khabar tu bersifaat fasik selagi takde bukti seperti dalam surah alhujrat ayat 6.
kita kene pastikan sumber n kesahihannya.
jangan hebahkan semua yg kita dengar sebab takut jadi mengumpat ataupun fitnah...


sebuah hadis sahih riwayat muslim daripada Abu Hurairah Rasulullah ad mengatakan yg mafhumnya: memadailah seorang itu dianggap berdusta bila dia menceridtakan semua yg didengarnya..
dalam haji wida' ada riwayat mengatakan rasulullah mengatakan bahawa menceritakan keaiban orang n kesalahan orang adalah haram seperti haramnya hari ini(hari mengerjakan haji)


minggu lepas, ada kuliah ustaz mohd, kat kolej ni...
ad menceritakan tentang bagaimana kita berhubungan sesama kita (sesama islam).
kita hendaklah menjaga keaiban rakan kita, insyaallah keaiban kita akan Allah tutup. umat islam ni sama2 melengkapkan.
kalau ada yang kurang kita sama2 tampung, bukan mencari salah orang lain.
cam zaman rasulullah, orang yg kaya menyumbang dari segi kewangan. kalau ada yang berjihat, keluarga yg ditinggalkan akan dijaga oleh sahabat yg lain.. ukhuah mereka cam isi ngan kuku, aur ngan tebing. kita semua orang memang banyak keaiban. tapi kita bersyukur kpd Allah kerana Dia tutup keaiban kita. cam syair daripada imam syafie, tutupla keaiban kita dengan banyak memberi, insyaallah keaiban kita akan orang lupakan...


tapi macam mana pulak dengan PRK ni???
adakah betul politik yg berlangsung ni???
bagaimanakah politik yg yg dianjurkan zaman rasulullah???

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

No comments: