15 February 2009

Aku Darah Anak Malaysia

semalam, aku pergi la tengok wayang bersama-sama amar ngan sazali.
kami nak tngok citer GENG:pengembaraan bermula. citer ni memang kami nak tengok sangat2 setelah tengok episode2 upin n ipin. tahun lepas lagi kami dah tunggu.dalam internet kata citer ni akan kluar dalam tahun 2008/2009..
tapi aku sedikit sedihla.. haritu tak dapat tiket wayang yang best. tempat tak best sangat. depan n tepi. tapi pepe pun sbb nak tengok sangat2 aku gagahi jua.

citer ni mengisahkan tentang budak2 dr KL n budak2 kampung tu secara tidak sengaje menjejaki sebuah misteri tentang kehilangan durian di kampung mereka. kehilangan ini sangatlah misteri dan dikatakan disebabkan oleh hantu durian. seterusnya, pengembaraan mereka pun bermula..

citer ni memang sebuah citer animasi 3D malaysia yang mantap.plot cerita disusun dengan baik, ada jalan cerita yang nak disamapikan.
citer ni memang ada macam2 emosi. daripada lawak, suspen, menakutkan,gembira dan juga sedih.. lawak2 nye sangat la menghiburkan dengan aksi2 budak2 upin ipin yang sangat cute..

so citer ni memang patut ditonton oleh semua lapisan masyarakat.. n satu lagi, wayang gsc mid valley tu, tambah la lagi waktu tayangan.. leh la kau tengok skali lagi dengan lebih puas.hehehehehe...dapat tempat best sikit... citer ni membuktikan bahawa kita negara malaysia pun boleh buat sebagaimana negara luar buat. so support la movie negara kita.Kita kene bangga menjadi rakyat malaysia. klu kita tak support camne nak maju industri filem negara. ni blia kau ajak tengok wayang, nak tengok citer owang putih je.. yg seksi2 lagi tu. aku ajak tengok citer melayu katanya rugi la.. taknak.
klu kita tak support movie negara kita, siapa lagi....
aku harap movie ni dapat la seperti apa yang ditargetkan.. katanya nak 10juta eh.. semoga berjaya..
tahniah kepada les copaque dan semua crew pembikinan..

apa apa pun:

pikir masa depan
kitakan GENG

No comments: