26 January 2009

KHEMAH IBADAH manfaat or/and seronok

pada jumaat hingga ahad lepas(23-25 januari) persatuan siswa siswi islam UM telah menganjurkan satu khemah ibadah di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat. Antara tujuan kem ini diadakan ialah untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan pelajar perubatan UM disamping memberi sedikit input yang berguna kepada mereka. Program ini dijalan kan untuk pelajar tahun kedua perubatan.
walau bagaimana pun ramai pelajar yang tidak dapat menyertai kerana diadakan waktu cuti dan ada hal lain.

sebanyak 43 orang peserta telah menyertai kem ini. Sepatutnya kami bertolakdari UM ke Lembah pangsun pada pukul 3 ptg tetapi disebabkan masalah pengangkutan, kami berkumpul di dewan makan kolej kediaman ibnu sina pada pukul 5 ptg. selepas diberi taklimat oleh pengarah program,kami berjalan ke terminal bas um dan bas bertolak kira2 pukul 6 ptg. disebabkan waktu tu orang sedang balik kerja, jalan sangat jam. kami sampai di sana kira2 pukul 8.30 malam selepas berhenti solat maghrib dalam perjalanan.

malam tu, kami menjalankan xtvt solo drop. kami berjalan ke hutan simpan ulu perdik kita2 1km jauhnya dalam kegelapan malam.kami ditinggalkan sorang2 didalam hutan tu kira2 satu jam. duduk termenung tak tau nak wat apa. nasib baik nampak kekunang, cantik. kira2 pukkul 2pg kami dihantar pulang oleh urusetia ke bilik kami.

keesokan harinya, ada kiamullail. tapi disebabkan kepenatan malam tu, ramai yang syahid. tak leh nak bangun. pagi sabtu kami dibawa jungle tracking kat utan simpan ulu perdik. katanya nak dibawa ke air terjun. tapi macam mana tah urusetia bawak kami berpusing2 dalam hutan tu.. patah balik la. ramai jugak yang menyumpah2. ya la kan. sebab dah janji n cerita daripada awal. lepas tu ada ceramah. sebab sesat jungle tracking, kamii balik lambat n ceramah terpaksa di mulakan lambat.

petang nya, ada ceramah jugak. tapi disebabkan polis datang untuk soal siasat, ceramah pun lambat jugak. ni disebabkan ada budak pompuan kehilangan barang berharga n wang tunai yang agak banyak. ceramah petang tu sangat menarik. bercerita tentang pengalaman pensyarah sebagai medical student n doktor yang disampaikan oleh doktor Adli, doktor di PPUM. petang lepas asar kami ada flying fox. macam2 gaya ada. gaya superman, spiderman, yang naik 2 orang pun ada. ada yang kelakar n ada jugak yang menjerit2. nak sangat menjerit, abang tu berhentikan diorang kat tengah2 lama jugak la. dalam 1 minit. menjerit la diorang puas2. hehehehe...
malamnya, ada xtvt war games n sesi muhasabah diri. kali ni awal sikit sebab ajk yang handle. kul 12 mlm dah boleh tido..
besoknya ada kiamulllail. kali ni boleh dikatakan semua orang turun. lepas sarapan ada treasure hunt. lambat jugak abis. ustaz yang nak bagi tazkirah tunggu lama. ada jugak rasa nak marah. orang yang handle program ni macam tak rancang tul2(urusetia kem). abis ceramah, kami buat majlis penutup sikit2, amik gambar n bagi hamper. pukul 2.30 ptg kami balik semula ke UM.

program seperti ini memang menyeronokkan. tentang berfaedah tu terpulang la kepada peserta untuk ambil apa yang bermanfaat. yela kan. setiap program tu mesti ada kekurangan. tapi kita la sepatutnya buang yang keruh dan ambil yang jernih. diharapkan program seperti ini dapat dijalan kan lagi pada masa2 akan datang dengan lebih baik dan segala kekurangan dapat diperbaiki.

"sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepadaNya lah kita kembali"

No comments: