31 January 2009

SYABAB MUSAFIR KASIH


pada hari khamis lepas, aku pergi mid valley. teman kan kawan2 aku.. g makan n beli barang sikit. kami pergi la ke kedai buku MPH.walaupun duit JPA belum masuk haritu, aku beranikan diri jugak membeli sebuah novel yang memang dah lama rasa nak beli. SYABAB MUSAFIR KASIH. aku terasa nak beli setelah dengar satu slot kuliah Ustaz Zahazan kat IKM.FM yang mengatakan buku ni bagus untuk dibaca. aku nak tau la apa yang dia kata bagus sangat tu... walaupun kawan aku cam taknak bagi aku beli buku tu, dia kata cam tak sedap.' sebenarnya dia nak suruh aku beli buku lain'. hehehehe. yela kan JPA belum masuk. nnti aku beli dia baca je la... hahhahaha... jgn marah...

tapi setelah aku menghabiskan novel ni memang tak diragui novel ni memang bagus dan bermanfaat serta mantap, semantap karya penulis(Fatimah Syarha Mohd Nordin) yang sebelum ni iaitu novel tautan hati.. walaupun sebenarnya aku tak baca lagi novel tautan hati ni.. nak tau camne aku tau, hahaha kawan aku yang bagi tau..


novel ini mengisahkan seorang budak 7 tahun yang bernama syabab. syabab ertinya pemuda. dia seorang anak yatim, tinggal dengan ibunya.kesibukan ibunya mencari rezeki menyara 7 zuriatnya menyebabkan hidup anak2 terbiar. syabab tidak terdidik dengan baik, abang2 n kakak nya lagi teruk, dah jadi buluh.susah nak dibentuk. namun, jiran yang baik selalu membantu syabab, mendidiknya. tapi ketiadaan kak zah yang ke luar negara 6 tahun belajar menyebabkan syabab kembali hilang arah. dari situ kisah syabab berterusan hingga novel habis di page 361.
malas la nak citer panjang2. klu nak tau beli n baca sendiri.. tak suspen la kalo dah cerita semua.


novel ni memang sangat bermanfaat untuk remaja. macam mana kita sebagai "syabab" perlu berjuang untuk menegakkan syiar ALLAH di muka bumi ini. mana taknya, kita tengok la senario masyarakat sekarang. dengan pelbagai gejala yang tak sihat. kalo bukan kita yang tak cuba merubahnya siapa lagi. tapi ada orang yang kata diri sendiri pun tak tertarbiah lagi nak ajar orang.untuk merungkai persoalan ni, kita kene la usahakan apa yang kita mampu disamping meningkat kan sahsiah dan jati diri kita.


seperti biasa untuk memenuhi jiwa remaja yang memang sedang mabuk dilamun cinta, memang ada babak2 romantis dalam novel ni. tapi semuanya dibataskan dengan landasan syara'. ayat yang paling aku suka ialah:

kasihilah orang yang kau kasihi sekadarnya,
mungkin dia akan menjadi orang yang paling engkau benci suatu hari nanti,
bencilah orang yang kau musuhi sekadarnya,
mungkin dia akan menjadi kesayanganmu pula suatu hari nanti.
-hadis riwayat al-trmizi-


novel ni memang sangat bagus n sesuai menjadi bacaan pemuda dan pemudi. dapatkan nya di kedai buku berhampiran. ish.. iklan la pulak.. ni kene mintak komisyen ni.. hehehehe...


dan tidak ada tanggungjawab sedikitpun atas orang2 yang bertaqwa terhadap dosa2 mereka, aka tetapi(kewajipan mereka ialah)mengingatkan agar mereka bertaqwa.
surah al-an'am ayat 69

29 January 2009

pengalaman pangkor

setelah beberapa minggu PRK um telah berakhir, ni la baru aku rasa berminat untuk kongsi pengalaman aku kat pangkor..
ni bukan sebab aku takut aku salah or apa... just tak nak menimbulkan kontroversi yang lagi hangat tatkala PRK sedang panas dengan isu2 lain...
yelakan... 'mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia, pikir2 la sndri."


kemini dijalankan selama tiga hari dua malam bertempat di pulau pangkor...
ish.. banyak la pulak yang aku tak ingat, nak citer pun dah lupa...
kami bertolak ke sana dengan menaiki bas UM yang biasa nya susah nak dapat klu pelajar mintak untuk buat xtvt.. yela waktu khemah ibadah tu pun diorang bagi bas yang cam rapid KL tu...
duduk kat tepi jalan mengiring selama sejam.... orang tak mabuk pun leh penig naik bas camtu..
walaupun waktu tunggu bas tu ada lah senario panas, proM buat demonstrasi aman tapi aku teruskan jua perjalanan ini... aku di pilih atas nama kolej, kem jati diri... aku pun niatkan untuk meningkat kan jati diri aku yang memang rendah ni.. lantak la apa orang nak cakap...
lagipun aku dah bawak beg turun kat bas... mals la aku nak angkut balik keatas..


ah.... mals la nak citer pasal ni...
kat sana kitorang diberi ceramah oleh Prof Izudin bin Haji Ali atau nama glamor nya prof Izzi yang terkenal kat hot fm dengan slogan "renung-renungkan dan selamat beramal....
seronok gak la walaupun aku rasa banyak gelak daripada banyak nya isi yang nak disampaikan.
pandangan aku la... ni mungkin sebab aku yang hati gelap susah nak masuk ilmu kut...
tapi pepepun ada la sikit sikit yang aku dapat...

kita dalam hidup ni kene la berusaha n jangan pikirkan sangat pandangan orang lain...
aku rasa ramai yang pernah dengar tentang kisah seorang lelaki dangan anaknya..
bawak unta. anak duduk kat atas unta n bapak tarik... tapi sampai satu kampung orang kata, apa la anak ni, kurang ajar la pulak.. boleh dia duduk senang lenang n bapak dia jalan kaki..
disebabkan tu diorang pun tukar la... bapak pulak duduk kat atas... tapi sampai kampung lain, oran kutuk lagi... apa la bapak ni.. tak bertanggungjawab, dera anak pulak... pastu diorang naik dua dua kat atas unta tu.. kat kampung lain orang kutuk gak... menginaya binatang..
pengajaran dari kisah ni orang memang akan rasa tak puas hati terhadap kita.. perkara ni takkkan pernah putus selagi kita hidup... kalau kita betul2 ikut jalan yang betul, buat benda betul apa kita nak peduli dengan apa orang cakap...
tapi ini tak bermakna kita kene abaikan jea apa orang nak cakap. mungkin itu nasihat yang boleh nak meningkatkan jati diri kita n membetulkan apa yang silap.. kita kan ada akal yang dianugerahkan oleh ALLAH, so kita pikir la dengan waras berpandukan al-quran dan assunnah n sumber2 syariat islam yang lain.

kem ini bolehla dikatakan kem yang 'lepak' sebenarnya sebab xtiviti dia tak pack sangat. tapi satu xtvt yang aku tak suka ialah perang belon... sebab, campur laki pompuan... tak terjaga sikit perhubungan.. aku cuba mengelakkan dari pada bertembung dengan pompuan tapi boleh ke secara curi2 ada satu pompuan ni tendang kaki aku... padan muke dia sakit kaki.. kaki aku keras... hhahahahahaha....

kem ini memang ada manfaat nya tapi boleh diperbaiki lagi masa2 akan datang dengan mengelakkan segala kontroversi yang boleh datang... orang UM paham2 sendiri la apa maksud aku eh.. hehehehehe... uh indahnya ciptaanNya....


"YANG BAIK JADIKAN TAULADAN YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN"

26 January 2009

KHEMAH IBADAH manfaat or/and seronok

pada jumaat hingga ahad lepas(23-25 januari) persatuan siswa siswi islam UM telah menganjurkan satu khemah ibadah di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat. Antara tujuan kem ini diadakan ialah untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan pelajar perubatan UM disamping memberi sedikit input yang berguna kepada mereka. Program ini dijalan kan untuk pelajar tahun kedua perubatan.
walau bagaimana pun ramai pelajar yang tidak dapat menyertai kerana diadakan waktu cuti dan ada hal lain.

sebanyak 43 orang peserta telah menyertai kem ini. Sepatutnya kami bertolakdari UM ke Lembah pangsun pada pukul 3 ptg tetapi disebabkan masalah pengangkutan, kami berkumpul di dewan makan kolej kediaman ibnu sina pada pukul 5 ptg. selepas diberi taklimat oleh pengarah program,kami berjalan ke terminal bas um dan bas bertolak kira2 pukul 6 ptg. disebabkan waktu tu orang sedang balik kerja, jalan sangat jam. kami sampai di sana kira2 pukul 8.30 malam selepas berhenti solat maghrib dalam perjalanan.

malam tu, kami menjalankan xtvt solo drop. kami berjalan ke hutan simpan ulu perdik kita2 1km jauhnya dalam kegelapan malam.kami ditinggalkan sorang2 didalam hutan tu kira2 satu jam. duduk termenung tak tau nak wat apa. nasib baik nampak kekunang, cantik. kira2 pukkul 2pg kami dihantar pulang oleh urusetia ke bilik kami.

keesokan harinya, ada kiamullail. tapi disebabkan kepenatan malam tu, ramai yang syahid. tak leh nak bangun. pagi sabtu kami dibawa jungle tracking kat utan simpan ulu perdik. katanya nak dibawa ke air terjun. tapi macam mana tah urusetia bawak kami berpusing2 dalam hutan tu.. patah balik la. ramai jugak yang menyumpah2. ya la kan. sebab dah janji n cerita daripada awal. lepas tu ada ceramah. sebab sesat jungle tracking, kamii balik lambat n ceramah terpaksa di mulakan lambat.

petang nya, ada ceramah jugak. tapi disebabkan polis datang untuk soal siasat, ceramah pun lambat jugak. ni disebabkan ada budak pompuan kehilangan barang berharga n wang tunai yang agak banyak. ceramah petang tu sangat menarik. bercerita tentang pengalaman pensyarah sebagai medical student n doktor yang disampaikan oleh doktor Adli, doktor di PPUM. petang lepas asar kami ada flying fox. macam2 gaya ada. gaya superman, spiderman, yang naik 2 orang pun ada. ada yang kelakar n ada jugak yang menjerit2. nak sangat menjerit, abang tu berhentikan diorang kat tengah2 lama jugak la. dalam 1 minit. menjerit la diorang puas2. hehehehe...
malamnya, ada xtvt war games n sesi muhasabah diri. kali ni awal sikit sebab ajk yang handle. kul 12 mlm dah boleh tido..
besoknya ada kiamulllail. kali ni boleh dikatakan semua orang turun. lepas sarapan ada treasure hunt. lambat jugak abis. ustaz yang nak bagi tazkirah tunggu lama. ada jugak rasa nak marah. orang yang handle program ni macam tak rancang tul2(urusetia kem). abis ceramah, kami buat majlis penutup sikit2, amik gambar n bagi hamper. pukul 2.30 ptg kami balik semula ke UM.

program seperti ini memang menyeronokkan. tentang berfaedah tu terpulang la kepada peserta untuk ambil apa yang bermanfaat. yela kan. setiap program tu mesti ada kekurangan. tapi kita la sepatutnya buang yang keruh dan ambil yang jernih. diharapkan program seperti ini dapat dijalan kan lagi pada masa2 akan datang dengan lebih baik dan segala kekurangan dapat diperbaiki.

"sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepadaNya lah kita kembali"

19 January 2009

Kuala lumpur,19 januari- hari yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa UM iaitu hari pilihan raya kampus sesi 2008/2009 telah berlangsung. dikolej kediaman keenam, hari mengundi berlangsung dengan aman dan jayanya. mahasiswa daripada kolej kediaman ibnu sina telah menunaikan tanggungjawabnya untuk memilih wakil mahasiswa bagi menggatikan MPP sesi lepas. walaupun minggu berkempen diburukkan dengan pelbagai kejadian yang sangat kontroversi, namun, kerjasama yang penuh telah diberikan kepada pihak pengurusan pilahanraya. antara kejadian yang paling panas berlaku di UM adalah kepala babi yang diletakkan oleh orang yang tidak diketahui di surau APIUM.selain itu ada juga kontroversi tentang surat rasuah, kes solat hajat, tuduhan pro israel, kes pangkor, kereta disimbah cat dan lain-lain.

menurut seorang mahasiswa yang ditemuramah yang tidak ingin namanya disebutkan, dia berpendapat bahawa politik adalah satu bidang yang sangat kotor dan tidak sihat. ini jelas tertera dengan perstiwa provokasi dan kontroversi yang berlaku. "aku tak suka betul la dengan situasi politik kampus ni. nampak hilang perpaduan antara semua mahasiswa. kalau macam ni, bagaimanalah universiti nak maju setanding dengan universiti luar. bertanding la secara sihat. bukan asyik nak kutuk-kutuk orang je" ujar mahasiswa tersebut.

walaubagaimanapun bahawa politik kampus seharusnya tidak boleh diburukkan dengan perjuangan yang berbentuk sentimen parti yang kuat. ini akan memburukkan lagi perpaduan dan persefahaman antara semua mahasiswa. contohnya, dalam pilihanraya, ada mahasiswa yang tidak bertegur sapa walaupun sebelum ini berkawan hanya disebabkan perjuangan mereka berbeza ideologi. bukankah calon-calon bertanding untuk menjadi wakil bagi mahasiswa. jika mereka menyedari bahawa perjuangan ini yang sebenarnya mereka bawa, mereka tidak akan berbalah sesama sendiri. tambahan pula jika MPMUM campuran yang akan dibentuk, bagaimana pula mereka mahu bekerjasama untuk membawa perjuangan mahasiswa jika dariapada awal lagi mereka sudah bertelingkah.

kita lihatlah sendiri siapa yang akan terpilih untuk menjadi MPMUM dan kita lihat lah sendiri apakah yang akan dilakukan oleh semua calon yang terpilih setelah pengiraan undi dibuat. jangan hanya 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja, sewaktu berkempen, bersemangat waja sehingga kawan pun menjadi lawan. bila sudah terpilih, politik jadi dingin sedingin lagu 'dingin' yang dibawakan dengn mantapnya oleh ziana zain di anugerah juara lagu AJL23.diharapkan mereka dapat membawa perjuangan mahasiswa dengan jayanya.

-artikel ini hanyalah tulisan penulis, bukan dipetik dari mana-mana sumber. sama-samalah kita menilainya dengan bijak-



P/s-penulis sangat terkejut bila tengok poster pro-M ada gambar budak sekolah penulis(integarasi mersing). tak sanggka syaukat salim bertanding sebagai calon fakulti bagi sesi ini, dengan gayanya yang seperti itu, berani berjuang untuk dirinya seperti disekolah dulu. penulis yakin jika terpilih, dia boleh memperjuangkan nasib mahasiswa. tapi satu pesanan penulis, kita berjuang untuk mahasiswa bukan untuk diri sendiri, dan tugas ini sangat berat. so berdoalah supaya ALLAH bantu dalam perjuangan kita yang mulia ni(bergantung kepada niat jugak la).

kempen kesedaran palestine bersama COMPLETE

semalam(ahad, 18 hb) aku ngan beberapa kawan2 aku join la kempen palestine anjuran COMPLETE.



kami join atas kerjasama COMPLETE dan PSIPUM.



pukul 9.45 pagi, kami bertolak dari kolej ke terminal bas UM. setelah semua ahli yang ingin turut serta datang kami bertolak ke Bangsr Sport Centre, of course la kat bangsar kan. kat ne lagi. kat sana selepas kami mendaftar kami masuk ke dewan. ada la sikit sikit talk pasal palestine ni kat sana. disebabkan tak boleh duduk(sbb penuh), penat berdiri n lapar pulak tu, kami pun keluar la makan2 kat luar. waktu kami keluar tu kereta Tun Dr. Mahathir datang.. yg mana bawak kamera tu sibuk la nk ambil gambar. macama wartawan tv9 yg datang buat liputan pulak. kemudia lepas Tun bagi talk, ada persembahan sikit2 oleh kanak kanak yg dari mana tak sure. shiela majid pun ada datang jugak....


masuk berita harian tu program ni... klu tak caya tengokla berita harian online harini(19januari) bahagian nasional.


yang sedih sebenarnya tak paham sangat la talk yang diadakan. yela mana taknya. My english is not good enough. tapi takpe la. kita amik la apa yg baik. belajar sikit2.



dalam pukul1 lebih kami di berikan phamplet untuk diedarkan kat tempat yg kami dah ditugaskan. budak2 UM kena edar kan kat PWTC.


ni la pengalaman. camne nak hilangkan rasa malu untuk edarkan phamplet tu. kat pwtc ada universiti fair waktu tu.. kempen jom masuk U. setelah edar kan phamplet tu kat PWTC, The Mall, stesyen Putra dan KTM, kami balik dalam pukul 3.00 petang.


waktu jalan2 edar phamplet tu jumpa la mohd fauzi(budak kat sekolah dulu suka panggil dia Payat). budak kelas najah tu.. dia kata dia kat UTM KL. kami tukar2 no phone la. walaupun lama tak jumpa, gaya dia memang tak berubah. sama cam dulu lagi... hehehehhe.... =)..

teringat pulak zaman sekolah2 dulu..




bergambar kat terminal bas UM sebelum bertolak

banyak wartawan yang hadir membuat liputan

kehadiran tun Dr Mahathir Mohammad

kanak-kanak yang membuat gimik persembahan menggambarkan kesengsaraan rakyat Palestine

berkumpul dihadapan PWTC sebelum mengedarkan phamplet



mengedarkan phamplet kat The Mall

15 January 2009

YANG ABADI

YANG ABADI
Album : Jalan Yang Satu
Munsyid : Diwani

Sudah menjadi lumrah yang bernama manusia
Tiada terlepas dari alpa dan dosa
Nafsu yang menghalang syaitan menipu daya
Hingga terleka dengan dunia

Ayuh segera sedari Tuhan yang Maha Suci
Penerima taubat dengan sesal di hati
Tegh keazaman takkan berulang lagi
Ikhlas amalan tekun berbudi pada Ilahi

Kita hamba yang lemah dengan arus dunia
Perlukan bantuan Penciptanya
Dengan iman dan taqwa pada Tuhan yang Esa
Syarat pembelaan di dunia

Tiada yang abadi hidup di dunia ini
Di sana yang menanti kehidupan hakiki
Ambillah peringatan mulakan perubahan
Kembali teman kepada Tuhan

Lambaian kasih sayang dari kami semua
Tanda keimanan kasih sesama manusia
Mendapat rahmat-Nya hidup yang sementara
Akhirat sana kekal bahagia buat selamanya

Lagu : Kamal Halim (AKSB)
Lirik : Kamal Halim (AKSB)

politik oh politik.......

ish...
situasi politik kampus, tension aku memikirkan nya,
macam ni ke sebenarnya sitasi politik yg sedang berlaku,
kalu pilihanraya macam ni ke sebenarnya yang berlaku...
selama ni aku malas nak amik tau pasal politik ni..
tak suka...
tapi sejak PRK sesi baru ni ak cam nak tau sikit...
tapi kesudahan nya aku nampak cam politik ni satu perkara yang tak bagus...
pernah gak ak dengar bahawa politik ni memang satu medan yang kotor...
cam "suci dalam debu"
tapi tak tau la kebenaran nya......
kutuk sana kutuk sini...
kalau kritik tu lain la, kritikan yang boleh membina...
aku sangat atak suka...
tak suka tak suka tak suka....
kadang2 terpikr gak apa sebenarnya pandangan islam tentang politik ni...


bukan la tujuan ku untuk menceritakan segala perjalanan politik kat UM ni. apa tuduhan yang dilemparkan n apa perjalan yg terjadi ak bukan tau sangat...
siapa yg nak tau tu siasat la sendiri...
yg aku tau kita tak leh nak kutuk or cakap pasal orang selagi tak diketahui kesahihannya.
bukan kah kita diajar bahawa setiap khabar tu bersifaat fasik selagi takde bukti seperti dalam surah alhujrat ayat 6.
kita kene pastikan sumber n kesahihannya.
jangan hebahkan semua yg kita dengar sebab takut jadi mengumpat ataupun fitnah...


sebuah hadis sahih riwayat muslim daripada Abu Hurairah Rasulullah ad mengatakan yg mafhumnya: memadailah seorang itu dianggap berdusta bila dia menceridtakan semua yg didengarnya..
dalam haji wida' ada riwayat mengatakan rasulullah mengatakan bahawa menceritakan keaiban orang n kesalahan orang adalah haram seperti haramnya hari ini(hari mengerjakan haji)


minggu lepas, ada kuliah ustaz mohd, kat kolej ni...
ad menceritakan tentang bagaimana kita berhubungan sesama kita (sesama islam).
kita hendaklah menjaga keaiban rakan kita, insyaallah keaiban kita akan Allah tutup. umat islam ni sama2 melengkapkan.
kalau ada yang kurang kita sama2 tampung, bukan mencari salah orang lain.
cam zaman rasulullah, orang yg kaya menyumbang dari segi kewangan. kalau ada yang berjihat, keluarga yg ditinggalkan akan dijaga oleh sahabat yg lain.. ukhuah mereka cam isi ngan kuku, aur ngan tebing. kita semua orang memang banyak keaiban. tapi kita bersyukur kpd Allah kerana Dia tutup keaiban kita. cam syair daripada imam syafie, tutupla keaiban kita dengan banyak memberi, insyaallah keaiban kita akan orang lupakan...


tapi macam mana pulak dengan PRK ni???
adakah betul politik yg berlangsung ni???
bagaimanakah politik yg yg dianjurkan zaman rasulullah???

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

14 January 2009

PRK di UM kini detiknya

hari ini bermulanya penamaan calon untuk Pilihan Raya Kampus sesi baru..
akan bermulanya sesi pmerintahan dan kepimpinan yang baru yang akan di pilih oleh mahasiswa UM sendiri....
nampaknya seperti yang lepas lepas pertamdingan merebut kerusi 'parlimen' Majlis Perwakilan Mahasiswa dijangaka akan hangat...
tapi janganla kita jadikan pertandingan merebut kerusi MPM ini sebagai sebab kita bermusuhan terutamanya sesama islam... bukan kah kita bersaudara...
jadikan la sesi pilihanraya kampus ini berjalan dengan politik yang sihat... jauh daripada kutuk mengutuk, dengki mendengki.... takkan semata2 iuntuk satu jawatan kita nak berbalah...


pencalonan daripada pihak ProMahasiswa dan PenggerakMahasiswa(aspirasi)
siapakah yang akan memegang tampuk Perwakilam Pelajar sesi ini???
kita nantikan selepas hari pilihan raya isnin ini....
diharap semua mahasiswa akan dapat turun untuk memilih masa depan kampus kita khususnya Fakulti Perubatan.....

UM is One....

13 January 2009

SEDAPnya, dah abis dah

SEDAP, tapi dah abis..
20-21 disember 2008, dengan bangganya PSIPUM telah mengadakan Seminar Dunia Perubatan 2008(SEDAP2008)..
program ni brtujuan untuk beri pendedahan kepada budak2 matriks untuk tentang dunia perubatan terutamanya kursus yang ditawarkan di UM...
sebanyak 3 buah matriks yang telah menyertai, KMNs, KMM, dan KMPk. ditambah pula dengan beberapa orang budak Pasum...
lebih kurang 100 orang la yang menyertai.. walaupun kolej matrikulasi yang menyertai kurang dr yang dijangka, tapi SEDAP still sedap....
budak2 ni dibawa melawat kawasan UM, contohnya muzium pathologi, anatomy resource center, dan perpustakaan TJ Danaraj..
selain tu ada juga penerangan kursus yang ada di fakulti perubatan UM oleh ketua2 kursus atau wakilnya...
ada juga forum yang berkisarkan dunia perubatan masa kini...
bagus forum ni.. ahli panelnya mengaitkan dunia perubatan dengan islam, sebab islam tu kan 'the way of life'
semoga usaha yang baik seperti ini akan sentiasa diteruskan dan mendapat berkat dan rahmat dr ALLAH...





menyambut pelajar natrikulasi yang baru datang

pendaftaran pelajar di Dewan Jemerlang

pelajar khusyuk mendengar taklimat yang diberikan

lawatan di Anatomy Resource Centre
aktiviti LDK yang dijalankan

aktivity sukaneka, cari kunci n mangga dalam tepung, pastu padankan

penyampaian hadiah pada majlis penutup