dh dua minggu hujung minggu aku di isi dengan program kempen kesihatan...
minggu lepas program kempen kesedaran kesihatan anjuran kolej kediaman ibnu sina kat kerinchi n minggu ni pulak program kat kampung Damai Kuang selangor....
program lepas aku mals nak post trus... save dulu, citer sekali je.. senang kerja... aku pun bukan rajin sangat nak menaip banyak2 ni...
1.KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN( JOM SIHAT09), KERINCHI, 21FEB09
Program sehari ni diadakan dari pagi sampai malam. pagi diadakan seman aerobik n poco2. kemudian ada larian sihat yg disertai oleh penduduk kampung n pelajar. pada pukul 1030, perasmian program dijalankan dengan jayanya walapun terdapat sedikit masalah semasa perancangan program. semasa perasmian ni, dr faiz, calon angkasawan negara dtg memeriahkan. kemudian terdapat lagi beberapa xtvt lain. petang, penduduk terutamanya kanak2 dihiburkan dengan kehadiran badut. terdapat juga program yang dijalan kan sepanjang hari antaranya ialah medical checkup, dental checkup, karnival games, blood donation, pap smear n breast examination, booth pameran n lain2. pda malam nya pulak, terdapat forum yg berlangsung....

2.PROGRAM KHIDMAD SISWA, KG DAMAI, KUANG, 28FEB-1MAR09
program ni baru je la kiranya... lagi fresh.. banyak la sikit yg boleh aku citer.. tak mcm yg satu lagi tu.. dah la seminggu dah lepas, pastu aku pulak jaga medical checkup je dari pagi smpi petang. so nak citer banyak pun aku tak reti ala sangat...
program kuang ni dijalakan selama 1 hari setengah. kitorg bertolak dari UM pada hari sabtu dalam pukul 8 lebih.. yela... tunggu budak2 siap, kumpul2... samapi di kampung damai, kami di sambut dengan paluan kompang oleh pasukn kompang yg terdiri dr kanak2.. pandai diorg main kompang.. aku pun tak reti... hehehehe... kemudian seleps sarapan n penbahagian keluarga angkat, kami memulakan medical checkup yg terdiri dr 2 team.. statik team yg berpusat di dewan JKKK kg damai dan mobile team yg bergarak dari satu umah ke umah yg lain.. tuk org2 yg tak leh datang dewan kan... dalam pukul 12.30 habis medical checkup, kami pulang ke umah keluarga angkat... besiap2 untuk program petang. pukul 2, kalmi berkumpul kat dewan. ada program dengan budak2 sekolah. waktu ni ada xtvt berkumpulan demonstrasi menggosok gigi yg betu n lain2...

hari kedua, ahad, program bermula pukul 9. ada rewang tempat aku cakap. mcm gotong-royong nak memasak mknn la... tengahhari, ada sikit majlis penutup, penyampaian hadiah,n jamuan, program pun berakhir.setelah berkemas2, kami pulang ke UM n sampai dalam pukul 5 lebih....
mama angkat aku sangat baik. Hjh azizah namanya. dia ni dulunya seorg nurse. skrg dia bukak rumah orang2 tua. aku dgn kwn aku yg dapt mama angkt yg sama melawat la kat umah orang2 tua tu... ada 29 penghuni yg ddk kat umah tu... tapi ada lagi tempat kosong.. korg nak tempah leh la... hehehehe.... tempat yg kosong tu sbnrnya untuk sesiapa yg dihantar kesana secara sementara.. mcm anak yg jaga mak dia, n bila dia nak g haji, mak dia dia tinggal la sementara kat situ... bukan la semua yg tingglkn mak n bapak diorg kat situ tu tak bertanggungjawab....

kat situ, kami berbual la dengan atuk Abbas ni.. umur dia dah 92 katanya... tapi still kuat lagii.. aku pun kadang2 tak sekuat tu.. dia gembira la kitorg dtg melawat dia.. yela, org tua ni buakn dia nak sangt apa2. kita dtg melawat dia pun dia dah gembira..mcm2 pengalaman dia yg dia kongsi.. dia bg nasihat jugak la tuk kitorg.. atuk tu terrer tu... speaking english lagi... aku pun tak semampu tu... heheheh...

tp aku paling ingt kata2 dia tntg hidup ni... perumpamaan yg dia bawak hidup ni macam buah kelapa.. kita tak dapat tentukan.. kdang2 buah yg muda gugur, kadang2 putuk pun leh gugur. buah yg tua pun gugur... tp kdg2 yg tua pun tak gugur2.. leh difahami jugak la perumpamaan ni... kita hidup ni kita tak tau bila kita akan mati.... ada yg meninggl dunia waktu bayi, budak2, remaja n dah tua.. setiap manusia dh dijanjikan dah masa kita mati.. mati tu datang takde kesan, takde amaran n takde tangguhan... agak2 nya la, kita ni dalam bahagian mana??? sape2 pun tak dapat teka waktu yg sebenarnya.. mungin hari ni, mungkin esok, bulan depan, tahu depan???? tp waktu sbnrnya tk penting.. yg lg penting ialah bagai mana persiapan kita kalau maut tu datang menjemput secara tiba2. adakah kita bersedia???? kalau dibagi masa beratus2 tahun pun klu kita tak manfaatkn tak guna gak kan.. pikir2 kan la n kita usahala membawa bekal untuk akhirat kita. sebaik2 bekalan ialah taqwa...
Hasan basri ditanya :"Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?" Jawab beliau :"Aku tahu rezekiku tak akan diambil orang lain, oleh itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tak akan dikerjakan orang lain, oleh itu aku sibuk kerjakannya. Aku tahu Allah s.w.t selalu memerhatiku, oleh itu aku malu jika Allah s.w.t melihatku sedang dalam maksiat. Aku tahu mati itu sudah menungguku, oleh itu aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan-Nya..."
No comments:
Post a Comment