10 March 2009

rindu ku terubat jua

dah lama aku tak balik umah.. so dikesempatan cuti maulidurrasul ni aku balik la umah skjp.. yela... manusia seperti aku yg tercampak dlm kancah peperangan yg sangat hebat dlm bidang perubatan ni, cuti 3 hari pun sangat bermakna.. nasib baik ada gak cuti... syukurla...

dalam tempoh cuti ni dah lama aku tak mengeksporasi internet ni.. almaklumlah.. rumah aku mana la ada internet.. klu ddk kat klj je la aku boleh nak update sikit2 blog aku ni dengan celoteh aku yang kurang bermanfaat ni.. hehehehehe.... sorry la.. takde ilmu terbaru la nak dikongsikan... kesempatan yg ada ni sempt gak la aku bukak blog saudara2 ku.. banyak informasi yg telah di 'post' kan... bagus... teruskan usaha anda....

cuti ni takla banyak sangat perkara yg dapat aku buat.. yela... 3 hari... pe je dapat dibuat... terutamanya bagi aku yg mmg tak pandai sangat menggunakan masa dengan sesuai... setiap org diberikan masa yg sama... aku dpt 24 jam sehari, org lain pun sama gak... cuba kita tengok macam mana orang yg sibuk boleh berjaya.. kunci nya ialah macam mana menjaga masa tu... ibarat peribahasa arab:
"masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu"

cuba kita amik contoh umat dizaman nabi, bagaimana mereka menjaga masa mereka... mereka sentiasa memenuhi masa mereka... waktu siang dipenuhi dengan pekerjaan.. d
an malam dipenuhi dengan pengabdian diri kpd ALLAH.. segala perkara yg mereka lakukan disandarkan kpd ALLAH... dalam sebuah hadis yg sangat popular, yg mafhumnya:
"sesungguhnya amalan dimulakan dengan niat.sesungguhnya sesuatu itu berdasarkan dengan apa yg diniatkan.sesiapa yg berhijrah kerana ALLAH dan rasulnya, maka hijrahnya adalah untuk ALLAH dan rasulnya. dan sesiapa yg berhijrah kerana dunia atau wanita yg ingin dikahwininya maka hijrahnya adalah kpd apa yg diniatkan nya"
jika kita betul2 menghayati hadis ini maka setiap yg kita lakukan akan bermanfaat dan baik.. kita tidak akan mensia2kan masa yg diberikan kpd kita kerana masa yg diberikan semakin hari semakin berkurang, bukan semakin bertambah. org yg menghayati islam yg sebenar akan berkerja seperti akan hidup seribu tahun lagi. beribadah seperti akan mati esok hari... mereka akan berusaha bersungguh2 kerana mereka sedar bahawa ALLAH sentiasa melihat mereka...
seperti dalam hadis tentang islam, iman dan ihsan.apabila nabi muhammad SAW
ditanya oleh malaikat jibril yg menjelma menyerupai manusia tentang ihsan, nabi menjawab bahawa ihsan itu ialah kamu beramal seperti kamu melihat ALLAH, jika kamu tidak mlihat ALLAh, sesungguhnya ALLAH melihat kamu. klu kita pegang betul2 hadis ni yg menjadi dalil teras terhadap islam maka masalah kenapa masayarakat islam sekarang mundur akan dapat diatasi..

berbalik kepada cerita cuti aku, aku cuti ni menolong mak dan abah ku berniaga. sesungguhnya 9/10 dr sumber rezeki tu daripada peniagaan. rasulullah pun menjalankan perniagaan. kami menjual air tebu.. mak ngan abah aku tanam air tebu... klu nak minum air tebu jemput la datang umah aku.. tapi kami secara kecil2an je.. nak tambahkan input kewangan.. maklumlah sekarang kan zaman kemelesetan ekonomi.. hehehehehe..... walaupun penat aku rasa sangat best n seronok sbb dapat tolong makabah aku... mcm ni la betapa susahnya makayah mencari sesuap rezeki untuk membesarkan kita. jasa mu takkan ku lupakan...

"jangan la kamu berkata kpd mereka ah, dan jangan la menderhakai mereka dan katakan la kpd mereka perkataan yg baik"

4 comments:

Anonymous said...

Salam.
Keluarga kau ada buka gerai air tebu?! Bestnyer! Aku paling suka air tebu & air kelapa. InshaALLAH bila ada rezeki g mersing, singgah rumah kau.

Sabda Rasulullah bhw 9/10 rezeki adalah dari perniagaan sgt tepat. Mak ayah angkat aku kat Kuang,dulu buka kedai runcit. Mereka kata untung bersih bulanan lebih dari gaji doktor biasa. Mereka kumpul duit, beli tanah,buat rumah sewa kira2 56 pintu then jual kedai runcit tu. Skrg mereka hidup senang & dpt bantu penduduk kampung. (Rumah keluarga angkat aku besar sgttt & banyak tanah lapang. Nak buat kenduri pun senang)

'Usaha & sabar tangga kejayaan!'
p/s: Bila nak tulis pasal Maulidur Rasul? Bleh aku baca & komen

Azharuddin Ya'acob said...

nantikan la...
tu pun klu aku rajin n ada bende yg aku nak coretkan...
klu tak harapan la....

syanabel said...

salam,
wah tanam air tebu...
seronoknyer...bolehlah ko sponsor air tebu time Alumni or reunion nanti ek..hehehe

ai..kerdilnya rase diri ini di saat membaca coretan kau ini..hmmm...tahniah~

Tinta Tuah Pengembara said...

salam sahabat ....masih maengenali diriku????
orang kampung mu jau....huhu
dah lama tak dengar cerita....