19 July 2010

TENGOK LA BAWAH

semalam aku dan semua sahabat batch yang sama telah berpindah daripada kampus perubatan cawangan Klang balik semua ke UM. memang satu hari yang memenatkan.. mengangkut barang, mengemas.. packing dan unpacking bila dah sampai kat UM.. letih.. memang memenatkan.. tambahan pulak bagi orang2 yang tak mempunyai kenderaan sendiri ni.. menumpang je.. nasib baik la ada sahabat yang baik hati sanggup ambil aku daripada Klang tu.. siap tolong angkat kan barang lagi...

bila sampai je kat UM, aku rasa sangat gembira dan seronok.. tak tahu la kenapa.. mungkin sebab terasa keadaan kat UM ni lebih kondusif untuk kehidupan seharian aku.. lebih banyak aktiviti yang boleh aku lakukan. dulu kat Klang macam-macam perkara yang rasa tak best. internet lembab la.. habuk berleluasa la, tahi gagak la, makanan dewan makan yang tak sedap la.. macam-macam. tapi bila balik semula ke UM segala prkara tu telah berakhir. tambahan pula bila dah sampai UM ni aku boleh mengisi masa petang ku dengan sukan. bukan macam kat Klang. terasa petang sangat membosankan.

macam tu la hidup manusia. memang selalu nakkan keseronokan jer. nakkan perkara-perkara yang best-best je. tapi sebenarnya kita akan lebih menghargai sesuatu perkara tu bila kita telah merasai atau memikirkan perkara yang kurang best daripada perkara itu.. cuba bayangkan kalau segala yang aku alami kat Klang tu adalah yang best-best belaka.. bila balik semula kat UM mesti aku akan megeluh dah rasa tak besyukur dengan apa yang aku dapat. contoh paling best adalah kat Klang locker adalah sangat besar. tapi bila kat UM ni locker kecil. pening juga nak fikir macam mana nak susun barang-barang..

sebab tu la apa yang di ajar oleh islam agar kita melihat orang yang lebih bawah daripada kita supaya kita bersyukur dan redha dengan pemberian ALLAH.. kalau kita asyik tengok orang yang diatas je, kita takkan bersyukur dengan apa yang kita dapat sekarang. asyik rasa tak cukup. padahal kalau kita nak kira nikmat yang ALLAH beri selama ini, memang tak terhitung, apatah lagi kalau nak di bandingkan dengan kesyukuran yang kita panjatkan kepadanya.. so redhalah dengan segala nikmat dan anugerah ALLAH, juga redha dengan ujianNya..

redha ALLAH kepada kita dan redha kita dengan pemberianNya akan membuat hidup kita tenang. (patutlah hidup aku tak pernah tenang selama duduk kat Klang)..

3 comments:

Anonymous said...

salam,,,biasalh lumrah mnusia...tiada yg slalu sempurna d mata mnusia...ada je yg xckup...wireless kat um ni pun bkannya cepat pun...smakin rmai yg mggunaknnya smakin lambat jdinya..slow jga...apapun gud luck dah smakin ke hdapan..."sweet time comes after hard time...may your hard work will be paid off..."

Azharuddin Ya'acob said...

sape kata tak laju...
agak laju jugak la kalau nak di bandingkan dengan kat Klang. memang laju.. tengok, nak update blog pun senang je...

Anonymous said...

salam,,,oh ya ka...bgus222222!!!klau bgitu hri-hri kena update la...x bleh miss la...wlaupun sehari...hahaha...