12 July 2010

BALIK KAMPUNG

argh... baru sampai bilik selepas berjam-jam dalam perjalanan daripada mersing ke Klang.. bukan daripada Mersing ke Manchester macam cerita RTM tu eh.. citer apa tah.. takde pun scene yang aku tengok tu yang dilakonkan di Mersing.. orang bukan mersing boleh la tipu.. anak jati Mersing ni takkan dapat di tupu nyer.. hehehe..

apa aku nak tulis ni.. semalam tengah ada idea tiba-tiba pulak internet putus dan laptop mati.. mematahkan mood aku untuk update blog ni je.. cerita pasal balik kampung kali ni, selalunya aku akan plan betul-betul sebelum balik.. beli tiket siap-siap dulu sebelum mengemas beg.. tapi kali ni aku main redah je. mungkin ada orang yang kata aku ni jarang sangat nak balik kampung, tak ingat rumah.. tapi kalau semua perkara perlu di pertimbangkan sewajarnya.. kewangan, masa dan segala-galanya.. almaklumlah, nak balik ke merisng tu lama jugak masa yang diambil.. dalam bas je dah 6jam.. tu belum termasuk masa perjalanan nak ke stesyen bas..

tapi kali ni aku tanpa plan terus je balik.. tiket tak beli dan berharap semoga aku dapat balik. tapi disebabkan perjalanan yang tidak dirancang, banyak pula dugaan nya.. sebab tu la kita di nasihatkan agar membuat perancangan teliti sebelum melakukan perkara.. sebab kebaikan yang tak terancang akan dikalahkan oleh kejahatan yang dirancang.. bertolak dari kolej pukul3 dan sampai di bukit jalil pukul 5.30, aku terus bergegas ke kaunter tiket. alamak, tiket abis pulak.. kalau ada pun pukul 11 malam.. giler apa nak tunggu kat sini 5 jam.. apa aku nak buat.. lepas tu aku cuba tanya driver bas kalau ada kosong... ye la.. mana la tau ada kosong bas pukul 6, tak payah la aku nak tunggu bejam-jam..

pakcik bas tu kata bas takde kosong melainkan ada orang yang tak datang untuk tiket diorang.. setelah menunggu sampai pukul 6 ada beberapa seat yang kosong.. aku pun naik la.. waktu ni la macam-macam imaginasi aku keluar.. berdoa agar takde orang yang naik pada waktu-waktu terakhir ni.. aku berfikir kalaulah ada orang naik waktu ni, tak dapat la aku balik.. lagi teruk kalau bas dah jalan tiba-tiba je ada kereta kejar bas sebab mereka tertinggal bas.. takkan aku kene turun kat tengah2 jalan ni kut.. macammana.. astagfirullah... beristigfar sekejap aku.. banyak betul ber'kalau'... kalau memang ALLAH nak takdirkan aku dapat balik segalanya akan berjalan lancar...

tapi waktu berada dalam bas tu aku menyedari satu sifat manusia... selalu nakkan sesuatu untuk diri sendri... waktu terdesak tu banyak aku berdoa agar ada orang yang tak naik bas supaya aku dapat balik.. berdoa agar diorang ada masalah.. sekali lagi aku beristigfar.. apa la aku ni.. doa untuk keburukan orang pulak... macam tu la manusia.. selalu nak kan bende untuk diri sendiri je.. sampai kadang kadang sanggup mencantas hak orang lain.. kita tengok je la masa sekarang.. macam macam contoh boleh kita lihat.. yang paling menular di zaman sekarang ialah masalah rasuah.. untuk kepentingan sendiri, mereka yang memberi rasuah sanggup mencantas hak orang lain.. kenapa la manusia sanngup berbuat sedemikian.. cuba pikir kalau kita yang ada perkara buruk tu terjadi pada diri kita sendiri.. kita mesti tak nak kan... memanglah sifat manusia nakkan sesuatu untuk diri sendiri.. kita buat baik pun untuk pahala bekalan untuk diri kita sendiri.. tapi kan lebih baik kalau dalam mengejar sesuatu tu kita tak mengetepikan hak orang lain...


ps: post kali ni berterabur sikit sebab dah lama tak menaip dan idea banyak terbantut akibat internet yang tidak menentu...

1 comment:

Anonymous said...

salam,,,alhamdulillah dah update rupanya....agak terabur la jga...tpi ok je awk tlis tu...:)