semalam, tengah makan, roomate aku yang sekarang ni dah ada bilik lain(yeopmi) ajak aku pergi PWTC untuk melihat pesta buku antarabangsa yang tah kali keberapa tah tahun ni.. truk nyer aku.. selama hampir 3 tahun aku terjebak di bandar metropolitan Kuala Lumpur yang lumpurnya telah ditumbuhi hutan konkrit, pesta buku pun aku tak tau... ni la pertama kali aku pergi ke pesta buku ni... tu pun alhamdulillah ada sahabat aku yang sudi mengajak aku menemankannya.. walaupun aku fikiran aku sekarang tengah berkecamuk dengan pelbagai perkara, terutamanya exam, aku pergi jugak... dapat gak aku release sikit otak yang dah cam sambal belacan ni.. bercampur macam2.. daripada aku buat perkara yang lebih tidak berfaedah kan...
biasa la, orang yang takde kenaikan macam aku ni, pergi naik pubic transport je la.. alhamdulillah, walaupun ada sikit msalah dalam perjalanan, tapi ALLAH permudahkan.. sesampai nya aku kat sana, aku tengok ramai sangat orang yang menghadiri pesta buku ni.. dalam ke takjuban aku tu, yeopmi kata memang tiap2 tahun macam ni..
alhamdulillah, walaupun dalam zaman yang banyak melekakan ni dan banyak maklumat yang boleh dicari kat hujung jari je kat dalam internet, ramai jugak yang menghadiri pesta buku ni.. ni membuktikan masih ramai yang sedar tentang kepentingan ilmu, masih ramai yang berusaha untuk mencari ilmu yang boleh digunakan untuk kehidupan, samada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.. aku melihat, masih ramai yang cintakan ilmu tu.. samggup datang dari jauh, sanggup bersusah payah mencari parking untuk mencari beberapa buah buku... ni membuktikan kita masih lagi cinta akan ilmu. takde la pesta buku kosong, tapi PC Fair penuh... kita memang perlu mencintai ilmu sebab ilmu tu la menyuluh kehidupan kita dan juga menyuluh jalan kesyurga...
tapi pepe pun disebabkan kekangan kewangan yang semakin menghimpit, aku tak berpeluang membeli walaupun senaskah buku.. terasa jugak nak beli buku yang leh dibaca tuk menambah pengetahuan.. tu la... nak buat macam mana.. tapi bila dah balik ke UM, aku terasa nak kutuk balik je diri aku.. kenapa la aku macam ni yer... kita boleh beli bende2 lain yang mahal mahal, beli mp3, beli external hard disk, beli jam, beli laptop, tapi senakskah buku yang kalau nak compare dengan perkara2 yang kau sebutkan tadi, harga dia memang sangat jauh berbeza kita sayang tuk laburkan.. kenapa??? kenapala kita sangat sayang dengan wang kita tuk memiliki ilmu.. takpe la. mungkin lain kali kita boleh perbaiki diri dengan lebih mementingkan perkara yang penting dari perkara yang kurang penting... berkorban beberapa puluh untuk ilmu, ALLAH akan nilai, tu pun kalau niat kita baik...
3 comments:
ehhehehe.. salam...
ala azhar, ko tak membazir pun beli barnag2 tuh..
ada gak kegunaan dia...
kalau tak ada kegunaan, dah tentu ko tak beli...
skrang ni zaman dah maju, internet kan ada, baca je buku secara online...
hehe...
nak seribu daya...hehehe :P
all the best for your exam..
takde ah.. aku tak bermaksud yang beli bende2 tu membazir.. tapi aku just bermaksud yang aku truk sbb tak terasa nak membeli buku ilmiah. bende2 tu just nak buat perbandingan jer.. memang perlu jugak bende2 tu...
memang la sekarang ni ada internet... internet kene tapis... banyak yang tak jujur.. nak tapis tu yang susah sikit.. kene membaca dengan ilmu yang cukup.. kalau ilmu cetek abis ah nnti kene pengaruhi dengan anasir yang tak bagus...
hm.dah lame tak gi pesta buku.
the last time pegi 2 years ago.
jauh ah kuantan.
Post a Comment