14 February 2012

Exam Dah Dekat, Hati tak tenang

ya, pejam celik pejam celik dah 5 tahun rupanya aku kat medical school ni. Agak tidak disangka, kini exam dah tinggal beberapa bulan sahaja lagi.Bagaimanakah persediaan menghadapi peperiksaan ni??? Secara jujur aku katakan, aku memang tak bersedia.

tak tau la  macam mana aku nak mulakan luahan hati aku dalam blog ni. dalam beberapa bulan ni aku macam mengalami stress yang amat sangat. memang kalau orang lain tengok dari luar aku macam ok jer, tapi hati ni tuhan saja yang tahu. Orang takkan paham apa yang kita rasa terutamaya lecturer.

bukan la niat aku nak kutuk lecturer dalam post aku ni. aku tau semua guru2 kita memang kene kita hormati. diorang pun memang berniat baik untuk mengajar student2. tapi tak taula. mungkin aku yang lemah. Aku yang tak berupaya menghadapi ujian yang melanda ni. aku selalu berharap ada orang yang dapat memahami. tapi, kat mana lagi la dapat aku luahkan perasaan hati ni. hanya kat blog jer la. mungkin orang terbaca dan mungkin tidak.

sepanjang stress yang amat sangat ni aku tak dapat buat apa2. even perkara yang aku sangat enjoy sebelum ni macam main tennis pun aku dah rasa menyampah. tengok movie, drama, semua buat macam dah takde soul dalam diri.. ni bende2 yang sebelum ni aku rasa happy pun jadi sangat tak berminat, apatah lagi dengan perkara yang macam belajar.

dalam beberapa bulan ni aku memang tak dapat langsung bukak buku. kalau bukak pun apa yang aku baca tak masuk langsung dalam kepala. macam scrolling je melintasi buku tu. lagi la tension aku bertambah. kita nak study, tapi tak masuk apa2. esoknya bila kelas or wad round, kene marah sebab tak study. stress yang amat sangat. dah macam vicious cycle. terus terusan memuncak. sampaikan bila dah stress ni, requirement untuk aku punya posting pun aku tak dapat nak penuhi..

mungkin orang akan cakap aku ni kat bilik tak study sebab aku malas, asyik tido and main jer, or orang nak kata aku terror, tak study pun ok, lantak korang la nak kata apa pun... korang takkan faham apa yang aku alami. korang mungkin akan kata tu semua alasan aku ke or WHATEVER, aku tak kisah. selama ni aku harap jugak ada orang yang mungkin akan faham, tapi, mungkin aku lupa yang memang ada yang sangat memahami walaupun aku tak kata apa2, iaitu ALLAH..

mungkin jugak lecturer akan kata aku pemalas, bad student, not interested in learning (if you're not interested, you can go out from this medical school, there is a lot more unfortunate person that like to be in your position---- ayat lecturer yang sangat popular, tapi masalahnya macam mana aku nak timbul minat bila tak dibantu).. tapi apa2 pun aku dah tak kisah dah semua itu, sebab sekarang aku sedar kalau kita mintak bantuan dengan orang mungkin orang takkkan dapat bantu tapi aku tahu, kalau mintak dengan ALLAH, Dia pasti akan dapat membantu..

aku menaip post ni dengan perasaan sebak dan bertakung jugak la air mata kat kelopak ni, tapi disebabkan aku menaip kat libry, kene la control macho sikit. takkan nak bagi orang nampak. kadang2 ada jugak aku mengangis sorang2, menngenangkan nasib, tapi aku rasa daripada aku bazirkan rasa sedih aku ni, baik aku bersedih dan merintih dengan ALLAH, sebab dia yang sangat memahami.

memang secara jujur kau sangat tak bersedia lagi untuk menghadapi peperiksaan ni, dengan keadaan yang mana au tak boleh study, baca2 tak masuk langsung, kepala otak cam blank jer, macam mana la aku nak melalui exam ni. tapi bila pikir2 balik, apa2 pun aku kene lalui. padahal KEMATIAN, tu pun aku tak bersedia langsung lagi, yang berkemungkinan akan datang lebih cepat daripada exam final MBBS ni... ASTAGFIRULLAH

mula2 aku pikir yang segala kepayahan yang aku lalui ni adalah sebab aku selalu lalai, asyik tengok movie, main gitar jer. raya cina haritu aku dah bawak balik dah segala yang melalaikan tu. tapi, lepas tu sama jugak. aku baca2 pun tak masuk2 gak. mungkin banyak sangat dosa yang aku lakukan kut sehingga ilmu tu tak masuk langsung dalam ingatan.

sekarang ni aku hanya mampu buat apa yang aku termampu jer la.. yang lain aku hanya berserah jer. aku cuma berharap takde jer orang yang menanbahkan stress aku. moga2 ALLAH bagi keberanian dan kesungguhan untuk aku mengharungi dugaan yang mendatang ni.


~~~~~ fuhh... lega sikit dada rasanya lepas dah taip post ni~~~~~~

No comments: