sekarang dah habis separuh posting aku untuk OnG(obstetric and gymaecology). Posting ni agak menarik juga la. semuanya berurusan dengan pesakit(patient) perempuan. menarik bukan sebab ak gatal dengan perempuan ye. menarik sebab kebanyakan pesakit yang masuk hospital biasanya sedih. tapi yang masuk wad O&G, terutamanya obstretric adalah mereka yang berasa gembira dan memberi kerjasama yang baik untuk kami pelajar perubatan. dapat la kami belajar dengan lebih mudah. almaklumlah. mereka gembira mungkin disebabkan mereka nak dapat ahli baru dalam keluarga mereka. siapa tak gembira. aku yang tengok 'baby' tu pun sangat gembira. tak sabar rasanya nak dukung anak sendiri.. bila la agaknya.. tapi apa-apa pun aku kena la melaksanakan tanggjawab blajar aku ni dulu..
melihat kan pesakit dalam labour(proses melahirkan anak yang bermula dengan kontraksi uterus dan bukaan servik hingga sempurna bayi dan uri/placenta di keluarkan dari rahim ibu), aku dapat juga la merasai macammana siksanya seorang ibu tu melahirkan kita. walaupun aku rasa keperitan yang aku banyangkan tu tak sampai berapa peratus je dari yang sebenar-benarnya di rasai oleh seorang ibu. tapi, bila anak tu dah dapat dalam pelukan mereka, wajah mereka sangat ceria seolah-olah waktu bersalin tu tak pernah mereka hadapi.. seperti mereka tak pernah rasa sakit untuk bersalin.

pernah juga aku bertanya: "orang bersakit tu sakit kan??? tapi kenapa lepas satu anak, dia nak beranak lagi. sanngup ke menahan kesakitan tu??". jawapan yang aku dapat: "kau tak jadi ibu, kau memang tak paham". tapi sekarang walaupun aku tak betul-betul faham lagi, aku rasa aku dapat sedikit sebanyak menyelami hati seorang ibu. mereka sanggup berkorban apa saja demi kita, anak-anak nya..
mungkin sebab ini la kenapa ALLAH sangat menyuruh kita berbakti dan berbaik kepada ibu bapa kita. kenapa kita disuruh taat kepada ibu bapa kita selepas ALLAH dan rasulnya, terutamanya ibu, ibu, dan ibu... memang pengorbaban mu ibu takkan dapat kubalas hingga hujung nyawaku.

I lOVE U MOM.... :-)
6 comments:
salam,,,btul tu...pengorbanan seorg ibu tiada bandingan...walaupun dibalas dgn segunung emas pun masih tidak dpat membalas jasa mreka yg melahirkan kita....
salam.. memang betul. tiada yang betul selain yang betul2 belaka. tapi confius sikit, sape la anomynous ni???? klu boleh nyatakan nama kan lagi baik..
salam,,,xperlu kot nyatakn nma sya...hnya mnusia biasa n kerdil di atas muka bumiNYA..blum masanya lgi...apepun maafkn sya psal menceroboh msuk dgan bca blog awk...so jgn la confius ok...apa yg awk tulis,mungkin boleh sya dijdikn pengajaran n panduan hdup...maaf skali lgi n thanks
salam,,,xperlu kot nyatakn nma sya...hnya mnusia biasa n kerdil di atas muka bumiNYA..blum masanya lgi...apepun maafkn sya psal menceroboh msuk dgan bca blog awk...so jgn la confius ok...apa yg awk tulis,mungkin boleh sya dijdikn pengajaran n panduan hdup...maaf skali lgi n thanks
yeappp adikku..mmg besar pengorbanan ibu...rajin2 cal mak yeaaa..jgn smpai mak rinduuu....haha..
-akakmu-
akakmu??? ni akak yang mana satu ni??? akak kandung akak angkat??? hehehe....
dah ada blog gak ker????
Post a Comment