Kami bertolak daripada kampus perubatan universiti malaya cawangan hospital tengku ampuan rahimah klang kira-kira pada pukul 8.30 pagi setelah selesai bersarapan. (yela, perut mesti di isi sebelum memulakan perjalanan. nanti belum sempat sampai dah hypoglycemic). setelah lebih kurang sejam perjalan kereta, kami sampai di tempat yang dituju. kemudian proses mendaki pun bermula. kira-kira 20+ pelajar berkobar-kobar untuk mendaki..

mula2 mendaki memang sangat penat. lagipun dah lama aku tak buat aktiviti fizikal yang boleh menambah stamina. asyik exercise kat dalam bilik jer. tapi atas bantuan ALLAH dan rakan2. berjaya jugak aku naik. walaupun ada dua orang perempuan yang terpaksa menyerah dipertengahan jalan. tapi tahniah and a big clap for her sebab telah cuba sedaya yang mungkin. mulanya bila penat berjalan untuk kekaki gunung tu, sedikit mengeluh tu ada jugak la. tapi bila sampai di sana, semua penat tu hilang dan yang tinggal hanya lapar. subhanallah. ni la kali pertama aku tengok air terjun yang paling tinggi dalam hidup aku dengan mata kasar. mungkin pada orang yang dah banyak melancong, ini tak dikira tinggi lagi. tapi cukup sebenarnya menggambarkan kekuasaan ALLAH.. subhanallah, sungguh indah ALLAH menjadikan alam ni.. dengan pokok2 dan bunyi unggas. sangat menenangkan. memang benar. duduk di dalam hutan bangunan di KL walaupun masih dalam bukti kekuasaan ALLAH, dengan bangunan yang cantik2 yang di bangunkan oleh manusia yang diciptakan NYA, tapi duduk dalam ciptaan semula jadi ALLAH memang mendamaikan. segala kepenatan terasa berbaloi.

tapi pengalaman ni memang menyeronokkan dah sangat best. kalau ada kesempatan lain, insyaallah aku memang nak menyertai. dan untuk itu, kena la mula bina stamina daripada sekarang.. kena la bersenam. tak boleh duduk dalam bilik jer.. jgn asyik bila muscle jer. stamina kene bangunkan jugak.. hehehhe....
1 comment:
salam,,,wowww!!!bestnya trip awk tu...alam flora n fauna ciptaanNYA mmang hebat n mengagumkn...
Post a Comment