02 April 2010

Aku terima nikahnya

dah lama dah aku tak tulis apa2 dalam blog ni.. tak update apa2 pun.. takde mood tuk menaip memandangkan banyak masa yg terrluang dihabiskan dengan perkara yang tak berfaedah.. sekarang ni sambil2 tengah bosan, dan roomate aku pergi karoake, aku menggunakan internetnya untuk 'mengupdate' blog yang takde orang baca ni... walaupun aku terasa gak nak g karoake tadi, tapi disebabkan mata yang mengantuk, poket yang kosong dan azamku untuk mengurangkan perkara yang tak berfaedah, so aku tak pergi..

seperti yang anda tahu, beberapa minggu lepas pesta buku antarabangsa telah di adakan di PWTC. Ini adalah pesta buku antarabangsa yang kedua aku telah hadiri. aku pergi waktu hari ahad. hari ketiga pesta buku tu dibuka. kalau tak silap aku la.. walaupun pengunjug tahun ini dilaporkan telah berkurangan, namun pesta buku tetap meriah.. kenapa pengunjung semakin berkurangan??? adakah ini disebabkan orang kita semakin kurang minat untuk membaca??? atau mungkin bajet kita untuk membeli buku telah berkurangan diseabbkan tealh dialirkan untuk perkara lain??? mungkin juga akibat kesibukan masa dan malas untuk bersesak2 ke sana. apa2 pun, tahniah la kepada penganjur yang telah mengajurkan aktiviti seumpama ini yang sangat bermakna untuk semua..

aku telah membeli beberapa buah buku.. tapi dalam banyak2 buku yang aku beli ni takde satu pun novel. knape??? mungkin sebab tiada novel yang dapat menarik minat aku untuk membeli.. kalau nak baca free tu ok la.. hehehe.. whatever..

antara buku yang aku telah beli dan dah abis baca ialah 'aku terima nikahnya' tulisan ustaz hasrizal abdul jamil(saifulislam.com). aku rasa ni la buku islamik bukan novel yang paling laju pernah aku baca. mungkin disebabkan bahasanya yang simple.. mungkin sahabat2 lain dah lama dah baca buku ni..

takde la bermakna aku baca buku ni sebab aku nak kawin. saja untuk menambah pengetahuan dan mengisi masa lapang. daripada aku abiskan masa lapang dengan menonton wayang dan karoake, lebih baik aku membaca. dapat jugak mengasah minda..

so sekarang ni aku mula membaca buku2 lain yang aku beli waktu pesta buku tu. harapannya dapat la habis baca buku2 tu disamping membaca buku2 yang harus dibaca berdasarkan "slybus" akademik sebagai pelajar perubatan.. asyik dengan 'medical jargon' saje, kadang kadang apa la salahnya kita buka minda dengan baca buku2 lain pula..

1 comment:

Anonymous said...

salam,,,akhirnya awk update blog awk ni....eemmmmm,baguslah gitu bca buku dri buang msa...bnyk mmbaca,jdi org berilmu...."Org brilmu slalu menang dlm prgaulan krn dia mmbiasakan diri....caci disambut dgn senyuman,pghinaan dtangkis dgn lemah-lembut,kemarahan dbalas dgn diam,kejahatan dbalas kebaikan..smoga kamu trgolong dlm golongan brilmu..."Ameen