tapi bila aku kenang2 dan pikir2 balik, aku cuba muhasabah diri. sebenarnya memang layak ke aku untuk lulus? ataupun memang aku layak tuk suplement? aku teringat satu kata2 yang mengatakan bahawa "ilmu takkan memberikan sebahagian darinya sehingga lah kamu mengorbankan seluruh diri kamu untuk ilmu". betul ker aku dah korbankan seluruh diri aku untuk ilmu ALLAh tu?? ada ker aku korban kan masa, wang ringgit dan keseronokan aku untuk ilmu. bila dipikirkan mungkin sebab tu la ilmu tu tak menjadi suatu manfaat tuk aku.
bila kenang balik zaman sahabat n sewaktu islam sedang menbangun dan berada dalam kegemilangan, tokoh2 ilmuan islam boleh menguasai pelbagai bidang ilmu. tengok je la ibnu sina. aku keluarkan contoh ibnu sina ni sbb berkaitan dengan bidang perubatan. banyak jer contoh2 lain cam alkhawarizmi dll.tapi diorang bukan je menguasai ilmu perubatan, ilmu lain pun. macam mana?? sedangkan aku yang kat fakulti perubatan ni pun penat dengan slybus yang sangat banyak dan perlu dikuasai hanya dengan masa yang singkat. macam mana?? pelik jugak la.. mungkin inilah mereka yang dikatakan mengobankan keseluruhan diri mereka untuk ilmu. waktu tak disia-siakan. dan ilmu tu pun bukan nyer just tuk dunia,tapi ilmu yang mereka kuasai menbawa mereka dekat dengan ALLAH.sebagai satu hidayah kepada mereka, bukan tuk dibangga-banggakan. tengok diri sendiri pulak. laaa... azhar patut la ko dapat result camtu. memang tak boleh nak compare la dengan mereka. tido awal, bangun lambat. kat lecture hall tido, g kuliah lambat.
aku ada dapat beberapa tips sebenarnya tentang menuntut ilmu ni. tapi takpernah nak diamalkan. mungkin sebab ni la "pokok tak berbuah". ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. dalam menuntut ilmu ni beberapa adab kene la jaga.
1. ikhlas.
apa tujuan sebenarnya menuntut ilmu. nak fofular?? nak dapat kerja??? atau untuk ALLAH. lu pikir la sendiri.
2.tawadu'
tidak lah berkurangan harta disebabkan sedekah dan tidaklah seseorang itu tawakdu' kepada ALLAH melainkan akan ditinggikan kedudukannya. -hadis riwayat muslim-
kedasyatan ulama' dulu dalam tawadu',hinggakan ada riwayat mengatakan bahawa iman Ahmad Hambal pakai seliparnya selama 80 tahun, takpernah ditukar.rosak jahit. ada sheikh yang melihatnya membawa mahbarah(alat tulis la, klu nak compare dengan sekarang macam pen la). bila ditanya "wahai imam ahmad,kamu masih lagi bwa mahbarah ni walaupun kamu adalah imam kaum muslimin. jawabnya maal mahbarah ilal makbarah. aku akan bawa mahbarah sehingalah ke perkuburan. ni menunjukkan betapa tawaduknya dia. dia still lagi bawak alat tulis tu untuk menuntut ilmu walaupun dia dah jadi ulama' dan imam kepada umat islam.
dalam tazkiaatul huffaz ada meriwayatkan dari imam abu hanifah yang mengatakan bahawa "sentiasa la seseorang tu menuntut ilmu. sehinnga la bila dia berkata aku telah sempurna ilmuku menandakan dia adalah jahil".
so cuba tengok diri sendiri, apa kes?? bila pandai sikit dah rasa pandai sangat. megah, padahal ilmu tu tak sampai setitik pun daripada lautan ilmu ALLAH. so yang dah lulus tu, takyah la nak kerek ngan aku yang kene suplement ni. cuba2 la bawak insaf sikit. jangan la nak bangga sangat. hehehehehe... just nak menyedapkan hati.
ni baru 2. aku rasa aku memang dah tak ikut segala adab ilmu ni. macam mana nak dapat ilmu. takpe la. aku berazam dan berjanji dengan diri aku sendiri nak memenuhi adab2 yang ada nituk masa2 akan datang. ni baru dua. ada lagi sebenarnya. tapi nanti panjang sangat la pulak post ni. cukup la dulu tuk setakat ni.. sambung esok lusa.
ni la gambar bilik baru aku yang tak tau kene duduk lama atau just untuk suplement. sedikit serabut, yela, kecik dan baru je pindah. tak susun sangat. takut kene pindah semula nanti.



"siapa yang banyak bacaan nya dia akan kurang menyalahkan orang lain"
3 comments:
GANBATTE!!!
semua tu ujian Allah...setiap kesenangan pasti ada kesusahan...dan Allah pasti balas dengan kesenangan setelah diberinya kesusahan...=)
All da best!!!Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan redha atas ketentuan-Nya...insya-Allah...
Salam....
lama h tk nk nampak ko....
tk pe2....
ap2 pun kena bnyk bsabar...
ko study je elok2 time supplement ni...
insyaallah boleh lulus...
usaha bnyk2....
usaha itu adalah satu medium sahaja..jgn riso, Allah tidak melihat hasil tetapi melihat usaha..jgn prnh berputus asa dari rahmat Allah..mgkin Allah lebih suke mendengar rintihan kamu kepadaNya..lastly, Allah xkan membebankan hambaNya dgn ses yg xmampu ditanggung olehnya..
Post a Comment