30 September 2011

Chef tak bertauliah

harini adalah hari kelima aku berada kat hospital banting ni.. seronok jugak kat sini... kitorang duduk kat asrama fakulti perubatan dalam hospital banting ni...disebabkan ada sedikit sebanyak kelapangan kat sini.. sebabtu la aku ada masa nak update blog yang selama ini tak pernah berupdate...

sepanjang kitorang duduk kat sini, ada sekali dua je kut kitorang makan kat luar.. yang lain masak.. rajin tul budak perempuan ni.. yela.. diorang ramai.. kami  lelaki 4 orang jer dari 18 orang... apalagi lelaki  tadah perut jer la... sarapan, makan tengah hari, makan malam, semua orang hidangkan... oh syurganya... hahahaha...

kitorang pun sempat membaiki basikal yang rosak kat sini.. so lepas2 ni nak g mana2 kalau nak jimat tak payah la nak naik kereta.. kayuh je basikal...

harini wad round pediatrik.. menarik jugak budak2 ni.. lama dah tinggal posting peads.. dah banyak yang hampir terlupa.. takpe la.. ni bermakna banyak lagi yang aku ke catch up untuk exam tahun depan.. kelas tadi abis agak lambat.. kul 1.00 lebih baru abis... balik apalagi. terus je ready g solat jumaat..

lepas je kelas tu terus balik bilik n pergi sembahyang jumaat.. sebelum balik bilik sempat la singgah common room. diorang tengah makan2.. apa yang diorang makan tah... balik sembahyang jumaat, aku pun terus ke dapur nak mencari makanan yang di hidangkan..


tapi alangkah hampanya bila takde makanan.. apa lagi.. dengan pentauliahan yang belum sempurna aku pun mengupas bawang, tumbuk2.. panaskan kuali, campak... akhirnya  jadilah kobis goreng dan telur dadar... boleh la makan untuk perut sendiri..






tapi sayangnya, telur dadar aku terlebih garam. nak buat camne.. ni semua disebabkan pentauliahan yang belum cukup lengkap.. yela.. selalu orang kata garam secukup rasa.. manalah aku tau secukup rasa tu banyak camne.. tapi walaupun begitu, perut yang lapar tetap dapat dikenyangkan.. urggggggggggghggggg... siap sedawa lagi.. hahahaha...






p/s gambar diatas bukan gambar sebenar apa yang aku masak.. hanya gambar hiasan... aku cari gambar yang paling dekat dengan apa yang aku masak.. takde kamera nak tunjuk masakan sebenar... hahahahaha....


1 comment:

Anonymous said...

salam...haha:)ptutla nmpak sdap je...bkan gmbar sbnar rupenya...slmat bljar n mmsak..lma2 dpt la pntauliahan 2...ok,,gud luck..