30 May 2010

hidup segan mati tak mau

kalau nak di ikut kan, sudah lebih satu tahun blog ni di wujudkan. blog yang pada awalnya hanyalah satu medan untuk aku meluah perasaan sekarang semakin hari nampaknya semakin mahu berkubur. lihat saja lah post2 nya. yang dulu pada awalnya di kemaskini (update) seminggu sekali, tetapi kini sebulan sekali pun sangat payah. Ini mungkin disebabkan rutin harian aku yang tidak ada apa yang dapat dikongsikan. sangat menyedihkan. sepatutnya setiap detik yang dilalui di isi dengan perkara yang sangat memberi faedah, tetapi rutin harian kini di isi dengan perkara yang sia-sia. kadang-kadang malu jer pada diri sendiri. dulu pada awal wujudnya blog ini, banyak juga perkara yang suka di terokai. cuba template baru, dan lain-lain, tetapi kini mahu menaip satu "post" pun dikatakan sangat payah. 'tula, orang nak tulis blog dia nak jugak'. kalau aku memang banyak melalui pengalaman yang bermakna, memang sangat suka untuk di kongsikan tapi rutin harian menjadi sangat sama dan tiada variasi. kadang kala hidup terasa sangat membosankan. hidup terasa bagai kosong. mungkin ini tandanya hati semakin jauh dari ALLAH.. bukan kah dengan mengingati ALLAH itu hati akan menjadi tenang.

tapi apa-apa pun tak kisah la walaupun blog ni dah macam mayat hidup, hidup segan mati tak mahu sebab bukan ada orang yang membacanya pun. ada kemungkinan juga jika rutin hidupku yang "typical" dan tiada variasi ini tak berubah dalam masa terdekat, blog ini akan dikuburkan, sebagai satu hukuman kepada diri sendiri...

7 comments:

drparagonprodigy88 said...

sama la kita azhar..blog aku pown dah bersawang..dah r x de org baca..tp bagus gak x de org baca...leh luah perasaan..ha...

Anonymous said...

salam,,,ala sedih bunyinya...knpa nak kuburkan blog awk ni sedangkan masih ada orang yg membacanya...hidup dah tak variasi?bosan?biasalah itulah kehidupan n dugaan ALLAH kpd manusia..."when u feel u can't go on,u feel so nervous n darkness all around.don't despair n never loose hope,because ALLAH is always by ur side"

-m3- said...

kekalkanlah,jgn kubur2...sekurang2nye bile x tau nak buat ape sgt bleh share sumthing kt sini, ilmu ALLAH tu luas...sampaikan

wALLAHualam...
^_^

p/s - share ape yg dibelaja hri2 pun ok gak, bkn sume org ade can jd doktor+dae'i...^_^

twistal said...

salam.. uiks.... awat hang nak kubur2 ni... heee...

Azharuddin Ya'acob said...

kubur mengingatkan mati...
setiap yang hidup akan mati...

blog ni pun mungkin macam tu..
tapi persoalannya, blog ni pernah hidup ker??? hehehe....

-m3- said...

mati itu pasti...selagi hidup, beramal lah...=)

penah, dan masih...kan?

Anonymous said...

new visitor..nice blog..life is never bored..myb plu pndang dari sudut berbeza u ianya jadi menarik..
y pasti stiap y kita lalui dlm hidup..gagal n berjaya or boring..ada pengajaran y kita boleh n perlu ambil dan di kongsi bsama..