21 July 2010

Mencuba aplication baru untuk blogger

mungkin orang yang melawat blog ini akan tiba2 terkejut dengan perubahan design dan template blog ini.. hahaha... ini hanyalah percubaan yang dilakukan disamping mengisi masa senggang..

semua pengguna blogspot mesti telah tahu tentang aplication baru ni.. untuk menukar template blog.. sangat mudah... sebab tu la aku cuba.. mungkin yang tak secantik yang sebelumnya...

20 July 2010

Bahana Dunia siber



sekarang ini kita dunia kita memang telah dibanjiri dengan pelbagai teknologi. banyak teknologi ini membawa kepada kebaikan dan ada juga yang boleh membawa kepada dosa bergantung kepada orang yang menggunakan nya itu. malahan sekarang macam-macam laman sosial yang telah wujud. yang paling popular sekarang ialah facebook. begitu mudah sekarang penggunaan internet. sangat mudah nak cipta laman web, blog.. dan semuanya free... tapi cuba kita pikirkan balik penggunaan teknologi ini adakah di gunakan untuk kebaikan ataupun untuk keburukan..


baru sebentar tadi aku terbaca satu article dari laman web ustaz zaharuddin. mungkin article ini dah lama kluar, tapi aku baru terbaca. tak perlu lah aku ulas article ini sebab ilmu aku tidak cukup untuk membincangkannya.. tapi apa pengajaran yang aku boleh ambil bahawa penggunaan intermet sekarang memang begitu mudah mend
edahkan diri kita kepada dosa, walaupun tanpa kita sedari.. mungkin bila kita baca, kita akan mengatakan "alah, ni perkara kecil jer". tapi perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. api yang marak menyala juga puncanya adalah punca yang kecil sahaja..
bila aku terbaca article ini, aku berfikir semula tentang semua post2 dalam blog ini dan juga semua laman sosial yang telah aku sertai.. berfikir balik tentang semua post2 yang telah dibaca oleh orang lain.. adakah itu membawa dosa ataupun pahala.. tapi takde mood la pulak nak semak satu persatu dalam waktu study week ni..

so di kesempatan ini aku nak mintak maaf la kalau ada post aku yang menyinggung perasaan sesiapa.. dan aku juga ingin meminta jasa baik pembaca sekalian agar dapat memberi komen yang bernas dalam menegur kesalahan yang aku lakukan di alam siber ini. kita bukan malaikat, dan kita adalah manusia yang tak terlepas daripada melakukan kesalahan..

19 July 2010

TENGOK LA BAWAH

semalam aku dan semua sahabat batch yang sama telah berpindah daripada kampus perubatan cawangan Klang balik semua ke UM. memang satu hari yang memenatkan.. mengangkut barang, mengemas.. packing dan unpacking bila dah sampai kat UM.. letih.. memang memenatkan.. tambahan pulak bagi orang2 yang tak mempunyai kenderaan sendiri ni.. menumpang je.. nasib baik la ada sahabat yang baik hati sanggup ambil aku daripada Klang tu.. siap tolong angkat kan barang lagi...

bila sampai je kat UM, aku rasa sangat gembira dan seronok.. tak tahu la kenapa.. mungkin sebab terasa keadaan kat UM ni lebih kondusif untuk kehidupan seharian aku.. lebih banyak aktiviti yang boleh aku lakukan. dulu kat Klang macam-macam perkara yang rasa tak best. internet lembab la.. habuk berleluasa la, tahi gagak la, makanan dewan makan yang tak sedap la.. macam-macam. tapi bila balik semula ke UM segala prkara tu telah berakhir. tambahan pula bila dah sampai UM ni aku boleh mengisi masa petang ku dengan sukan. bukan macam kat Klang. terasa petang sangat membosankan.

macam tu la hidup manusia. memang selalu nakkan keseronokan jer. nakkan perkara-perkara yang best-best je. tapi sebenarnya kita akan lebih menghargai sesuatu perkara tu bila kita telah merasai atau memikirkan perkara yang kurang best daripada perkara itu.. cuba bayangkan kalau segala yang aku alami kat Klang tu adalah yang best-best belaka.. bila balik semula kat UM mesti aku akan megeluh dah rasa tak besyukur dengan apa yang aku dapat. contoh paling best adalah kat Klang locker adalah sangat besar. tapi bila kat UM ni locker kecil. pening juga nak fikir macam mana nak susun barang-barang..

sebab tu la apa yang di ajar oleh islam agar kita melihat orang yang lebih bawah daripada kita supaya kita bersyukur dan redha dengan pemberian ALLAH.. kalau kita asyik tengok orang yang diatas je, kita takkan bersyukur dengan apa yang kita dapat sekarang. asyik rasa tak cukup. padahal kalau kita nak kira nikmat yang ALLAH beri selama ini, memang tak terhitung, apatah lagi kalau nak di bandingkan dengan kesyukuran yang kita panjatkan kepadanya.. so redhalah dengan segala nikmat dan anugerah ALLAH, juga redha dengan ujianNya..

redha ALLAH kepada kita dan redha kita dengan pemberianNya akan membuat hidup kita tenang. (patutlah hidup aku tak pernah tenang selama duduk kat Klang)..

12 July 2010

BALIK KAMPUNG

argh... baru sampai bilik selepas berjam-jam dalam perjalanan daripada mersing ke Klang.. bukan daripada Mersing ke Manchester macam cerita RTM tu eh.. citer apa tah.. takde pun scene yang aku tengok tu yang dilakonkan di Mersing.. orang bukan mersing boleh la tipu.. anak jati Mersing ni takkan dapat di tupu nyer.. hehehe..

apa aku nak tulis ni.. semalam tengah ada idea tiba-tiba pulak internet putus dan laptop mati.. mematahkan mood aku untuk update blog ni je.. cerita pasal balik kampung kali ni, selalunya aku akan plan betul-betul sebelum balik.. beli tiket siap-siap dulu sebelum mengemas beg.. tapi kali ni aku main redah je. mungkin ada orang yang kata aku ni jarang sangat nak balik kampung, tak ingat rumah.. tapi kalau semua perkara perlu di pertimbangkan sewajarnya.. kewangan, masa dan segala-galanya.. almaklumlah, nak balik ke merisng tu lama jugak masa yang diambil.. dalam bas je dah 6jam.. tu belum termasuk masa perjalanan nak ke stesyen bas..

tapi kali ni aku tanpa plan terus je balik.. tiket tak beli dan berharap semoga aku dapat balik. tapi disebabkan perjalanan yang tidak dirancang, banyak pula dugaan nya.. sebab tu la kita di nasihatkan agar membuat perancangan teliti sebelum melakukan perkara.. sebab kebaikan yang tak terancang akan dikalahkan oleh kejahatan yang dirancang.. bertolak dari kolej pukul3 dan sampai di bukit jalil pukul 5.30, aku terus bergegas ke kaunter tiket. alamak, tiket abis pulak.. kalau ada pun pukul 11 malam.. giler apa nak tunggu kat sini 5 jam.. apa aku nak buat.. lepas tu aku cuba tanya driver bas kalau ada kosong... ye la.. mana la tau ada kosong bas pukul 6, tak payah la aku nak tunggu bejam-jam..

pakcik bas tu kata bas takde kosong melainkan ada orang yang tak datang untuk tiket diorang.. setelah menunggu sampai pukul 6 ada beberapa seat yang kosong.. aku pun naik la.. waktu ni la macam-macam imaginasi aku keluar.. berdoa agar takde orang yang naik pada waktu-waktu terakhir ni.. aku berfikir kalaulah ada orang naik waktu ni, tak dapat la aku balik.. lagi teruk kalau bas dah jalan tiba-tiba je ada kereta kejar bas sebab mereka tertinggal bas.. takkan aku kene turun kat tengah2 jalan ni kut.. macammana.. astagfirullah... beristigfar sekejap aku.. banyak betul ber'kalau'... kalau memang ALLAH nak takdirkan aku dapat balik segalanya akan berjalan lancar...

tapi waktu berada dalam bas tu aku menyedari satu sifat manusia... selalu nakkan sesuatu untuk diri sendri... waktu terdesak tu banyak aku berdoa agar ada orang yang tak naik bas supaya aku dapat balik.. berdoa agar diorang ada masalah.. sekali lagi aku beristigfar.. apa la aku ni.. doa untuk keburukan orang pulak... macam tu la manusia.. selalu nak kan bende untuk diri sendiri je.. sampai kadang kadang sanggup mencantas hak orang lain.. kita tengok je la masa sekarang.. macam macam contoh boleh kita lihat.. yang paling menular di zaman sekarang ialah masalah rasuah.. untuk kepentingan sendiri, mereka yang memberi rasuah sanggup mencantas hak orang lain.. kenapa la manusia sanngup berbuat sedemikian.. cuba pikir kalau kita yang ada perkara buruk tu terjadi pada diri kita sendiri.. kita mesti tak nak kan... memanglah sifat manusia nakkan sesuatu untuk diri sendiri.. kita buat baik pun untuk pahala bekalan untuk diri kita sendiri.. tapi kan lebih baik kalau dalam mengejar sesuatu tu kita tak mengetepikan hak orang lain...


ps: post kali ni berterabur sikit sebab dah lama tak menaip dan idea banyak terbantut akibat internet yang tidak menentu...